KAI Rancang Bangunkan Pesawat MRCA Ringan, F-50

Pesawat MRCA ringan satu tempat duduk, F-50 yang dirancang dibangunkan oleh KAI itu bakal berkemampuan melaksanakan kira-kira 80 peratus daripada tugasan yang dilaksanakan oleh pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon buatan syarikat Lockheed Martin tetapi pada kos yang jauh lebih rendah.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sebagai sebahagian daripada perancangan masa depannya menjelang tahun 2050, Korea Aerospace Industries (KAI) merancang untuk membangunkan pesawat MRCA (light multi role combat aircraft) ringan satu tempat duduk dipanggil F-50.

Menurut ketua pegawai eksekutif KAI Kang Gu-young sebagaimana dipetik oleh portal Aviaciaonline, pesawat MRCA ringan F-50 itu merupakan evolusi daripada pesawat pesawat pejuang ringan/latihan lanjutan (Light Combat Aircraft/Fighter Lead-In Trainer) FA-50 yang dibangunkan oleh KAI. 

Pesawat FLIT/LCA FA-50 dibangunkan daripada pesawat latihan lanjutan T-50 hasil kerjasama di antara KAI dengan syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.

Pesawat MRCA ringan satu tempat duduk, F-50 yang dirancang dibangunkan oleh KAI itu bakal berkemampuan melaksanakan kira-kira 80 peratus daripada tugasan yang dilaksanakan oleh pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon buatan syarikat Lockheed Martin tetapi pada kos yang jauh lebih rendah.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan akan diminta mengeluarkan peruntukkan bagi memulakan pembangunan pesawat MRCA ringan F-50.

Di dalam majlis yang sama, Gu-young juga berkata beliau percaya KAI disasar menjadi syarikat aeroangkasa ketujuh terbesar di dunia menerusi perlaksanaan pelan perancangan sehingga tahun 2050 yang diberi nama “KAI Global 2050.”

Untuk menjadikan KAI syarikat aeroangkasa ketujuh terbesar dunia, maka ia perlu memiliki inovasi, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengambilan dan latihan pekerja.

Satu lagi strategi yang perlu dilaksanakan oleh KAI untuk muncul sebagai syarikat aeroangkasa ketujuh terbesar dunia adalah dengan mengurangkan kebergantungannya terhadap kontrak-kontrak kerajaan Korea Selatan dan menumpukan usaha terhadap pasaran eksport bagi produk-produknya.

Kejayaan export pesawat FA-50 kepada Poland membuktikan potensi eksport pesawat pejuang ringan itu kepada pasaran di benua Eropah.

Dua buah FA-50 Tentera Udara Filipina

 

Sebelum ini, KAI berpendapat Eropah merupakan pasaran yang amat sukar untuk ditembusinya.

Pelawaan gergasi aeroangkasa Eropah, Airbus untuk bekerjasama dengan KAI berikutan kejayaannya mengeksport pesawat FA-50 ke Poland hanya mengukuhkan lagi kedudukan syarikat Korea Selatan itu.

Selain Poland, KAI juga sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pelanggan terbarunya bagi pesawat pejuang ringan/latihan lanjutan FA-50.

Syarikat aeroangkasa itu dikatakan menawarkan pesawat FA-50 Block 20 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Selain benua Eropah, KAI juga mengintai peluang untuk bertapak di Amerika Utara, Afrika dan Timur Tengah (menerusi Mesir), selain mengukuhkan lagi kedudukan sedia adanya Asia Tenggara dan Amerika Selatan. – – DSA

F-50featuredKAIKorea SelatanMRCAPesawat
Comments (0)
Add Comment