Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Armenia Tunjuk Bangkai Su-25 Di Tembak Turki

0 542

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kerajaan Armenia buat pertama kalinya telah menunjukkan gambar-gambar bangkai pesawat pejuang Su-25 “Frogfoot” miliknya yang didakwa ditembak jatuh oleh pesawat F-16C milik Turki.

Gambar-gambar bangkai pesawat milik Tentera Udara Armenia itu telah dikeluarkan oleh akaun Twitter kerajaan negara itu.

Sejurus selepas Yerevan (ibu negara Armenia) mendakwa Turki telah menembak jatuh pesawat pejuang Armenia, kerajaan Azerbaijan dan Turki telah mendesak negara Kristian Orthodoks itu supaya menampilkan bukti-bukti dakwaan mereka itu.

Bangkai

Ankara mendakwa apa yang diperkatakan oleh Armenia sebagai berita palsu.

Azerbaijan pula mengatakan tenteranya tidak memiliki sebarang pesawat F-16.

Sementara itu, dalam reaksi balas kerajaan Armenia diberitakan telah mengerahkan sistem pertahanan udara S-300 buata Russia ke sempadannya dengan Azerbaijan, berkemungkinan bagi menangani pencerobohan pesawat pejuang daripada negara itu.

Sebelum ini, sistem pertahanan udara S-300 itu dipertanggungjawab untuk melindungi ibu negara Armenia, Yerevan daripada serangan udara.

S-300
Kerajaan Armenia diberitakan memindahkan sistem pertahanan udara S-300 daripada Yerevan ke sempadannya dengan Azerbaijan. (kredit internet)

Selain empat keping gambar bangkai pesawat pejuang Su-25 Tentera Udara Armenia, tidak banyak maklumat lagi yang disalurkan oleh kerajaan negara itu.

Bagaimanapun media tempatan mengatakan pesawat terbabit yang digunakan untuk serangan sasaran darat telah ditembak jatuh di wilayah Vardeniz, di Armenia.

Bangkai

 

BangkaiJuruterbang pesawat Su-25 yang dikenali sebagai Mejar Valeri Danelin disahkan maut dalam kejadian itu, menurut Kementerian Pertahanan Armenia.

Laporan media tempatan awal pagi tadi mengatakan pesawat milik Armenia itu dijatuh ketika berada di ketinggian 8000 meter kira-kira 60km di dalam ruangan udara negara itu.

Manakala pesawat F-16C Turki itu pula dikatakan berlepas daripada pengkalan udara Ganja di dalam Azerbaijan.

Bulan lepas, Turki menghantar tiga buah F-16 ke Azerbaijan untuk terlibat dalam latihan tentera bersama dengan tentera Azerbaijan.

Pesawat F-16
Pesawat pejuang F-16 Turki ketika tiba di pengkalan udara Azerbaijan untuk latihan bersama bulan lepas.

Jika dakwaan pesawat Su-25 milik tentera Armenia ditembak jatuh oleh Turki itu terbukti benar, ia adalah sesuatu yang membimbangkan bagi negara-negara serantau.

Ini kerana ia memungkinan Russia terlibat dalam konflik di Nagorno Karabakh kerana Armenia dan Moscow menjalin perjanjian pertahanan bersama di bawah kerangka Collective Security Treaty Organisation (CSTO).

Russia juga mempunyai pengkalan tentera di Armenia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...