Petronas Ambil Langkah Mempertahankan Aset-Asetnya Di Seluruh Dunia

“Petronas mempertikaikan keabsahan tindakan yang diambil terhadap dua anak syarikatnya itu dan sedang mengambil segala langkah yang perlu untuk mempertahankan kedudukannya dari segi undang-undang,” kata Petronas kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat minyak dan gas negara, Petronas hari ini berkata ia telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertahankan daripada segi undang-undang kesemua asetnya di seluruh dunia.

Syarikat itu bertindak sedemikian selepas pihak-pihak yang mendakwa mereka sebagai waris Kesultanan Sulu bertindak merampas dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg pada minggu lepas.

Baru-baru ini akhbarFinancial Times yang berpangkalan di London berkata bahawa peguam bagi waris Kesultanan Sulu merampas anak-anak syarikat minyak negara itu, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion (RM8 bilion).

Jaringan paip-paip gas asli mamastikan gas asli daripada Lapangan Shah Deniz di Azerbaijan boleh dijual di benua Eropah.

 

Peguam itu berkata bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin lepas.

“Petronas mempertikaikan keabsahan tindakan yang diambil terhadap dua anak syarikatnya itu dan sedang mengambil segala langkah yang perlu untuk mempertahankan kedudukannya dari segi undang-undang,” kata Petronas kepada agensi berita antarabangsa, Reuters dalam satu kenyataan menerusi emel hari ini.

Di antara langkah-langkah yang diambilnya termasuk mendapatkan peguam, kata syarikat itu.

Dalam satu kenyataan tidak lama selepas laporan media tentang tindakan waris Kesultanan Sulu merampas anak-anak syarikat Petronas di Luxembourg, syarikat itu menyatakan bahawa Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan segala aset mereka di Republik Azerbaijan.

Ia berkata, segala hasil daripada perlupusan telah pun dikembalikan dengan sewajarnya.

Lapangan Gas Shah Deniz, Azerbaijan

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

“Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat ini, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil dari pelupusan ini telah pun dipulangkan (“repatriated”) dengan sewajarnya, “ kata syarikat minyak dan gas negara itu lewat malam ini.

Pada Februari lepas, sebuah mahkamah timbang tara Perancis memutuskan bahawa Malaysia telah melanggar perjanjian yang ditandatangani pada 1878 dan diperintah membayar sekurang-kurangnya US$14.92 bilion kepada keturunan Sulu Sultan yang terakhir .

Award itu dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa.

Proses timbang tara yang bermula di Sepanyol itu telah dipindahkan ke Paris di mana award tersebut diputuskan. — DSA

 

 

 

 

 

AsetfeaturedPertahanPetronasSulu
Comments (0)
Add Comment