Markas Angkatan Bersama Rancang Perolehan Beberapa Aset Baru

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan operasinya, Markas Angkatan Bersama (MAB) merancang memperolehi beberapa aset baru seperti dron, sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) dan radar-radar pesisir pantai.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk meningkatkan lagi kemampuan operasionalnya,  Markas Angkatan Bersama bercadang memperolehi dron dan mengoperasikan sistem pesawat tanpa pemandu (Unmanned Aerial System – UAS) di kawasan-kawasan tanggungjawabnya.

Menurut Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Yazid Arshad,  penggunaan dron dan UAS di kawasan –kawasan tanggungjawabnya adalah untuk meningkatkan kemampuannya di dalam bidang perisikan dan pemantauan.

Bercakap kepada majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan , Asian Defence Journal keluaran Sept-Okt, pihak Markas Angkatan Bersama juga akan menaiktaraf sistem pemantauan pesisir pantai (coastal surveillance system – CSS ) dengan perolehan radar-radar baru.

Perolehan radar itu bertujuan menangani jurang operasional kawasan pengesanan radar CSS serta bagi mengganti radar-radar SPEXER yang digunakan pada ketika ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipercayai memiliki sehingga lima buah radar SPEXER 2000 yang ditempatkan di beberapa lokasi di pantai timur Sabah dan dioperasikan oleh Markas Angkatan Bersama.

Radar SPEXER 2000

 

Radar-radar SPEXER 2000 itu diperolehi sebagai respons ATM terhadap insiden pencerobohan kumpulan  bersenjata Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 2013.

Radar Pulse-Doppler SPEXER 2000 yang berdasarkan kepada teknologi AESA (Active Electronically Scanned Array) dan menggunakan frekuensi X-Band itu dibangunkan oleh firma Hensoldt dan digunakan untuk mengesan sasaran laut, darat dan udara yang terbang rendah.

Ia dikatakan berkemampuan mengesan ancaman-ancaman tidak simetri yang amat kecil dan bergerak amat perlahan di dalam sektor maritim seperti perenang dan bot serta perahu kecil.

Jarak pengesanan sasarannya adalah kira-kira 40km.

Sementara itu Yazid dalam temuramah dengan majalah pertahanan itu juga berkata bahawa pihak Markas Angkatan Bersama mempunyai perancangan untuk membina perkampungan MALBATT di Kuantan, Pahang yang akan menggantikan pusat latihan MALBATT di Port Dickson.

Kenderaan Nurol Makina Ejder Yalchin.

 

Pihaknya juga merancang untuk membina kompleks Skuadron Bot Kombat Joint Task Force 2 (JTF2) di Kampung Tagasan di Semporna bagi menggantikan kemudahan sedia ada di Kampung Tampi-Tampi yang telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Selain itu katanya, terdapat juga usaha untuk menaiktaraf pusat operasi taktikal MALBATT 850 di Kem Marrakeh dan Tibnin bagi membolehkan anggota melaksanakan tugas-tugas mereka dengan berkesan.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Mengenai kelengkapan bagi anggota tentera kita yang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan, Yazid berkata, pihaknya akan mula menerima kenderaan perisai taktikal jenis Nurol Makina Ejder Yalchin 4×4 bermula pada tahun ini sehingga 2025 bagi menggantikan kenderaan perisai Condor sedia ada.

Selain itu terdapat juga keperluan untuk memperolehi kenderaan taktikal mobility tinggi bagi kegunaan anggota tentera Malaysia yang berada di Lubnan, selain menyewa bot-bot kombat generasi baru di bawah konsep Government-Operated, Company-Owned and Maintained (GOCOM) untuk meningkatkan kemampuan operasional anggotanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Aset BarufeaturedMarkas Angkatan BersamaRadarUAS
Comments (0)
Add Comment