KD Lekir Tiba Di Hawaii, Laksana “Underway Replenishment” Dengan USNS Henry J.Kaiser

Ketika menuju ke Joint Base Pearl Harbor-Hickam, kapal perang TLDM itu telah melakukan Underway Replenishment (UNREP) di laut dengan kapal Amerika Syarikat, USNS Henry J.Kaiser di perairan Hawaii.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas hampir dua minggu belayar tanpa henti, kapal korvet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekir akhirnya telah tiba di perairan Hawaii untuk menyertai latihan maritim terbesar di dunia, Rim of The Pacific (RIMPAC) 2022.

Sebelum menuju ke Joint Base Pearl Harbor-Hickam, kapal perang TLDM itu telah melakukan Underway Replenishment (UNREP) di laut dengan kapal Amerika Syarikat, USNS Henry J.Kaiser di perairan Hawaii.

Kenyataan TLDM menerusi akaun FB hari ini menyebut bahawa KD Lekir telah “bertemu” dengan kapal Amerika Syarikat itu di perairan Hawaii di Pulau Oahu, selepas menempuh pelayaran tanpa henti di Lautan Pasifik.

KD Lekir mengadakan Underway Replenishment (UNREP) dengan kapa l Amerika Syarikat USNS Henry J.Kaiser di perairan Hawaii. (kredit TLDM)

 

Selain kapal perang daripada Malaysia, USNS Henry J.Kaiser turut melakukan pengisian minyak dengan kapal-kapal perang negara lain sebelum mereka menuju ke Joint Base Pearl Harbor-Hickam untuk menyertai latihan RIMPAC 2022 itu.

KD Lekir merupakan kapal perang Malaysia yang kedua selepas KD Lekiu yang menyertai RIMPAC pada tahun 2018.

Diketuai oleh Pegawai Memerintah KD Lekir Komander Mohd Asri Dasman,  kapal perang TLDM itu turut telah diberikan penghormatan untuk melancarkan peluru berpandu anti-kapal pada edisi latihan RIMPAC pada tahun ini.

Penembakan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 Block II oleh KD Lekir pada Eksesais RIMPAC tahun ini merupakan suatu “milestone” yang amat penting kepada TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ini (penembakan peluru berpandu anti-kapal oleh KD Lekir pada RIMPAC 2022) merupakan milestone yang amat penting untuk TLDM dan ATM memandangkan kita akan menunjukkan capability kita di arena antarabangsa. Ia dilakukan di luar zon maritim Malaysia,” katanya.

Kapal korvet TLDM, KD Lekir semasa Eks Taming Sari di Selat Melaka baru-baru ini. (TLDM)

 

Pegawai Memerintah KD Lekir itu berkata demikian ketika ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan stesen televisyen RTM baru-baru ini.

Beliau juga berkata selain diberikan kepercayaan untuk membuktikan kemampuannya dalam menembak peluru berpandu anti-kapal, kapal korvet TLDM itu juga telah diberikan mandat dan kepercayaan untuk diletakkan dalam Kumpulan Carrier Strike Group (CSG) dengan kapal pengangkut pesawat Amerika serta beberapa buah kapal destroyer daripada Jepun dan Korea Selatan serta Amerika sendiri.

Kapal korvet TLDM itu akan terlibat dalam pelbagai operasi maritim pada RIMPAC 2022 termasuk latihan pertahanan udara (air defence exercise) dan lain-lain.

KD Lekir juga akan terlibat dengan “Theatre Anti-Submarine Warfare” dimana kapal korvet TLDM itu akan mengesan dan “engage” kapal selam luar negara, katanya.

Kapal korvet KD Lekir melancarkan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 di perairan utara Selat Melaka dalam Eksesais Taming Sari yang berlangsung minggu lepas. (ATM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Latihan RIMPAC pada tahun ini akan disertai 38 buah kapal daripada 26 negara, empat kapal selam, lebih daripada 170 buah pesawat dan 25,000 anggota tentera bakal menyertai RIMPAC 2022 bermula pada 29 Jun hingga 4 Ogos di sekeliling perairan Hawaii dan selatan California.

Ia adalah latihan maritim terbesar di dunia, yang memberikan peluang latihan yang unik selain memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di antara peserta, yang kritikal dalam memastikan keselamatan laluan laut dan perairan dunia.

RIMPAC bermula pada 1971. — DSA

featuredKD LekirRIMPAC 2022USNS Henry J-Kaiser
Comments (0)
Add Comment