Turki Berjaya Bangunkan Mission Computer Untuk Pesawat Gen-5 “TF-X”

Mission Computer itu disifatkan sebagai "otak" kepada sesebuah pesawat. Mission Computer bagi TF-X itu telah dihasilkan oleh syarikat Turki, TUBITAK BILGEM dan telah diserahkan kepada Turkish Aerospace Industries (TAI), yang bertanggungjawab membangunkan pesawat pejuang generasi kelima itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki telah berjaya menghasilkan Mission Computer yang akan digunakan oleh pesawat pejuang generasi kelima Turki “TF-X”, membuktikan program pembangunan pesawat itu berjalan lancar dengan penerbangan sulungnya dijangkakan berlaku pada tahun 2025.

Mission Computer itu disifatkan sebagai “otak” kepada operasi pesawat pejuang itu, di mana ia memproses segala data dan mengawal segala peralatan di dalam pesawat itu.

Peralatan yang penting itu telah dihasilkan oleh syarikat Turki, TUBITAK BILGEM dan telah diserahkan kepada Turkish Aerospace Industries (TAI), yang bertanggungjawab membangunkan pesawat pejuang generasi kelima itu.

Turki memiliki pengalaman dan pengetahuan membangunkan Mission Computer sebagaimana yang dilakukannya dalam membina Mission Computer untuk pesawat-pesawat tanpa pemandunya.

Mission Computer untuk TF-X itu akan mempunyai radar receiver yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat Turki, ASELSAN.

Integrated Circuit bagi Mission Computer pesawat TFX.

 

Pada akhir bulan lepas,  Turkish Aerospace Industries telah mengeluarkan gambar-gambar dan video prototaip pertama pesawat generasi kelima TF-X, selepas beberapa tahun di dalam perancangan dan pembangunan.

Prototaip pesawat TF-X yang telah siap sepenuhnya dijangka dipertontonkan kepada orang awam dan seluruh dunia pada 18 Mac, tahun depan.

Prototaip pertama pesawat generasi kelima Turki juga dikenali sebagai Milli Muharip Ucak (MMU) atau National Combat Aircraft – kini berada di kemudahan pemasangan pesawat milik syarikat TAI di Ankara.

Walaupun prototaip pesawat itu kelihatannya hampir siap tetapi ia masih tidak mempunyai enjin yang berkemungkinan akan dipasang pada bulan ini.

Pesawat prototaip TF-X itu akan dilengkapi dengan enjin General Electric  F110, yang amat dikenali oleh pihak Turki kerana ia turut digunakan oleh pesawat-pesawat F-16 C/D milik negara itu.

Enjin General Electric F110 juga digunakan oleh pesawat pejuang F-15.

Walaupun begitu, Turki merancang untuk melengkapkan pesawat TF-X itu dengan enjin buatan tempatan dan syarikat-syarikatnya sedang membangunkan enjin untuk dipasang pada pesawat generasi buatan kelima buatan tempatan itu.

Prototaip pesawat TF-X yang pertama dibangunkan oleh TAI.

 

Walaupun saiznya sedikit kecil berbanding pesawat F-22 Raptor milik Amerika Syarikat, namun TF-X lebih besar berbanding pesawat F-35 dengan panjang keseluruhan pesawat dibangunkan TAI itu adalah 60 kaki dan panjang sayapnya mencecah 39 kaki.

Program TF-X itu dilancarkan pada 2010 dengan matlamat utama untuk membangunkan pesawat pejuang generasi kelima keluaran tempatan.

Menjelang 2032,  kesemua 250 pesawat pejuang TFX Turki dijangka sudah siap untuk menggantikan sebahagian besar daripada 240 buah pesawat pejuang F-16 (versi lama) dan kira-kira 40 buah pesawat pejuang F-4 Phantom milik Tentera Udara Turki.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Usaha membina pesawat pejuang generasi ke-lima TF-X dipergiatkan selepas Turki digugurkan daripada program F-35 selepas ia berkeras mahu mendapatkan sistem peluru berpandu S-400 daripada Russia.

Pesawat pejuang gen-5 Turki ini bakal menggabungkan beberapa ciri iaitu ia adalah pesawat air-superiority yang  halimunan dengan kemampuan serangan darat, kepelbagaian sistem penderia (sensors), radar Active Electronically Scanned Array (AESA), kawalan jaringan drone dan peluru berpandu hypersonic. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

featuredMission ComputerTAITF-XTurki