Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Serahan C-130 (M30-08) Bukti Kejayaan TUDM Laksana Structural Inspection 33 Tahun (ST33)

Pesawat C130H (M30-08) merupakan pesawat pertama menjalani rawatan Structural Inspection (ST 33 Years) di Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Labuan. Pelaksanaan Rawatan ST 33 Years bermula pada 15 Mac 2021 dan siap pada 22 Nov 2022, sekaligus termeterai sejarah sebagai bukti kejayaan Kejuruteraan TUDM.

0 4,217

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya mewujudkan kembali keupayaan Senggaraan Barisan Kedua (2nd Line Servicing) bagi kejuruteraan TUDM.

 Ianya terbukti dengan berlangsungnya Penyerahan Pesawat C130H (M30-08) yang sempurna selepas menjalani senggaraan Structural Inspection 33 years (ST 33 years) daripada Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Labuan kepada No 14 Skuadron.

Menerusi kenyataan di dalam media sosialnya baru-baru ini, TUDM menyatakan bahawa majlis penyerahan pesawat C130H (M30-08)  itu telah  disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM. 

MPA
Pesawat C-130 Hercules TUDM

 

Ketibaan Panglima TUDM itu telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Brigadier Jeneral Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM.

Beliau kemudiannya memperkenalkan Team Senggaraan Structural Inspection (ST 33 Years) yang terdiri daripada empat pegawai dan 32 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada No 14 Skuadron, Cawangan Kejuruteraan serta Cawangan Materiel dari Pangkalan Udara Labuan.

Panglima Tentera Udara seterusnya menyaksikan penyerahan pesawat C130H (M30-08) oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan, Pangkalan Udara Labuan, Leftenan Kolonel Shahiful Akmar bin Abdul Karim TUDM kepada kepada Pegawai Memerintah No 14 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd Zulazri bin Ibrahim TUDM. 

C-130

Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Labuan telah dipilih untuk melakukan penyelenggaraan pesawat di Barisan Ke-Dua (2nd Line Servicing) bagi pesawat C130H secara berperingkat dan progresif buat julung kalinya.

 Ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang amat penting diberikan oleh pucuk pimpinan TUDM supaya penyelenggaraan ini dapat direalisasikan dengan berjaya. 

Pesawat C130H (M30-08) telah dipilih dan merupakan pesawat pertama yang menjalani rawatan Structural Inspection (ST 33 Years) di Cawangan Kejuruteraan PU Labuan.

Pelaksanaan Rawatan ST 33 Years ini telah bermula pada tanggal 15 Mac 2021 dan pesawat telah berjaya disiapkan pada 22 Nov 2022 dan termeterai sejarah sebagai bukti kejayaan Kejuruteraan TUDM.

TUDM
(kredit TUDM)

 

Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama yang mampan daripada pihak Markas Tentera Udara, Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Markas Wilayah Udara 2 dan juga Pangkalan Udara Labuan.

Pesawat berkenaan juga telah berjaya melaksanakan penerbangan pertama, 1st Functional Check Flight (FCF) pada 22 Oktober 2022 yang menunjukkan keberhasilan dan kejayaan projek ini sekaligus membuktikan bahawa pegawai dan anggota TUDM turut mempunyai kepakaran, kompeten serta mampu bersaing dengan industri luar.

Kejayaan Team ST-33 Years adalah suatu pengiktirafan oleh TUDM dan semoga menjadi pemangkin semangat kepada Bahagian Kejuruteraan TUDM dan anggota untuk terus maju dalam mempertingkatkan dan memperkasakan Cawangan Kejuruteraan TUDM menjadi lebih cemerlang dan terbaik. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...