Kapal Friget RSS Formidable Singapura Tembak Peluru Berpandu Darat-ke-Udara Aster

Dalam ujian yang ia tidak dinyatakan tarikhnya, peluru berpandu darat-ke-udara Aster dilancarkan kapal friget kelas-Formidable RSS Formidable milik Tentera Laut Republik Singapura berjaya menembak jatuh dron yang dijadikan sasaran dalam ujian pelancaran itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bertempat di perairan pesisir Toulon di Perancis beberapa hari lalu, kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Republik Singapura iaitu RSS Formidable telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu darat-ke-udara Aster .
Dalam ujian yang tidak dinyatakan tarikhnya, peluru berpandu darat-ke-udara Aster  dilancarkan kapal friget kelas-Formidable RSS Formidable milik Tentera Laut Republik Singapura berjaya menembak jatuh dron yang dijadikan sasaran dalam ujian pelancaran itu.
“Ini merupakan peluang penting bagi Tentera Laut Republik Singapura untuk mempertingkatkan keupayaan peperangan berintensiti tinggi serta mengesahkan tahap kesiapsiagaan sistem-sistem kami,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Singapura menerusi Facebook miliknya.
Turut menyaksikan ujian pelancaran itu adalah Panglima Tentera Laut Singapura RADM Sean Wat dan Fleet Commander RADM Kwan Hon Chuong.
“Kami juga merakamkan penghargaan kepada rakan kerjasama kami dari Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), serta rakan sejawat dari Perancis iaitu Tentera Laut Perancis (Marine Nationale), Défense Méditerranée – Cecmed dan Direction Générale de l’Armement atas kerjasama erat mereka yang menjayakan pelaksanaan ujian tembakan ini.”
Kapal-kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Republik Singapura dilengkapi dengan Peluru berpandu Aster 15 dan Peluru Berpandu Aster 30 merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana yang direka untuk memberikan perlindungan menyeluruh terhadap pelbagai ancaman udara termasuk peluru berpandu, pesawat pejuang dan dron.
Peluru berpandu Aster 15 mempunyai jarak efektif sekitar 30 kilometer dan direka khas untuk pertahanan udara jarak sederhana dan berupaya memintas ancaman seperti pesawat pejuang, dron dan peluru berpandu masuk dengan ketepatan tinggi.
Pelancaran peluru berpandu Aster 15 (FB Singapore Navy)
Manakala Aster 30 pula memiliki jarak efektif antara 120 hingga 150 kilometer, bergantung kepada konfigurasi sistem dan jenis sasaran. Ia digunakan untuk pertahanan udara jarak jauh dan mampu menghadapi ancaman berkelajuan tinggi termasuk peluru berpandu balistik.
Kedua-dua peluru berpandu ini dilancarkan secara menegak melalui sistem pelancaran menegak (VLS), dan dilengkapi dengan sistem panduan radar aktif serta keupayaan manuver tinggi untuk memastikan kecekapan dalam memintas sasaran di pelbagai altitud dan kelajuan.
Penggunaan peluru berpandu darat-ke-udara Aster 15  dan Aster 30 pada friget kelas-Formidable memberikan keupayaan pertahanan udara lapisan pertama yang kritikal, sekaligus meningkatkan daya tahan dan keberkesanan tempur kapal dalam persekitaran operasi berisiko tinggi.
Tentera Laut Republik Singapura telah mentauliahkan kapal-kapal friget kelas-Formidable pada tahun 2008-2009.
Diinspirasikan daripada kapal friget kelas “La Fayette” Tentera Laut Perancis, Singapura menganugerahkan syarikat DCN (kini Naval Group) daripada Perancis untuk membina enam buah kapal friget kelas-Formidable bermula daripada lead-ship iaitu RSS Formidable yang dibina di Perancis.
Kapal pertama RSS Formidable telah dibina di Perancis manakala lima lagi buah kapal friget kelas-Formidable seterusnya dibina di Singapura dibawa program pemindahan teknologi dengan ST Marine.
Kapal friget kelas-Formidable Singapura
Kapal pertama RSS Formidable, RSS  Intrepid, RSS Steadfast dan RSS Tenacious telah ditauliahkan pada 2008 manakala dua kapal terakhir, RSS Stalwart dan RSS Tenacious telah ditauliahkan pada 2009.
Kapal-kapal friget kelas-Formidable milik Tentera Laut Singapure adalah kapal kelas-friget yang direkabentuk sebagai “halimunan” dengan Radar Cross Section (RCS) yang rendah serta signature akustik, infra red dan elektro magnetik yang amat rendah.
Kapal-kapal friget kelas-Formidable sememangnya bersesuaian dengan namanya kerana ia memiliki panjang 114 meter dan berat 3,200 tan – sekaligus membolehkan ia membawa pelbagai sistem dan peralatan persenjataan bagi ia memelihara kepentingan maritim Singapura.
