Spesifikasi Teknikal Kapal LCS Kelas-Maharaja Lela TLDM

Jom kita imbau kembali spesifikasi teknikal kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas-Maharaja Lela milik TLDM ini yang bakal dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden dan canggih bagi membolehkan ia melaksanakan misi-misi getirnya dalam empat dimensi. 

Jom folo Twitter, TelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Banyak yang telah diperkatakan dan diperdebatkan oleh orang ramai tentang isu pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas-Maharaja Lela untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bernilai RM9 bilion.

Admin tidak mahu menambah apa yang telah dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) tentang beberapa kepincangan yang berlaku di dalam projek pembinaan kapal-kapal perang itu.

Walaupun projek pembinaan kapal LCS itu telah mengalami kelewatan selama 43 bulan, namun apa yang penting adalah usaha bersepadu perlu digembleng untuk memastikan keenam-enam kapal perang termoden TLDM itu dapat disiapkan. (kapal pertama dijangka siap di dalam tempoh dua tahun mengikut Menhan)

Kapal korvet Gowind Tentera Laut Mesir “El Fateh”.

 

Alasan utama mengapa keenam-enam kapal LCS itu perlu disiapkan walaupun ia diselubungi dengan pelbagai kontroversi adalah kerana pengguna akhirnya iaitu TLDM amat-amat memerlukan kapal-kapal itu di dalam armadanya.

Dengan apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan pada ketika ini, dengan Beijing cuba “memilikinegara” perairan yang penting dan strategik itu, TLDM memerlukan aset-aset yang mencukupi untuk memelihara kedaulatan negara daripada terus diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Bagi yang bersalah kelak, mereka perlu dihukum mengikut lunas undang-undang negara.

Kapal korvet Gowind Tentera Laut Mesir

 

Kontraktor utama kepada projek pembinaan kapal perang termoden dalam armada TLDM itu adalah Boustead Naval Shipyard (BNS) yang memiliki limbungan kapalnya sendiri di Lumut, berhampiran dengan Pangkalan TLDM Lumut.

BNS dengan Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk kapal LCS mengikut rekabentuk korvet Gowind 2500 sebagaimana dimiliki oleh Tentera Laut Mesir  tetapi diubahsuai supaya kapal-kapal Gowind kelas-Maharaja Lela TLDM lebih besar dengan beratnya (full load) mencecah 3,100 tan dan dikategorikan sebagai sebuah kapal friget.

Lakaran grafik kapal LCS TLDM

 

Selepas kontrak pembinaan ditandatangani pada Januari 2014, kapal pertama LCS dijangka diserahkan kepada TLDM pada April 2019 dan diikuti dengan lima kapal yang lain.

Ok, jom kita lihat dengan lebih dekat spesifikasi teknikal kapal-kapal LCS milik TLDM ini yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden dan canggih bagi membolehkan ia berkemampuan melaksanakan misi-misi getirnya dalam empat dimensi. 

Kapal LCS kelas-Maharaja Lela TLDM apabila siap dibina kelak memiliki panjang 111 meter dan membawa kira-kira 118 orang krew kapal daripada pegawai sehinggalah kepada anak-anak kapalnya.

Dengan jenis propulsion CODAD (Combined Diesel and Diesel), kapal LCS TLDM itu memiliki kelajuan 28 knots ++ dan jarak operasi sehingga 5,000 batu nautika (pada kelajuan 15 knots).

Kapal-kapal LCS TLDM ini mampu beroperasi lebih jauh dan lebih lama .

Meriam utama BAE Systems Bofors 57mm

 

Disebabkan saiznya, kapal memiliki kemudahan hangar dan helipad untuk mengoperasikan helikopter bersaiz sederhana seberat di antara 10 hingga 12 tan seperti EC725 dan lain-lain jenis helikopter.

Mengenai sistem persenjataannya,  kapal-kapal kelas-Maharaja Lela ini akan dilengkapkan dengan sebuah meriam BAE Systems Bofor 57mm dengan kupola halimunan bertujuan mengurangkan Radar Cross Section (RCS) kapal.

Selain itu,ia juga dilengkapi dengan dua meriam MSI Defence DS30 MkII 30mm Remote Control Weapon System (RCWS) dan J+S pelancar torpedo.

Bagi sistem peluru berpandu anti-kapalnya pula, ketika kontrak ditandatangani kapal-kapal kelas-Maharaja Lela TLDM ini merupakan kapal perang pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi dengan peluru berpandu NSM yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway.

Setiap sebuah kapal LCS TLDM itu akan dilengkapi dengan lapan butir peluru berpandu moden itu.

Peluru Berpandu Anti-Kapal “Naval Strike Missile (NSM)” yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway.

 

Bagi pertahanan udaranya pula, kapal akan dipasang dengan sistem peluru berpandu VL (Vertical Launch) MICA yang dibangunkan oleh firma MBDA, walaupun ramai peminat pertahanan mahukan ia dilengkapi dengan sistem pertahanan udara, ASTER 15 sebagaimana yang dilakukan oleh Tentera Laut Singapura terhadap enam buah kapal friget kelas-Formidable miliknya.

Mengenai Sistem Pengurusan Peperangan (Combat Management System –CMS) pula, kapal-kapal LCS TLDM itu menggunakan sistem SETIS yang dibangunkan sendiri oleh firma Naval Group, walaupun di dalam laporan PAC mengatakan TLDM lebih berminat kepada sistem CMS “Tacticos.”

Bagaimanapun, sememangnya pengguna kapal-kapal Gowind memang menggunakan Sistem Pengurusan Peperangan “SETIS.” 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Untuk fire control radar, kapal-kapal LCS akan menggunakan Rheinmetall TMX/EO MKII manakala bagi sistem ESM pula ia menggunakan THALES VIGILE 100 ESM dan sonar pula kapal dilengkapi dengan THALES CAPTAS Variable Depth Sonar.

Untuk sistem decoy pula, ia menggunakan Super Barricade Decoy System manakala komunikasi ia menggunakan Link 16 dan Link 11 serta THALES TUUM-Underwater Communication System. — DSA

 

BousteadfeaturedLCSNaval GroupTLDM