Kapal Pengangkut Pesawat Amerika Syarikat, USS Ronald Reagan Kini Di Laut China Selatan

Menurut pemerhati @duandang, kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat belayar di Selat Luzon yang memisahkan Pulau Luzon, Filipina dengan Taiwan untuk ke Laut China Selatan daripada Laut Filipina.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Ronald Reagan (CVN 76) dilaporkan kini berada di Laut China Selatan selepas beberapa hari berada di Laut Filipina sambil mengadakan latihan.

Menurut pemerhati @duandang, kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat belayar di Selat Luzon yang memisahkan Pulau Luzon, Filipina dengan Taiwan untuk ke Laut China Selatan daripada Laut Filipina.

Kapal pengangkut pesawat itu meninggal pangkalannya di Yokosuka pada 19 May lepas untuk mengadakan apa yang dipanggilnya sebagai “spring patrol”.

Ia diiringi oleh kapal-kapal pengiringnya yang terdiri daripada kapal perang cruiser USS Shiloh (CG-67) dan kapal destroyer USS Halsey (DDG-97), selain Carrier Air Wing 5 yang dilengkapkan dengan puluhan pesawat pejuang dan helikopter.

Kapal pengangkut pesawat itu memulakan rondaannya selepas selepas selesai menjalani kerja-kerja penyelenggaraan di Yokosuka itu.

Admin menjangkakan dengan kehadiran USS Ronald Reagan dan kapal-kapal pengiringnya di Laut China Selatan bakal meningkatkan suhu (temperature) di perairan strategik itu terutamanya membabitkan hubungannya dengan China.

Sementara itu imej satelit menunjukkan kehadiran tiga buah kapal perang China juga di Laut China Selatan pada ketika ini.

Kapal-kapal perang China itu dikenalipasti sebagai kapal destroyer Type 052D Luyang III, kapal friget Type 054A Jiangkai dan kapal destroyer Type 052C Luyang II.

Menurut akaun Twitter @OSINT_1, ketiga-tiga kapal perang China itu dikesan belayar ke arah utara daripada Hainan.

Tidak pasti sama ada ketiga-tiga buah kapal perang China dihantar oleh China untuk “shadow” kehadiran USS Ronald Reagan dan kedua-dua buah kapal pengiringnya di Laut China Selatan itu.

Tetapi kebiasaannya, memang itulah tugas utama kapal-kapal perang China apabila kapal perang Amerika Syarikat berada di Laut China Selatan.

Kehadiran USS Ronald Reagan dan kapal pengiringnya di Laut China Selatan hadir pada ketika ketegangan semakin meningkat membabitkan negara littoral di perairan itu iaitu Malaysia yang berhadapan dengan provokasi daripada China.

Ia melibatkan pencerobohan 16 buah pesawat pengangkut China terhadap Zon Maritim Malaysia (ZMM) pada 31 Mei lepas.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengerahkan pesawat Hawk 206 daripada pangkalan udaranya di Labuan untuk memintas pesawat-pesawat China itu yang terdiri daripada pesawat Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

Kementerian Luar Negeri turut memanggil duta besar China ke Malaysia untuk menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan itu serta menyampaikan nota diplomatik.

Kapal destroyer Type 052D Luyang Tentera Laut China.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatJiangkaiLaut China SelatanUSS Ronald Reagan