(VIDEO) Peluru Berpandu Kruis KARA ATMACA Letak Beberapa Bandar Jiran Turkiye Dalam Sasaran

Dengan kejayaan membedil sasaran sejauh 400km menggunakan peluru berpandu kruis KARA ATMACA,  ia meletakkan beberapa bandar penting negara jiran berhampirannya termasuk Israel dan Greek di dalam jarak jangkauan peluru berpandu kruis Turkiye.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Peluru berpandu KARA ATMACA yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Turkiye,  ROKETSAN telah berjaya membedil dengan tepat sasaran sejauh 400km dalam ujian paling dilaksanakannya baru-baru ini.
Peluru berpandu KARA ATMACA merupakan varian peluru berpandu kruis kepada peluru berpandu anti-kapal ATMACA yang bakal digunakan oleh ketiga-tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch II (LMSBII) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dengan kejayaan membedil sasaran sejauh 400km menggunakan peluru berpandu kruis KARA ATMACA,  ia meletakkan beberapa bandar penting negara jiran berhampirannya termasuk Israel dan Greek di dalam jarak jangkauan peluru berpandu kruis Turkiye.
Sebagai contoh, jika dilancarkan daripada bandar Izmir, peluru berpandu kruis keluaran Turkiye itu,  KARA ATMACA itu berkemampuan membedil ibu negara Greek, Athens yang terletak kira-kira 200km jauhnya.
Jika dilancarkan daripada Hatay pula, peluru berpandu kruis Turkiye itu berkemampuan membedil bandar pelabuhan Haifa, Israel yang terletak kira-kira 350km jauhnya.

Peluru berpandu kruis KARA ATMACA itu yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 400km itu menggunakan enjin turbojet kebangsaan,  KTJ-3700 dibangunkan oleh firma pembuat enjin tempatan, Kale Jet Engines.
Dengan enjin turbojet kebangsaan KTJ-3700, Turkiye kini mampu memenuhi keperluan pertahanannya sendiri menggunakan sumber-sumber tempatan tanpa perlu bergantung kepada pihak asing terutamanya berkenaan enjin turbojet asing.
Sebelum ini, Perancis telah mengenakan embargo terhadap penggunaan enjin TR40 buatan negara Eropah itu dalam peluru-peluru berpandu SOM (Stand-Off Missile) dan juga peluru berpandu anti-kapal ATMACA yang dibangunkan oleh ROKETSAN.
Berikutan dengan embargo yang dikenakan oleh Paris, ia telah menganggu eksport peluru berpandu SOM dibangunkan oleh ROKETSAN kepada Azerbaijan.
Dibangunkan sejak tahun 2006, SOM merupakan peluru berpandu kruis domestik pertama Turkiye yang direka untuk menyerang sasaran tetap dan bergerak pada jarak stand-off melebihi 180-240km kilometer.
Peluru berpandu KARA ATMACA membedil sasaran.
Dengan kejayaan membangunkan enjin turbojet tempatan, Turkiye tidak lagi perlu bimbang terhadap kemungkinan “gangguan” di dalam bentuk embargo enjin turbojet daripada Perancis atau mana-mana negara asing terhadap usahanya mengeksport peluru berpandu buatannya kepada pelanggan seperti Azerbaijan.
Pada ketika ini, enjin-enjin turbojet yang dibangunkan oleh Kale Jet Engines telah dintergrasikan ke dalam peluru berpandu ATMACA, KARA ATMACA, SOM dan CAKIR.
Enjin turbojet peluru berpandu pertama Turkiye, KTJ-3200 kini digunakan oleh peluru berpandu ATMACA dan juga peluru berpandu kruis SOM, manakala enjin turbojet KTJ-1750 pula melengkapi peluru berpandu CAKIR.
Enjin turbojet KTJ-3700 dibangunkan khusus untuk digunakan oleh peluru berpandu kruis KARA ATMACA.
Menurut ROKETSAN, KARA ATMACA adalah sistem peluru berpandu kruis darat-ke-darat jarak jauh.

“KARA ATMACA”
Ia dibangunkan untuk memusnahkan sasaran strategik di darat dengan ketepatan tinggi dan berupaya beroperasi dalam semua keadaan cuaca.
Sasaran utama peluru berpandu kruis KARA ATMACA termasuk bateri sistem pertahanan udara, pelancar peluru berpandu tetap atau bergerak, dan sasaran strategik lain.
Peluru berpandu KARA ATMACA juga tahan terhadap gangguan elektronik (jamming) dan boleh dilancarkan dari kenderaan beroda taktikal.
Berikut adalah spesifikasi teknikal peluru berpandu kruis darat-ke-darat KARA ATMACA:
  • Panjang: 6 meter
  • Berat: 890 kilogram
  • Jarak: 400 kilometer
  • Sistem Panduan: INS (Inertial Navigation System) + GPS + Barometer Altimeter + Radar Altimeter + TRN (Terrain Referenced Navigation)
  • Kepala Peledak: Peledak Letupan Tinggi, Fragmentasi, Penembusan
  • Berat Kepala Peledak: 250 kilogram
  • Pencari Sasaran: Pencari Infra Merah Berimej (Imaging Infrared Seeker)

 

 

KARA ATMACAPeluru berpanduRoketsanTurkiye
Comments (0)
Add Comment