Pesawat F-15SG, F-35 Dan JAS39 Gripen “Bertembung” Di Ruang Udara Tengah Thailand

“Pertembungan” antara pesawat-pesawat pejuang F-15SG, F-35 dan Gripen daripada Singapura, Amerika Syarikat dan Thailand itu adalah sebahagian daripada Exercise Cope Tiger 2024 yang diadakan di Pangkalan Udara Korat bermula 18 Mac sehinggalah pada 28 Mac 2024.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang F-15SG, F-35 dan JAS39 Gripen daripada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) sedang “bertembung” di ruang udara tengah Thailand.

“Pertembungan” antara pesawat-pesawat pejuang daripada tiga negara “sekutu” itu adalah sebahagian daripada Exercise Cope Tiger 2024 yang diadakan di Pangkalan Udara Korat bermula 18 Mac sehinggalah pada 28 Mac 2024.

Exercise Cope Tiger tahun ini juga menandakan sambutan 30 tahun latihan itu.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Singapura baru-baru ini, latihan penggunaan  kuasa udara besar (Large Employment Air Combat Exercise) itu melibatkan 77 aset dan 2,000 anggota daripada ketiga-tiga negara.

RSAF mengerahkan 27 pesawat kombat termasuk helikopter H225M, lapan buah sistem GBAD (Ground Based Air Defence) beserta 700 anggota turut menyertai latihan itu.

(Singapore MINDEF)

 

“Latihan ini membolehkan peserta untuk melaksanakan misi-misi pertahanan udara dan serangan besar-besaran dalam suasana yang mencabar, membenarkan mereka untuk mempertajamkan keberkesanan operasi.”

“Disamping aktiviti-aktiviti latihan itu, anggota tentera daripada ketiga-tiga negara itu juga terlibat dalam program sosio-sivik dengan masyarakat tempatan dan sekolah yang terletak berhampiran dengan Pangkalan Udara Korat dan Chandy Range, “ menurut kenyataan itu.   

Pengarah Latihan RSAF Kolonel Sebastian Chai berkata, latihan Cope Tiger 2024 merupakan latihan kombat udara terunggul yang disertai oleh Tentera Udara Republik Singapura setiap tahun.

Beliau berkata latihan Cope Tiger itu adalah penting kerana dua sebab.

“Pertama: Kawasan latihan yang luas memberikan kami peluang untuk melaksanakan latihan skala-besar yang realistik untuk membolehkan kami meningkatkan kepakaran dan keberkesanan yang tidak boleh dilaksanakan di Singapura, “ katanya.

(Singapore MINDEF)

Kedua menurut beliau adalah, latihan itu memberikan peluang kepada RSAF untuk berinteraksi dan mempelajari daripada RTAF dan USAF serta memperkukuhkan hubungan pertahanan yang amat baik dengan rakan-rakannya.

Beliau juga berkata bahawa Latihan Cope Tiger 2024 adalah amat istimewa kerana pada tahun ini mereka menyambut ulangtahun latihan itu yang ke-30 selepas ia bermula pada tahun 1994.

“Latihan Cope Tiger yang telah berlangsung selama 30 tahun merupakan bukti komitmen kuat oleh ketiga-tiga tentera udara terhadap hubungan semasa merek,” kata beliau. — DSA

Cope TigerF-15SGF-35featured
Comments (0)
Add Comment