Jepun Mahu Bangun Peluru Berpandu Balistik Jarak 3,000 KM

Analisa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa China memiliki kira-kira 1,900 peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh dilancarkan daripada sistem pelancar daratnya, manakala rejim Korea Utara pula dilaporkan memiliki sehingga 300 buah peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh membedil mana-mana lokasi di Jepun

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Jepun bercadang untuk membangunkan peluru berpandu balistik dan peluru berpandu balistik yang berkemampuan membedil sasaran sehingga sejauh 3,000km, sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan pertahanannya.

Menurut akhbar tempatan “The Mainichi”,  pada ketika ini peluru berpandu Type 12 buatan tempatan hanya mampu membedil sasaran tidak lebih daripada 200km, walaupun usaha sedang berjalan untuk meningkatkan jaraknya kepada sehingga 1,000km.

Jepun merancang pembangunan peluru berpandu balistik dan hypersonik di dalam tiga peringkat.

Peringkat pertama melibatkan pemodenan peluru berpandu negara itu dengan jarak mencecah sehingga 1,000km dan ditempatkan di Pulau Ryukyu (juga dipanggil Kepulauan Nansei), dengan tempoh operasinya dijangka pada tahun 2026.

Peringkat kedua pula melibatkan usaha membangunkan sistem peluru berpandu dengan jarak sehingga 2,000km di Pulau Honshu dengan kawasan-kawasan di sekitar Gunung Fuji dikenalpasti sebagai di antara kawasan yang sedang dikaji untuk penempatan peluru berpandu itu.

Peluru berpandu anti-kapal Type-12 Jepun yang akan dinaiktaraf kepada peluru berpandu kruis jarak jauh dengan jarak sehingga 1,000km.

 

Akhbar tempatan Jepun itiu bagaimanapun tidak mendedahkan bilakah peluru berpandu itu akan mula dioperasi oleh tentera Jepun.

Peringkat ketiga pembangunan peluru berpandu Jepun adalah membangunkan sistem peluru berpandu balistik yang bakal ditempatkan di Pulau Hokkaido yang terletak di utara negara itu dan berkemampuan membedil sasaran sehingga  3,000 km.

Pada awal Oktober lalu, Perdana Menteri Fumio Kishida berkata bahawa Tokyo akan mempertimbangkan setiap pilihan yang berada ditangannya untuk memastikan keselamatan rakyatnya termasuk kemungkinan melakukan serangan balas terhadap musuh.

Pihak berkuasa Jepun bakal merangka tiga dokumen keselamatan menjelang akhir tahun 2022 iaitu — Strategi Keselamatan Negara, Garis Panduan Program Pertahanan Negara dan Program Pertahanan Jangka Sederhana.

Baru-baru ini, untuk meningkatkan kemampuan Jepun melakukan serangan balas terhadap “musuh-musuhnya”,  negara Matahari Terbit itu dilapor sedang menimbangkan untuk mensasarkan kira-kira 1,000 peluru berpandu kruis jarak jauh yang sedang dibangunkannya ke arah China.

Tokyo dilaporkan akan menaiktaraf peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan, “Type 12” kepada peluru berpandu kruis jarak jauh bagi membolehkan ia mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sehingga sejauh 1,000km.

Peluru berpandu Type 12 yang dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries (MHI) akan dinaiktaraf daripada sekadar peluru berpandu anti-kapal kepada peluru berpandu kruis jarak jauh.

Pada ketika ini, jarak maksima peluru berpandu Type 12 milik Jepun hanya mampu membedil sasaran sejauh 200km.

Tentera Jepun merancang untuk melengkapkan peluru-peluru berpandu Type 12 yang telah dinaiktaraf itu di kapal-kapal perangnya atau pesawat pejuang serta beberapa pulau yang terletak berhampiran dengan China.

Ia meletakkan sasaran pada tahun 2024 untuk mula mengerah peluru berpandu kruis jarak jauh Type 12 itu, dua tahun lebih awal daripada perancangannya.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Walaupun Jepun diperakui sebagai diantara negara yang memiliki angkatan bersenjata paling lengkap, tetapi fokusnya lebih kepada pertahanan negara itu.

Jepun tidak mempunyai kemampuan serangan balas, untuk melancarkan serangan terhadap musuhnya daripada negaranya sendiri.

Bagaimanapun, peningkatan kemampuan dan ancaman daripada China dan Korea Utara telah menyebabkan Tokyo untuk berfikir dua kali tentang kemampuannya untuk melaksanakan serangan balas terhadap musuhnya.

Menerusi analisa yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, ia menyatakan bahawa China memiliki kira-kira 1,900 peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh dilancarkan daripada sistem pelancar daratnya.

Manakala rejim Korea Utara pula dilaporkan memiliki sehingga 300 buah peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh membedil mana-mana lokasi di Jepun. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

BalistikBerpandufeaturedHypersonikJepunPeluru
Comments (0)
Add Comment