Jepun Naik Taraf Pesawat F-15J Kepada “Super Interceptors”

Usaha-usaha menaiktaraf pesawat F-15J Jepun kepada varian "Super Interceptors" itu akan memastikan tentera udaranya mampu menangani sebarang cabaran keselamatan dan pertahanan terutama daripada pesawat-pesawat pejuang negara jirannya iaitu China dan Russia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun telah menganugerah syarikat Boeing dengan kontrak bernilai US$470 juta (RM1.9 bilion) untuk menaiktaraf pesawat pejuang F-15J supaya ia setanding dengan kemampuan pesawat F-35 Lightning II miliknya dengan pesawat-pesawat pejuang China dan Russia yang sering “mencabar” kedaulatan ruang udaranya.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, Jepun menganugerah kontrak itu pada bulan lepas untuk mengintegrasikan beberapa sistem dalam pesawat F-15J milik Jepun dalam usahanya untuk menjadikan pesawat  “F-15J” miliknya kepada varian Super Interceptor.”

Kerja-kerja menaiktaraf pesawat-pesawat F-15J Jepun kepada varian “Super Interceptors” itu akan dilakukan di kemudahan syarikat Boeing di St Lousi, Amerika Syarikat dan dijangkakan siap pada tahun 2028.

Menurut jurucakap syarikat Boeing, pesawat-pesawat F-15 Super Interceptors milik Tentera Udara Jepun itu akan meningkatkan kemampuan tentera udara negara Matahari Terbit itu secara keseluruhannya dalam menangani cabaran keselamatan semasa.

Pesawat-pesawat F-15J milik Jepun dibuat under license oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries.

Pada 2019, Jepun dan Amerika Syarikat bersetuju untuk melaksanakan menaiktaraf 98 buah pesawat F-15 milik Jepun bernilai US$4.5 bilion.

Jepun yang memiliki pertikaian wilayah dengan China melibatkan kepulauan Senkaku turut bersetuju untuk melengkapkan 68 buah pesawat F-15 miliknya dengan Long Range Anti-Ship Missile (LRASM) yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.

Bagaimanapun pada Ogos tahun lepas, Jepun membatalkan hasrat itu kerana kos melengkapnya dengan peluru berpandu LRASM itu amat tinggi.

“LRASM”

 

LRASM yang merupakan Precision Guided Munitions (PGM) dilengkapi dengan bahan peledak seberat 450kg dan mampu membedil sasaran sejauh di antara 500km hingga 1,000km bergantung kepada variannya.

 Usaha-usaha menaiktaraf pesawat F-15J Jepun itu akan memastikan tentera udaranya mampu menangani sebarang cabaran keselamatan dan pertahanan semasa, terutama dengan negara jirannya iaitu China dan Russia.

Diantara April hingga 30 November tahun lepas, pesawat-pesawat pejuang Jepun dikerah untuk memintas 643 pesawat tentera asing yang menghampiri ruang udaranya, menurut Tentera Jepun.

Pesawat F-15 dengan pesawat pengebom TU-95 “Bear” Russia

 

Daripada 643 pesawat yang dipintas itu, 486 adalah milik tentera China manakala 146 adalah milik tentera Russia.

Tentera Udara Amerika Syarikat memutuskan ia tidak akan menaiktaraf beberapa varian pesawat F-15 yang telah berusia, sebaliknya membeli pesawat-pesawat F-15EX yang merupakan varian pesawat pejuang itu yang terbaru.

Sebuah pesawat F-15EX dianggarkan bernilai US$87.7 juta (RM351 juta).

Pesawat pejuang F-15A mula memasuki perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat pada 1974. — DSA

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

BoeingF-15JfeaturedJepunSuper Interceptors
Comments (0)
Add Comment