Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Peroleh Peluru Berpandu Taktikal “Khan”, Jarak Bedilan 280 Km

“Khan” adalah versi eksport kepada sistem peluru berpandu taktikal “Bora” yang digunakan oleh Angkatan Tentera Turki dan berkemampuan untuk membedil sasaran sejauh 280km.

0 1,936

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia muncul sebagai negara Asia Tenggara yang pertama untuk memperolehi sistem peluru berpandu darat-ke-darat dikenali dengan nama “Khan” dan sistem pertahanan udara HISAR yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan terkenal Turki, ROKETSAN.

Kedua-dua perolehan sistem persenjataan oleh Indonesia itu ditandatangani pada pameran Indo Defence yang berlangsung baru-baru ini.

Sistem peluru berpandu darat-ke-darat “Khan” itu berkemampuan untuk membedil sasaran sejauh 280km.

“Khan” adalah versi eksport kepada sistem peluru berpandu taktikal “Bora” yang digunakan oleh Angkatan Tentera Turki yang mengguna sistem Global Positioning System (GPS) dan inertial guidance bagi memastikan peluru berpandu dengan kepala peledak seberat 570kg menepati sasarannya.

Ia mula memasuki perkhidmatan angkatan tentera Turki pada tahun 2017.

Khan

Peluru berpandu “Khan” itu dilancar menggunakan kenderaan Multi Barrel Rocket Launcher (MBRL).

Dengan perolehan peluru berpandu darat-ke-darat “Khan” oleh Indonesia, maka negara itu menyertai Vietnam dan Filipina di rantau Asia Tenggara yang memiliki peluru berpandu darat-ke-darat di dalam armada angkatan tenteranya.

Vietnam menggunakan peluru berpandu darat ke darat “Scud” manakala Filipina pula dengan perolehan “Brahmos”.

HISAR pula adalah sistem pertahanan udara yang dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN yang terdiri daripada HISAR-A untuk aras rendah dan HISAR-O untuk pertahanan udara aras tinggi manakala HISAR-O pula adalah untuk jarak sederhana.

ROKETSAN yang menyumbang peluru berpandu bagi sistem pertahanan udara HISAR itu manakala syarikat ASELSAN pula membangunkan sistem elektronik.

HISAR-O
Kenderaan pelancar Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana “HISAR-O”

 

Kedua-dua syarikat ini mula membangunkan sistem pertahanan udara ini sebaik sahaja dianugerah kontrak oleh kerajaan Turki pada 2011.

Pada 2014,  peluru berpandu HISAR-O telah berjaya dilancarkan buat pertama kali.

Turki membangunkan sistem pertahanan udara HISAR itu dalam usahanya ntuk mewujudkan lapisan pertahanan udara (multi-layered air defence system) daripada aras rendah (HISAR-A), aras sederhana (HISAR-O) dan aras tinggi atau jarak jauh (HISAR-U).

Sebagai contoh, sistem HISAR-O ini terdiri daripada peluru berpandu jarak sederhana itu sendiri, sistem pelancar peluru berpandu, fire control system, mast-mounted air defence radar dan electro-optical serta infra red sensor.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ia menggunakan phased array 3D radar “ASELSAN KALKAN” untuk mengesan dan menjejak sehingga 60 sasaran secara serentak.

Sasaran boleh dikesan sejauh 60km menggunakan radar sistem HISAR-O itu.

Pelancar peluru berpandu bagi sistem pertahanan udara jarak sederhana HISAR-O adalah berdasarkan kepada trak Mercedes-Benz 6×6 yang dilengkapi dengan enam butir peluru berpandu jarak sederhana itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...