Russia Letak Sistem Peluru Berpandu Di Kepulauan Kuril, “Amaran” Pada Jepun

Jepun mendakwa bahagian selatan Kepulauan Kuril itu sebagai miliknya dan memanggilnya Wilayah Utara (Northern Territories), isu pertikaian wilayah dengan Russia yang bermula puluhan tahun dahulu sejak akhir Perang Dunia Kedua apabila tentera Kesatuan Soviet menakluk kepulauan itu daripada Jepun.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kementerian Pertahanan Russia mengumumkan bahawa ia telah menempatkan sistem peluru berpandu pesisir pantai di bahagian utara Kepulauan Kuril – – kepulauan yang amat strategik yang terletak di antara Jepun dan Semenanjung Kamchatka milik Russia.

Jepun mendakwa bahagian selatan Kepulauan Kuril itu sebagai miliknya dan memanggilnya Wilayah Utara (Northern Territories), isu pertikaian wilayah dengan Russia yang bermula puluhan tahun dahulu sejak akhir Perang Dunia Kedua apabila tentera Kesatuan Soviet menakluk kepulauan itu daripada Jepun.

Kesemua kepulauan  ini adalah dalam bidang kuasa Rusia, tetapi Jepun menuntut dua pulau besar yang paling selatan sebagai taklukannya, dan juga anak pulau Shikotan dan Habomai, maka berlakunya pertikaian Kepulauan Kuril yang berterusan.

Jumlah keluasan kepulauan yang mempunyai 56 buah pulau adalah di sekitar 15,600 kilometer persegi (6,000 bt2)[2] dan jumlah penduduknya sekitar 19,000 orang.

Sistem peluru berpandu K-300P Bastion tentera Russia itu mampu membedil sasaran sehingga sejauh 500km, ditempatkan di Pulau Paramushir yang terletak di bahagian utara Kepulauan Kuril itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia semalam.

Sistem K-300P Bastion itu telah dibangunkan secara bersama dengan syarikat Belarus,  Tekhnosoyuzproekt .

Ia mula beroperasi dengan tentera Russia pada 2015.

“Krew sistem peluru berpandu daripada Armada Pasifik akan memerhati kawasan-kawasan perairan berhampiran dan zon-zon di selat berdekatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu lagi, kem tentera telah diwujudkan di Pulau Paramushir dengan kemudahan penginapan serta makan dan minum bagi membolehkan anggota tentera bertugas sepanjang masa dan sepanjang tahun.

Penempatan sistem peluru berpandu Bastion oleh tentera Russia di Pulau Paramushir di Kepulauan Kuril itu menyusul selepas ia bertindak menempatkan sistem peluru berpandu yang sama di Pulau Matua yang di Kepulauan Kuril, menurut Kementerian Pertahanan Russia itu.

Badan pemikir yang berpengkalan di Washington, Center for Strategic and International Studies dalam laporannya pada September lepas berkata disebabkan konflik di Ukraine, dunia terlepas pandang akan tindakan Russia meningkatkan kehadiran tenteranya dan aset-aset miliknya di Kepulauan Kuril.

“Russia telah meningkatkan kehadiran (di Kepulauan Kuril) itu menandakan bahawa kepulauan itu akan memainkan peranan yang merosakkan dalam masa depan hubungan di antara Russia dan Jepun. Tokyo dan Washington perlu mendalamkan lagi perbincangan di antara mereka tentang aktiviti Russia di kawasan tersebut, ” menurut laporan oleh badan pemikir terbabit.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Jepun bersama-sama sekutu Baratnya telah mengenakan sekatan ekonomi yang ketat terhadap Russia selepas Moscow mengerahkan ribuan tenteranya untuk menceroboh Ukraine dalam apa yang Presiden Vladimir Putin nyatakan sebagai “operasi khas” tentera.

Disebabkan pencerobohannya terhadap Ukraine juga, Moscow telah menarik diri daripada meneruskan perjanjian damai dengan Jepun serta membekukan projek-projek ekonomi di Kepulauan Kuril berikutan tindakan Tokyo terlibat sama dalam mengenakan sekatan ekonomi terhadap Russia. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

BastionfeaturedJepunKurilRussia