Kapal KD Laksamana Muhammad Amin Dapat “Badan Baru”

Hasil inisiatif repowering dan re-hull ini bakal membolehkan KD Laksamana Muhammad Amin diberi nafas baharu dengan peningkatan keupayaan beroperasi, jangka hayat lebih panjang, supportability yang lebih baik dan memberi ROI yang tinggi kepada TLDM/Kerajaan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kapal KD Laksamana Muhammad Amin yang merupakan salah satu kapal dari Skuadron Korvet Ke 24 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini sedang menjalani pasang pulilh (refit) di Grade One Marine Shipyard Sdn Bhd. 

Di atas inisiatif luar kotak (out of the box) warga the Navy People dan Kementerian Pertahanan, pelaksanaan refit KD Laksamana Muhammad Amin adalah amat unik.

Diantara keunikan yang dimaksudkan ialah pelaksanaan repowering serta penukaran sebahagian besar badan kapal (hull) menggunakan konsep re-hull.

Repowering adalah skop perkhidmatan selenggaraan melibatkan penggantian kesemua jentera utama, kotak gear, shafting, propeller dan set janakuasa termasuk switchboard serta kabel berkaitan. 

Manakala bagi konsep “re-hull, blok hull yang baharu dibina dan sebahagian peralatan yang terdapat di badan kapal yang lama dibawa keluar, dirombak pulih dan dipasang di hull baharu tanpa mengubah sepenuhnya reka bentuk asal.

Dalam erti kata lain, sebahagian besar badan kapal yang lama akan dilupus sebagai besi buruk.   

Pendekatan repowering dan re-hull ini telah mendapat perhatian pelbagai agensi kerajaan yang lain. 

Ini disebabkan ianya lebih cepat, ekonomik dan memberi return on investment (ROI) yang baik kepada perkhidmatan. 

Pendekatan out of the box ini juga telah mendapat perhatian pihak juruaudit, di mana telah dilaksanakan pemeriksaan oleh pihak yang berkaitan. 

Buat masa ini, hasil audit ialah: Totally out of the box method. Seems that there are 2 KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, but actually not. The method is still in that box, BUT in a larger box and in accordance with current Government procedure. 

Hasil inisiatif repowering dan re-hull ini bakal membolehkan KD Laksamana Muhammad Amin diberi nafas baharu dengan peningkatan keupayaan beroperasi, jangka hayat lebih panjang, supportability yang lebih baik dan memberi ROI yang tinggi kepada TLDM/Kerajaan.

Lebih membanggakan, kesemua aktiviti reka bentuk, pembinaan dan selenggaraan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak tempatan yang mana dengan tidak secara langsung mendukung industri pertahanan negara.

Sebelum ini pendekatan repowering dan re-hull boleh dianggap mustahil untuk direalisasikan.

Justeru, warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif luar kotak yang dihasilkan dan disaran terus berinovasi untuk meningkatkan keupayaan operasi Armada TLDM, khususnya dalam aspek Man, Machine and Method (Process).

 

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan

Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung

Foto : Lt Kdr Jeffery Daneil Ng TLDM

 

DEFENCE SECURITY ASIA

KD Laksamana Muhammad AminKorvetRe-HullRefitTLDM
Comments (0)
Add Comment