Dihalang Peroleh F-35, Arab Saudi Pertimbang Beli 100-200 Buah Rafale

Walaupun dianggap sebagai sekutu rapat dan “penyokong utamanya” di Timur Tengah selama ini, namun Amerika Syarikat enggan menjual pesawat pejuang generasi kelima F-35 kepada Arab Saudi kerana bertegas mahu memelihara “kelebihan kualitatif” kekuatan ketenteraan Israel di Timur Tengah, selain mendapat bantahan daripada negara Yahudi itu sendiri.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Arab Saudi dilapor sedang mempertimbangkan perolehan di antara 100 hingga 200 pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis, selepas hasratnya untuk memiliki F-35 “dihalang” oleh pentadbiran Jo Biden yang mahu mempertahankan kepentingan Israel.

Selama bertahun-tahun, Tentera Udara Arab Saudi diperkuatkan oleh pesawat-pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat seperti F-15 dan Eropah seperti Eurofighter Typhoon, tetapi kini ia merasakan perlu melihat kepada Perancis untuk bekalan pesawat pejuang pada masa depan.

Awal bulan ini, Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khaled bin Salman telah menerima kunjungan daripada rakan sejawatannya daripada Perancis, Sebastien Lecornu di Riyadh untuk mengadakan perbincangan tentang kerjasama pertahanan dua hala.

Menurut media-media Arab Saudi, perbincangan antara kedua-dua Menteri Pertahanan turut menyentuh tentang hasrat perolehan pesawat pejuang Rafale oleh negara Arab itu.

“Ia turut menyentuh tentang ‘syarat-syarat’ Arab Saudi sebelum ia memberikan lampu hijau untuk memperolehi pesawat pejuang Rafale dalam kuantiti yang amat besar,” kata seorang penganalisis pertahanan Timur Tengah.

Menteri Pertahanan Arab Saudi itu juga dijangka mengadakan lawatan kerja ke Paris untuk menyusuli perbincangan di Riyadh itu.

Riyadh kini melihat Washington dan Eropah sebagai “rakan” yang lebih banyak menekan daripada membantu, malah ia juga mula “berbaik-baik” dengan China.

Riyadh dikata sedang menimbangkan dengan mendalam opsyen memperolehi pesawat pejuang Rafale itu kerana tertarik dengan dasar pertahanan Perancis yang “bebas” dengan tidak mengaitkan penjualan senjata dengan isu-isu lain seperti rekod hak asasi manusia, politik dan lain-lain-lain.

Dasar pertahanan Paris yang bebas dan tidak terikat dengan isu-isu lain telah menarik perhatian Arab Saudi dan “mendekatkan” lagi negara Arab itu kepada pesawat pejuang Rafale.

Bukan sahaja Arab Saudi “tertarik” dengan dasar pertahanan Perancis yang bebas, malah negara-negara jiran seperti Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Qatar juga telah menjadikan pesawat pejuang Rafale sebagai pesawat pejuang utama mereka.

UAE memperolehi 80 buah pesawat pejuang Rafale pada 2021 dan Mesir pula memperolehi 54 buah pesawat pejuang buatan Dassault Aviation manakala Qatar pula telah memperolehi 36 pesawat pejuang itu seawal tahun 2015.

Kedua-dua menteri luar Arab Saudi dan Perancis dalam pertemuan baru-baru ini. (Saudi Gazette)

 

Walaupun dianggap sebagai sekutu rapat dan “penyokong utamanya” di Timur Tengah selama ini, namun Amerika Syarikat enggan menjual pesawat pejuang generasi kelima F-35 kepada Arab Saudi kerana bertegas mahu memelihara “kelebihan kualitatif” kekuatan ketenteraan Israel di Timur Tengah, selain mendapat bantahan daripada negara Yahudi itu sendiri.

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa Arab Saudi ditawarkan pemilikan F-35 oleh Presiden Donald Trump sekiranya ia bersetuju untuk menjalin hubunhgan diplomatik dengan Israel, tetapi apabila Trump tewas dan Biden mengambilalih pentadbiran Amerika, cadangan itu “dibekukan” oleh pemimpin parti Demokrat itu.

Sebagaimana diketahui, Riyadh memang mahu memperlengkapkan tentera udaranya dengan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima dengan F-35 dilihat sebagai pilihan tunggal untuk negara Arab kaya-raya itu.

Di pasaran pada ketika ini, hanya F-35 merupakan pilihan sedia ada untuk peminat pesawat generasi kelima kerana China tidak mengeksport pesawat J-20 “Mighty Dragon” miliknya manakala pesawat Su-57 “Felon” masih dikategorikan berada di peringkat pembangunan.

Tidak dapat memiliki F-35, Arab Saudi kini melihat kepada Rafale, dengan varian terkini pesawat pejuang itu dikenali dengan nama “Super Rafale” dijangka menjadi perhatiannya.

Pesawat-pesawat pejuang F-15 Tentera Udara Arab Saudi.

 

Bermula daripada tahun depan hingga 2030, Perancis akan mula membangunkan varian pesawat pejuang Rafale yang lebih canggih, di mana ia dan syarikat pembuat pesawat pejuang itu, Dassault Aviation berharap dapat “mengalahkan” pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat.

Dipanggil Rafale F5 atau “Super Rafale”, Perancis berharap varian terkini pesawat pejuang kebanggaannya itu dapat “menawan kembali” pasaran eksport yang kerap kali ia kecundang terutamanya di tangan pesawat pejuang F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin.

Varian pesawat “Super Rafale” itu akan direkabentuk supaya ia boleh beroperasi secara berpasangan dengan beberapa dron loyal wingman dipanggil “nEUROn”, yang dikawal sendiri oleh juruterbang-juruterbang varian terkini pesawat pejuang itu.

Menurut laman web pertahanan Perancis “Meta Defense”, pesawat Super Rafale atau Rafale F5 akan dibangunkan ke suatu tahap yang tinggi.

“Ia (Super Rafale) akan menjadi Sistem Kombat Udara berdasarkan kepada sistem di dalam sistem dan bukan hanya sebuah pesawat pejuang, sebagaimana varian pesawat itu pada masa ini iaitu Rafale F4.” — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Amerika SyarikatArab SaudiF-35featuredRafale
Comments (0)
Add Comment