Kereta Kebal Ringan ASCOD 2 Sabrah 105mm Milik Filipina Lakukan Latihan Penembakan

Pada Jun 2021, kerajaan Filipina dan Israel menandatangani kontrak untuk memperolehi lebih daripada 20 buah kereta kebal ringan “ASCOD 2 Sabrah” dalam dua varian iaitu berantai (tracked) dan beroda (wheeled) serta kenderaan sokongan lain dianggarkan bernilai US$172 juta (RM774 juta).

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Batallion Kereta Kebal Pertama (MASIKAN) Angkatan Tentera Filipina telah melaksanakan latihan penembakan dengan peluru hidup menggunakan kereta kebal ringan ASCOD 2 Sabrah yang dilengkapi meriam 105mm.

Latihan yang bermula pada 8 hingga 11 Julai itu diadakan di Camp Ernesto Ravina Air Base (CERAB).

Akaun Facebook Batallion Kereta Kebal Pertama (MASIKAN) telah menyelitkan beberapa gambar tentang latihan itu yang penting bagi mengekalkan kesiapsiagaan kombat dan keberkesanan operasionalnya.

Latihan penembakan itu memberikan peluang kepada anggotanya dengan pengalaman berguna, melibatkan siri-siri senario kombat yang realistik bertujuan untuk menguji dan meningkatkan ketepatan dan kuasa tembak kereta kebal ringan Sabrah 105mm milik Angkatan Tentera Filipina itu.

Sesi latihan itu telah diselia oleh Komander Divisyen Armor Pambato Mejar Jeneral Pedro C.Balisi Jr yang pada masa yang sama menekan betapa pentingnya latihan itu dalam memastikan standard ketenteraan itu dikekalkan pada tahap tertinggi dan kesiapsiagaan.

Pada Jun 2021, kerajaan Filipina dan Israel menandatangani kontrak untuk memperolehi lebih daripada 20 buah kereta kebal ringan “ASCOD 2 Sabrah” dalam dua varian iaitu berantai (tracked) dan beroda (wheeled) serta kenderaan sokongan lain dianggarkan bernilai US$172 juta (RM774 juta).

Facebook 1st Tank (MASIKAN) Battalion PA)

 

Israel perlu menghantar kesemua kereta kebal ringan itu dalam kedua-dua varian kepada Filipina dalam tempoh tiga tahun.

Varian beroda kereta kebal ringan “Sabrah” adalah berdasarkan kepada kenderaan IFV Pandur 8×8.

Kesemua kereta kebal ringan sama ada di dalam bentuk beroda atau berantai yang diterima oleh Filipina akan dilengkapi dengan meriam 105mm buatan Elbit Systems dan Battle Management System oleh syarikat C4I Tadiran juga daripada Israel.

Syarikat General Dynamics European Land Systems-Santa Barbara Sistemas (GDELS-SBS) dengan kerjasama syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems telah membekalkan kereta kebal ringan ASCOD 2 Sabrah kepada tentera Filipina.

Syarikat GDELS-SBS dan Elbit Systems itu berjaya menewaskan syarikat-syarikat pertahanan antarabangsa yang lain ketika memenangi kontrak bagi kereta kebal ringan tentera Filipina itu.

Kereta kebal ASCOD 2 Sabrah mempunyai berat sekitar 30 tan dan memiliki ciri-ciri modular.

Kereta Kebal Ringan ASCOD 2 Sabrah 105mm

 

Ia dilengkapi dengan meriam 105mm yang bersesuaian untuk digunakan oleh kereta kebal ringan “Sabrah” sama ada ia varian berantai atau varian beroda.

Kereta kebal “Sabrah” dilengkapi dengan perlindungan armor sehingga ke tahap NATO STANAG 4569 Level 4.

Ia juga boleh dintergrasikan dengan sistem pertahanan aktif dan dilengkapkan juga dengan sistem Battle Management System “Torch-X” yang dibangunkan oleh syarikat Elbit Systems.

Selain itu kereta kebal ringan itu juga memiliki sistem Electro-Optical, sistem kawalan tembakan dan pelbagai sistem elektronik yang lain.

Pada November tahun lepas, Filipina dilaporkan telah menerima kumpulan kedua kereta kebal ringan ASCOD 2 “Sabrah” yang dibelinya daripada syarikat pertahanan GDELS-SBS dengan kerjasama syarikat Israel, Elbit Systems.

Penghantaran kumpulan kedua kereta kebal ringan itu meliputi sembilan buah kereta kebal ringan buatan syarikat pertahanan Israel telah tiba di pelabuhan Subic untuk dihantar kepada penggunanya,  Angkatan Tentera Filipina.

(GDELS-SBS)

 

Sejak beberapa tahun lepas, Filipina telah muncul antara pasaran paling utama untuk syarikat-syarikat pertahanan Israel di Asia Tenggara.

Selain kereta kebal ringan “Sabrah”, Filipina turut memiliki beberapa sistem persenjataan buatan Israel seperti meriam bergerak ATMOS 155mm juga dibangunkan oleh Elbit Systems, bot serang laju “Shaldag Mk V”,  dron MALE (Medium Altitude Long Endurance) “Hermes” dan lain-lain lagi.

Duta Israel ke Filipina Ilan Fluss dilaporkan berkata bahawa hubungan pertahanan di antara Manila dan Tel Avic sememangnya erati menerusi perolehan beberapa sistem pertahanan oleh Filipina.

Fluss juga menyatakan hasrat Israel untuk memperkukuhkan dan mendalamkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.

“Israel telah menjadi rakan yang dipercayai dan boleh diharap kepada Filipina, terutamanya di dalam bidang pertahanan dan keselamatan,” kata beliau.

Israel turut menempatkan penasihat-penasihat tenteranya di Filipina. — DSA

 

featuredFilipinaKereta KebalSabrah
Comments (0)
Add Comment