(VIDEO) Tentera Russia Tawan Kenderaan Perisai “Unik” Amerika, Bradley M7 BFIST di Ukraine

(VIDEO) Kenderaan perisai Bradley M7 BFIST itu adalah unik dengan hanya 55 buah sahaja diketahui berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat manakala empat buah telah diberikan kepada tentera Ukraine.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, video di dalam media-media sosial telah menunjukkan kejayaan tentera Russia menawan kenderaan perisai Bradley M7 Fire Support Vehicle (BFIST) buatan Amerika Syarikat yang unik.

Kenderaan perisai itu adalah unik dengan hanya 55 buah sahaja diketahui berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat manakala empat buah telah diberikan kepada tentera Ukraine.

Daripada empat buah yang dibekalkan kepada Ukraine, sebuah daripadanya telah berjaya ditawan oleh tentera Russia.

Kenderaan Bradley M7 BFIST ini “istimewa” kerana ia dilengkapi dengan Bradley Reactive Armour Tiles (BRAT), sebagaimana kereta-kereta kebal yang dilengkapi dengan armor reaktif bagi memberikan perlindungan daripada bedilan senjata anti-kereta kebal.

Kenderaan perisai ini adalah berdasarkan kepada kenderaan perisai Bradley M2A2 ODS-SA IFV, tetapi telah mengalami peningkataan keupayaan yang mendadak, dengan sistem peluru berpandu anti kereta kebal TOW digantikan dengan sistem bidikan sasaran yang canggih bagi membolehkannya berperanan sebagai sistem bantuan tembakan untuk senjata-senjata yang lain.

Ia adalah sesuai dan serasi untuk digandingkan  M142 HIMARS, M270 MLRS dan pelbagai peluru-peluru pintar termasuk M982 Excalibur 155mm.

Menurut laporan oleh media sosial Russia, kereta perisai Bradley M7 BFIST itu berjaya ditawan selepas pertempuran di Avdiivka, selatan Ukraine.

Daripada video di dalam media-media sosial itu, kenderaan perisai Bradley M7 BFIST yang mula digunakan oleh tentera Russia sejak akhir tahun lepas itu itu masih berada di dalam yang baik, tanpa mengalami sebarang kerosakan yang teruk di bahagian luarannya.

Setakat ini tiada laporan tentang punca kenderaan perisai canggih Amerika Syarikat itu “tersadai” di kawasan pertempuran di selatan Ukraine itu.

Secara taktikalnya, kenderaan perisai Bradley M7 BFIST itu direkabentuk bagi membolehkan koordinasi tepat operasi bantuan tembakan (fire support) sehingga jarak 8,000 meter dengan diintergrasikan dengan bantuan tembakan artilleri.

Kenderaan perisai Bradley M7 BFIST itu dilengkapi dengan teknologi bidikan (targeting) dan penderiaan (sensor) yang canggih bagi membolehkan anggotanya beroperasi di dalam perlindungan armor yang tinggi, sekaligus meningkatkan lagi survivalbiliti tetapi pada masa yang sama mengekalkan keberkesanan operasi dalam pelbagai senario kombat.

Kenderaan perisai Bradley M7 BFIST ini adalah berdasarkan kepada kenderaan perisai Bradley M2A2 ODS-SA IFV, tetapi telah mengalami peningkataan keupayaan yang mendadak, dengan sistem peluru berpandu anti kereta kebal TOW digantikan dengan sistem bidikan sasaran yang canggih bagi membolehkannya berperanan sebagai sistem bantuan tembakan untuk senjata-senjata yang lain.

 

Menurut penganalisis tentera, kejayaan tentera Russia menawan kenderaan perisai Bradley M7 BFIST itu membolehkan mereka mendapat akses untuk menganalisa dengan lebih teliti kepada kemampuan operasional kenderaan itu.

Tentera Russia boleh merekabentuk kenderaan perisai mereka pada masa dengan dengan mengambilkira maklumat yang diperolehi meeka hasil analisa daripada kenderaan Bradley M7 BFIST ini.

Selain itu juga, ia akan memberikan tentera Russia maklumat lebih mendalam tentang taktik bantuan tembakan artilleri tentera Amerika Syarikat, sekaligus membolehkan Russia mengubahsuai taktik dan strategi anggota tentera mereka di medan perang di Ukraine.

Kenderaan perisai Bradley M7 BFIST dilengkapi dengan meriam Bushmaster 25mm dan mesingan 12.7mm. — DSA

AmerikaBradleyfeaturedRussia
Comments (0)
Add Comment