Ia dilengkapi dengan sistem komunikasi dan elektronik canggih yang kebanyakannya dibekalkan sendiri oleh syarikat-syarikat tempatan, Defence Science and Technology Agency (DSTA) dan Singapore Technologies Electronics.
Tentera Laut Republik Singapura secara rasmi telah memulakan Program Naik Taraf Separuh Hayat (Mid-Life Upgrade) bagi enam buah kapal friget kelas-Formidable, langkah yang mencerminkan komitmen negara itu untuk terus mengekalkan angkatan laut yang moden dan berkeupayaan tinggi di tengah-tengah cabaran keselamatan maritim serantau yang semakin meningkat.
Program MLU ini bertujuan memastikan kapal-kapal friget tersebut kekal relevan dan berdaya saing sehingga melepasi tahun 2040.
Kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Republik Singapura
Aster
Program naik taraf ini diumumkan pada akhir tahun 2023 dan akan dilaksanakan oleh ST Engineering Marine menerusi kontrak daripada Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF), dengan sokongan teknikal utama daripada syarikat Perancis, Naval Group, yang juga merupakan pereka asal kapal friget kelas tersebut.
Berikut adalah spesifikasi teknikal kapal-kapal friget kelas-Formidable milik Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), yang merupakan antara kapal perang permukaan paling berkeupayaan di Asia Tenggara:
⚓ Spesifikasi Umum:
  • Kelas Kapal: Friget kelas-Formidable
  • Jumlah Kapal: 6 unit
  • Asal Reka Bentuk: Berdasarkan kelas La Fayette (Perancis), dengan pengubahsuaian menyeluruh mengikut keperluan TLRS
  • Pereka Asal: Naval Group (dahulunya DCNS), Perancis
  • Pengeluar: Naval Group (kapal pertama), ST Engineering Marine (lima kapal berikutnya)
📏 Dimensi dan Berat:
  • Panjang: 114.8 meter
  • Lebar: 16.3 meter
  • Anjakan (Displacement): Sekitar 3,200 tan
  • Ketinggian Air (Draf): 6 meter
⚙️ Sistem Kuasa dan Pendorongan:
  • Sistem Pendorongan: CODAD (Combined Diesel and Diesel)
  • Enjin: 4 × MTU diesel (dipasang secara berkembar)
  • Kelajuan Maksimum: 27 knot (sekitar 50 km/j)
  • Jarak Operasi: Melebihi 4,000 batu nautika pada kelajuan 15 knot
  • Krew: Sekitar 70–90 orang, termasuk pegawai dan kru, dengan automasi tinggi
🛰️ Sistem Peperangan dan Elektronik:
  • Combat Management System (CMS): Thales TACTICOS CMS
  • Radar Kawalan Udara dan Permukaan:
    • Thales Herakles 3D Multi-Function Radar
    • Navigation radar tambahan
  • Sistem Pengurusan Elektronik dan Perang Elektronik:
    • ESM (Electronic Support Measures) dan ECM (Electronic Countermeasures)
  • Sonar:
    • Sonar pengesan bawah laut (bow-mounted sonar)
    • Sistem untuk operasi peperangan anti-kapal selam (ASW)
🛡️ Persenjataan:
  • Sistem Peluru Berpandu Udara ke Udara:
    • 32 sel pelancar menegak Sylver A50 untuk peluru berpandu Aster 15/Aster 30 SAM
  • Sistem Peluru Berpandu Anti-Kapal:
    • 8 × pelancar Harpoon Block II (akan digantikan dengan Blue Spear dalam program MLU)
  • Meriam Utama:
    • 1 × OTO Melara 76mm Super Rapid Gun
  • Sistem Pertahanan Dekat (CIWS):
    • 1 × Raytheon Phalanx 20mm Block 1B CIWS
  • Torpedo:
    • 2 × pelancar torpedo 324mm (Triple Tube Launchers) untuk torpedo ringan anti-kapal selam (seperti Eurotorp MU90 atau seumpamanya)
🚁 Keupayaan Helikopter:
  • Hangar dan Dek Pendaratan:
    • Mampu mengendalikan 1 helikopter marin jenis Sikorsky S-70B Seahawk
  • Peranan Helikopter: Peperangan anti-kapal selam (ASW), pengawasan, SAR, dan penyerangan sasaran permukaan
💡 Ciri-ciri Tambahan:
  • Rekabentuk Siluman:
    • Ciri-ciri rendah radar cross-section (RCS) untuk operasi siluman
  • Interoperabiliti Tinggi:
    • Sesuai untuk operasi gabungan bersama angkatan laut Amerika Syarikat, Australia, dan FPDA
  • Sedia untuk Modernisasi:
    • Reka bentuk modular yang memudahkan naik taraf seperti dalam program MLU
Kapal friget kelas-Formidable direka untuk bertindak sebagai command ship dalam kumpulan serangan laut dan mampu mengendalikan operasi pelbagai dimensi secara serentak, menjadikannya antara friget paling berkemampuan di rantau Indo-Pasifik.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Aster 15PerancisRSS FormidableSingapura
Comments (0)
Add Comment