Dron Berani Mati Russia, “Lancet-3” Musnah 45 Peratus Artilleri Milik Ukraine

Bernilai hanya US$35,000 (RM157,000) sebuah, Russia menggunakan dron berani mati Lancet-3 itu untuk memusnahkan senjata-senjata milik Ukraine yang harganya jauh lebih mahal seperti sistem artilleri dan sistem pertahanan udara yang dibekalkan oleh negara-negara Barat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dron berani mati “Lancet-3” keluaran syarikat Russia, ZALA Aero Group yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Kalashnikov Concern muncul sebagai antara sistem persenjataan yang amat digeruni oleh anggota tentera Ukraine sejak peperangan bermula Februari tahun lepas.

Bernilai hanya US$35,000 (RM157,000) sebuah, Russia menggunakan dron berani mati Lancet-3 itu untuk memusnahkan senjata-senjata milik Ukraine yang harganya jauh lebih mahal seperti sistem artilleri dan sistem pertahanan udara yang dibekalkan oleh negara-negara Barat.

Kini video-video telah tersebar di media sosial menunjukkan dron berani mati Russia itu digunakan untuk memusnahkan kereta kebal utama Leopard keluaran Jerman yang digunakan oleh tentera Ukraine.

Anggota tentera Ukraine yang berkhidmat dengan unit artilleri yang ditemuramah oleh media negara itu juga mengakui bahawa dron berani mati Lancet-3 adalah antara ancaman terbesar dihadapi mereka di medan peperangan.

Mereka juga berkata Russia telah meningkatkan penggunaan dron berani mati itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Keberkesanan dron berani mati Lancet-3 turut diakui oleh Yuriy Sak, yang merupakan penasihat kepada Menteri Pertahanan Ukraine yang mengatakan bahawa dron berani itu telah menimbulkan pelbagai kesukaran kepada anggota tenteranya.

Walaupun hanya membawa bahan peledak seberat 5kg dengan radius operasi 50km, tetapi kerosakan yang disebabkan oleh bedilan Lancet-3 itu adalah amat mengerunkan tentera Ukraine.

Menurut Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu, sejak Februari tahun lepas apabila konflik tercetus sebanyak 45 peratus daripada kelengkapan tentera Ukraine terutamanya sistem artilleri yang dibekalkan oleh negara-negara NATO telah dimusnahkan oleh dron berani mati Lancet-3.

Kesan kemusnahan Lancet-3

 

Sistem artilleri yang berjaya dimusnahkan oleh dron berani mati itu termasuklah M777, 155mm Krab dan M109 Paladin.

Shoigu berkata, sejak 1 Januari tahun ini sehingga April tentera Russia telah memusnahkan sebanyak 59 buah meriam M777, 13 M109 Paladin, 14 buah sistem HIMARS dan pelbagai sistem artilleri lain yang dibekalkan oleh Poland, Jerman, Perancis dan Republik Czech.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada kesemua sistem artillery itu dimusnahkan oleh dron berani mati Lancet-3.

Tetapi sumber-sumber tentera Russia sebagaimana dipetik oleh media negara itu mengatakan bahawa dron berani mati bertanggungjawab terhadap kemusnahan 80 peratus sistem artilleri bergerak M109 Paladin dan 25 peratus daripada meriam M777 yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.

Kemudahan produksi Lancet-3

 

Berikutan kejayaannya di medan peperangan, ZALA Aero Group kini sedang meningkatkan lagi pengeluaran dron berani mati Lancet-3 itu bagi menampung keperluan tentera Russia yang berada di medan peperangan.

Baru-baru ini stesen televisyen Russia, Rossiya 1 telah menayangkan kemudahan pengeluaran dron berani mati itu yang baru di sebuah bekas pusat membeli-belah.

Pusat membeli-belah itu telah dijadikan kemudahan pengeluaran Lancet-3 di dalam tempoh 8 bulan sahaja.

Ketua produksinya Alexander Zakharov berkata beliau memerlukan kenderaan Segway untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di kemudahan baru itu. — DSA

Varian “swarm” Lancet-3

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredLancet-3RussiaUkraineZala Aero Group
Comments (0)
Add Comment