Russia Cuba Pikat UAE Dengan Pesawat Halimunan Terbarunya, Su-75 “Checkmate”

Tawaran Russia kepada UAE itu berlaku ketika usaha negara Teluk untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 daripada Amerika Syarikat berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh pentadbiran presiden Jo Biden.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dikatakan sedang cuba “memikat” Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pesawat halimunan terbarunya, Sukhoi Su-75 “Checkmate” dan menawarkan kepada negara Teluk itu peluang untuk bersama-sama membuat pesawat itu.

Tawaran Russia kepada UAE itu berlaku ketika usaha negara Teluk untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 daripada Amerika Syarika berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh pentadbiran presiden Jo Biden.

Pentadbiran bekas presiden Donald Trump telah meluluskan penjualan 50 buah pesawat F-35 bernilai US$23 bilion (RM92 bilion) kepada UAE dengan syarat negara Teluk itu mestilah mengiktiraf kewujudan Israel secara diplomatik.

UAE dan Israel pun menjalinkanlah hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara itu.

Bagaimanapun apabila Trump tewas pada pilihanraya presiden Amerika Syarikat, presiden baru negara itu Jo Biden telah mengambil keputusan untuk menangguhkan penjualan pesawat F-35 itu kepada UAE berikutan pembabitan negara Teluk dalam perang di Yaman.

Sehingga kini tiada perkembangan lanjut tentang penjualan pesawat F-35 kepada UAE, kecuali beberapa kenyataan daripada Washington menyatakan bahawa ia masih komited untuk menyerahkan pesawat itu kepada negara Teluk itu.

Menyedari terdapatnya “masalah” berkenaan penjualan pesawat F-35 antara UAE dengan Amerika Syarikat,maka Russia cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan berkongsi dengan negara Teluk itu dalam memasang Su-75 “Checkmate” dengan harapan UAE menjadi negara pertama yang membeli pesawat pejuang halimunan terbaru Russia.

Di rantau Timur Tengah, hanya Israel yang menggunakan pesawat pejuang F-35 yang dipanggil “Adir.”

Tindakan Washington hanya memberikan pesawat F-35 kepada Israel adalah bertujuan untuk memberikan negara Yahudi itu “kelebihan kualitatif” (qualitative edge) berbanding tentera-tentera udara negara jiran Arabnya.

Dalam satu majlis taklimat ketika berlangsungnya Dubai Airshow 2021 yang berlangsung baru-baru ini, ketua agensi persenjataan Russia dinamakan “ROSTEC”, Viktor Kladov berkata pihak telah mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi UAE seperti Tawazun Economic Council, Mubadala dan Edge Group.

Ditanya mengapa Russia memilih UAE, Kladov berkata negara Teluk itu menunjukkan minat yang mendalam terhadap perkembangan teknologi.

Ok, apa yang kita tahu tentang pesawat Su-75 yang baharu sahaja didedahkan pada khalayak ramai pada pameran MAKS 2021 pertengahan tahun ini di Moscow.

Menurut maklumat yang dikeluarkan pada pameran Dubai Airshow, wingspan pesawat “Checkmate” itu adalah kira-kira 11.8 meter manakala panjang Su-75 pula adalah kira-kira 17.5 meter, membuktikan bahawa saiz pesawat pejuang “Checkmate” adalah lebih besar daripada pesawat-pesawat satu enjin yang lain termasuk F-35, F-16 dan Gripen.

Maklumat yang dikeluarkan pada pameran Dubai Airshow itu juga menunjukkan bahawa pesawat Su-75 “Checkmate” Russia ini boleh beroperasi sekitar 2,800km tanpa memerlukan drop tanks dan ia bakal dilengkapi dengan 11 hardpoints, lima di dalam internal weapons bays dan empat external pylons.

“Pesawat pejuang Checkmate boleh dibina mengikut beberapa varian iaitu satu tempat duduk, dua tempat duduk serta varian tanpa pemandu,” menurut maklumat tentang spesifikasi pesawat terbabit yang dikeluarkan pada Dubai Airshow itu.

ROSTEC dijangka akan mula membina pesawat-pesawat Su-57 “Checkmate” itu bermula pada tahun 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ROSTEC Sergey Chemezov dalam satu kenyataan berkata, pesawat “Checkmate” menggabungkan “low visibility” dan peralatan/sistem terbaik, ia adalah pesawat yang paling sesuai daripada segi keberkesanan kombat dan kos (untuk setiap jam penerbangan).

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

RostecSu-75 CheckmateSukhoi