“Kamikaze Drone” Gentarkan Armenia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Selain sistem UAV Bayraktar TB2 buatan Turki, konflik di antara Azerbaijan dan Armenia bagi merebut Nagorno Karabakh turut memperlihatkan penggunaan satu lagi sistem UAV, yang lebih berbahaya.

Sepanjang beberapa hari konflik yang meletus di Nagorno Karabakh atau “Artsakh” oleh Armenia, tentera Azerbaijan turut mengerahkan penggunaan “loitering drone” atau gelaran mudahnya “Kamikaze drone” atau “Suicide Drone.”

Azerbaijan dipercayai menggunakan beberapa jenis “Kamikaze Drone” buatan Israel diantaranya Harop, Harpy, SkyStriker dan Orbiter 1K.

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev diberi penerangan tentera sistem “Harop” buatan Israel di Azerbaijan. (sumber internet)

Berbanding dengan UAV konvensional yang lebih digunakan untuk pemantauan tetapi boleh juga dilengkapi dengan persenjataan, “Kamikaze drone” pula mempunyai peranan seperti pesawat kamikaze Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Ia akan berlegar-legar di udara (sebab itu jugalah ia dipanggil loitering munitions) mencari sasaran musuh menggunakan sistem penderia modennya dan juga pengawal daripada pusat kawalan,

Setelah mengesan aset musuh, “Kamikaze Drone” terbabit yang dikawal dari pusat kawalan dan pemerintahan  akan terus menjunam dari udara untuk memusnahkannya.

KABOOM !!!!!!!! Sasaran musnah dan apa sahaja didalamnya akan rentung.

Azerbaijan telah menggunakan “Kamikaze Drone” buatan Israel pada 2016 apabila “Harop” dihantar untuk memusnahkan sebuah bas dinaiki anggota tentera Armenia di Nagorno Karabakh.

Serangan “Harop” itu berjaya memusnahkan bas berkenaan, mengakibat tujuh anggota tentera Armenia terbunuh.

Empat tahun ke depan pada hari ini, kehadiran “Kamikaze Drone” amat mengentarkan tentera Armenia yang berada di bawah.

Apa sebenarnya yang membuatkan “Harop” dan “Kamikaze Drone” yang lain amat effektif dalam memusnahkan sasaran musuh, pertama – ia mempunyai jarak effektif sehingga sejauh 1,000km dan mampu berlegar di udara selama lebih enam jam.

Sebagai contoh, Harop boleh mengenalpasti sasaran menerusi gelombang radio yang dihasilkan seperti radar, membuatkannya amat berkesan untuk bertindak sebagai senjata anti-radar.

Jika gelombang radio itu ditutup, Harop boleh menggunakan sistem electro-optikal canggihnya sama ada siang atau malam untuk mencari sasaran.

Dan jika itu tidak juga berkesan, ia mempunya sistem deria pengesan haba. (heat seeking).

Setiap “Harop” dilengkapi dengan bahan letupan seberat 23kg, ,memadai untuk memusnahkan sebuah kereta kebal utama.

Harop dibina oleh syarikat pertahanan Israel, Israel Aerospace Industries (IAI).

Bagaimanapun, terdapat laporan mengatakan Kamikaze Drone “Harop” yang digunakan oleh tentera Azerbaijan dibina secara berlesen di negara itu sendiri.

Azerbaijan dan Israel mempunyai hubungan pertahanan yang amat baik yang telah pun menjangkau lebih daripada 20 tahun.

Selain UAV, Kamikaze Drone, Israel juga mengeksport peluru berpandu lain serta membantu menaiktaraf kereta kebal Azerbaijan seperti T-72 kepada standard Barat dengan sistem pertahanan aktif dan reactive armour.

Kini, Tel Aviv merupakan antara pengeksport senjata terbesar kepada Azerbaijan, tetapi hubungan antara negara Yahudi dan Syiah ini bukan sekadar di dalam bidang pertahanan.

Kedua-dua negara sahabat itu berdagang di dalam pelbagai sektor, malah 40 peratus daripada bekalan minyak Israel datang daripada perut bumi Azerbaijan.

Sebenarnya, ada banyak faktor lain mengapa Israel begitu rapat dengan Azerbaijan yang berkongsi sempadan dengan Iran (musuh ketat Israel), tetapi kita akan sentuh perkara itu pada dan ketika yang lain.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

 

 

AzerbaijanHaropIsraelKamikaze DroneLoitering DroneNagorno Karabakh
Comments (6)
Add Comment