Kapal China Terus “Ganggu” Operasi Minyak, Gas Negara Di Beting Patinggi Ali

Penyelidik antarabangsa, Raymond M. Powell menerusi ciapannya dalam akaun Twitter @GordianKnotRay hari ini mengatakan bahawa kapal pengawal pantai China, CCG 5402 terus menganggu aktiviti minyak dan gas yang dijalankan oleh Petronas di Beting Patinggi Ali itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengawal pantai China terus “menganggu” (harass) aktiviti minyak dan gas dilaksanakan oleh syarikat Petronas di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals), menurut seorang penyelidik antarabangsa.

Penyelidik antarabangsa terbabit, Raymond M. Powell menerusi ciapannya dalam akaun Twitter @GordianKnotRay hari ini mengatakan bahawa kapal pengawal pantai China, CCG 5402 terus “menganggu” aktiviti minyak dan gas yang dijalankan oleh Petronas di Beting Patinggi Ali itu.

“Pagi ini, 18 April pada 0746 waktu tempatan, kapal pengawal pantai China 5402 melintasi dalam lingkungan 300 meter daripada kapal perkhidmatan pesisir Malaysia, SK Majestic dan pelantarnya serta meneruskan ‘gangguan’ terhadap lapangan gas Petronas di Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali),” katanya dalam ciapan beliau itu.

Gambar dikirim pembaca Defence Security Asia menunjukkan kapal pengawal pantai China tidak jauh daripada platform minyak dan gas.

 

Raymond M. Powel merupakan ketua Projek Myoushu di Gordian Knot Center for National Security Innovation, Universiti Stanford.

Kapal pengawal pantai China dipercayai berada hampir dengan projek pembangunan gas Kasawari di Blok SK316 yang sedang diusahakan oleh Petronas.

Ditemui pada Novermber 2011, Lapangan Gas Kasawari itu dianggar menyimpan sebanyak tiga trillion kaki padu (Trillion Cubic Feet –TCF) sumber gas asli yang boleh diekstrak, diproses dan dikomersial.

Ditemui pada Novermber 2011, Lapangan Gas Kasawari itu dianggar menyimpan sebanyak tiga trillion kaki padu (Trillion Cubic Feet –TCF) sumber gas asli yang boleh diekstrak, diproses dan dikomersial.

Beting Patinggi Ali terletak pada kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak di Laut China Selatan dan sememangnya telah terbukti sebagai kawasan perairan yang kaya dengan khazanah minyak dan gas.

kredit @GordianKnotRay

 

Kapal pengawal pantai China CCG 5402 sepanjang 100 meter dan seberat kira-kira 4,000 tan bukanlah kapal yang asing di perairan ZEE Malaysia,  kerana ia kerapkali berada di sekitar Beting Patinggi Ali sejak beberapa tahun lepas untuk melaksanakan tugas utamanya iaitu “menganggu” (harassing) aktiviti minyak dan gas Malaysia di perairan terbabit.  

Kapal pengawal pantai China 5402 itu dikesan tiba di Beting Patinggi Ali pada  31 Mac lepas untuk menggantikan sebuah lagi kapal pengawal pantai negara itu, CCG 5901 yang merupakan kapal pengawal pantai terbesar dunia.

Kapal pengawal pantai China CCG 5901 yang mempunyai berat 12,000 tan juga dikenali sebagai “The Monster.”

Tidak lama selepas dikesan berada di sekitar perairan Beting Patinggi Ali, kerajaan telah mengerah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Bistari untuk memantau kehadiran CCG 5904 itu.

Sejak tahun 2000, kapal pengawal pantai China CCG 5402 telah dikesan memasuki perairan ZEE negara di sekitar Beting Patinggi Ali sebagaimana yang telah dilaporkan oleh badan penyelidikan antarabangsa, Asia Maritime Transparency Intiative (AMTI) seawal tahun 2020.

Kapal pengawal pantai China.

 

Imej satelit dan data daripada Automatic Identification System (AIS) menunjukkan sebuah kapal pengawal pantai China berada di timur Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals)  memantau operasi cari gali gas yang sedang dijalankan oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas.

Kapal pengawal pantai China itu, CCG 5402 dikesan berada di Blok SK316 yang terletak di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia dan berada tidak jauh daripada bot-bot sokongan operasi minyak dan gas, Ekspres 80, SK Magnitude serta Dolphin Satu.

“Kapal Pengawal Pantai China 5402 dilihat ‘menganggu’ (harassing) operasi gas Petronas di Blok SK316, timur di South Luconia Shoals di Perairan Zon Ekonomi Eksklusif, 65 Batu Nautika daripada pantai Sarawak,”  kata Powell pada 11 April lalu — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Beting Patinggi AlifeaturedGangguKapal ChinaPetronasRaymond Powell