Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

S’pura Tahan Rakyatnya Di Bawah Akta ISA Kerana Menjadi Perisik Kepada China

Beliau yang berusia 40 tahun ditahan di bawah Akta ISA bermula 29 Januari tahun ini kerana menjadi ancaman kepada Singapura.

0 1,693

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lelaki warga Singapura, Dickson Yeo yang bekerja dengan agensi perisikan China sejak 2016 kini sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) republik berkenaan.

Beliau yang berusia 40 tahun ditahan di bawah Akta ISA bermula 29 Januari tahun ini kerana menjadi ancaman kepada Singapura.

Singapura masih mengekalkan Akta ISA (Internal Security Act), berbanding Malaysia yang membatalkan akta tersebut beberapa tahun lepas.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), Dickson telah bertugas sebagai perisik kepada sebuah negara asing dan menerima bayaran di atas tugas-tugas yang dilakukan olehnya.

ISD merupakan agensi perisikan dalaman Singapura dan bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri republik itu

Beliau ditangkap oleh ISD pada 30 Disember tahun lepas, sejurus selepas dihantar pulang ke Singapura oleh kerajaan Amerika Syarikat sebaik sahaja Dickson menamatkan hukuman penjara selama 14 bulan atas kesalahan merisik untuk China.

Dickson Yeo

“Siasatan oleh ISD mendapati bahawa Dickson telah bekerja untuk agensi perisikan kerajaan asing dan telah melaksanakan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pengendalinya (handlers) sebagai tukaran kepada bayaran wang.”

“Dickson sedar bahawa pengendali-pengendali beliau itu bekerja dengan agensi perisikan asing,” kata agensi kerajaan Singapura itu sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Strait Times.

Diantara tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Dickson itu termasuklah mendapatkan maklumat, menyediakan laporan sebagaimana diminta oleh pengendalinya termasuk berkenaan dengan Singapura.

Dalam menjalankan tugas perisikannya itu, lelaki warga Singapura itu telah mendampingi pelbagai individu di Singapura bertujuan mendapatkan maklumat bagi penyediaan laporannya.

Beliau juga telah mewujudkan syarikat palsu di republic itu untuk melindungi aktiviti pengumpulan maklumat olehnya.

Dickson juga telah cuba mendapatkan pekerjaan dengan kerajaan Singapura bagi menyenangkan usahanya untuk memperolehi maklumat daripada 2016 hingga 2019 apabila beliau ditangan oleh pegawai-pegawai Amerika Syarikat di negara berkenaan itu.

Dickson

ISD mengatakan bahawa siasatan terhadap Dickson itu masih berterusan dan penahanannya selama dua tahun di bawah ISA adalah untuk membenarkan jabatan itu membongkar lebih banyak kegiatan perisikan yang dilakukan oleh rakyatnya itu.

Dickson juga didedahkan pernah berkunjung ke China pada 2015 di mana beliau telah direkrut oleh perisik-perisik China yang menyamar sebagai kakitangan sebuah badan pemikir.

Pada ketika itu, Dickson merupakan penuntut ijazah kedoktoran di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Kebangsaan Singapura.

Dokumen-dokumen mahkamah di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa Dickson telah membuat perakuan bahawa beliau menerima bayaran sebagai pertukaran kepada laporan dan maklumat berkenaan negara-negara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...