Jepun Bersarakan Kereta Kebal “Berusia” Type 74 Miliknya

Tentera Darat Jepun (dipanggil Japan Ground Self-Defense Forces) membersarakan kereta kebal Type 74 miliknya yang telah berusia, seangkatan dengan usia  kereta-kereta kebal Perang Dunia Kedua serta Perang Dingin seperti M48 Patton dan Leopard 1.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Jepun (dipanggil Japan Ground Self-Defense Forces) membersarakan kereta kebal Type 74 miliknya yang telah berusia, seangkatan dengan usia  kereta-kereta kebal Perang Dunia Kedua serta Perang Dingin seperti M48 Patton dan Leopard 1.

Kereta-kereta kebal Type 74 milik Jepun itu telah dibina oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries.

Tentera Darat dipercayai memiliki sejumlah 850 kereta kebal Type 74 tetapi bilangan itu berkurangan kepada 150 buah pada 2021 dan kini tinggal kepada hanya 90 buah yang telah dibersarakan.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Jepun, turut “dibersarakan” adalah unit-unit yang mengoperasikan kereta kebal Type 74 itu, dengan anggota unit-unit itu dipindahkan untuk bertugas dengan formasi lain dalam tentera darat Jepun.

Media-media Jepun menyatakan bahawa anggota tentera Jepun yang dipindahkan ke unit-unit yang mengendalikan kereta perisai Type 16.

Kereta kebal Type 90

 

Jepun membina kereta kebal Type 74 untuk menggantikan kereta kebal Type 61, bagaimanapun, tidak lama selepas membina kereta kebal Type 74 itu,sekutu-sekutu Barat Jepun seperti Amerika Syarikat dan Jerman telah memperkenalkan kereta kebal Abrams dan Leopard 2 yang lebih moden.

Jepun kini bergantung sepenuhnya dengan kereta kebal generasi keempat, Type 10 dan Type 90 yang dibina oleh syarikat Mitsubishi yang sama.

Kereta kebal utama Type 10 telah mula ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera Jepun pada 2012 manakala kereta kebal utama Type 90 pula mula berkhidmat dengan tentera Jepun pada tahun 1990.

Selepas “persaraan” kereta kebal Type 74, ketumbukan armor tentera darat Jepun kini bergantung sepenuhnya kepada kereta kebal Type 10 dan Type 90.

Malah kereta kebal Type 90 juga dilaporkan akan dibersarakan tidak lama lagi bagi memberikan peluang kepada Jepun untuk membangunkan kereta kebal generasi baru yang lebih berkeupayaan bagi menangani ancaman ketenteraan terutamanya daripada China dan Korea Utara.

Kereta kebal Type 90

 

Jepun mula membangunkan kereta kebal Type 74 pada tahun-tahun 1960-an dan mula menggunakannnya dalam tahun 1970-an bergandingan dengan kereta-kereta kebal yang lain di dalam angkatan tentera negara itu.

Memiliki berat 38 tan, kereta kebal Type 74 itu dilengkapi dengan meriam 105mm sebagaimana kereta-kereta kebal “seangkatannya” seperti M48 dan M60 berbanding meriam 120mm yang dioperasikan oleh kereta-kereta kebal pada masa ini.

Kereta kebal pada masa kini seperti Abrams dan Leopard 2 menggunakan meriam 120mm, manakala kereta kebal buatan Russia pula menggunakan meriam 125mm.

Kereta kebal Type 74 dilengkapi dengan enjin diesel Mitsubishi 10ZF Model 21, 10-silinder dua lejang yang memberikan kuasa 750 hp (560 kW).

Dengan nisbah kuasa kepada berat 19 hp/tan, ia adalah hampir sama dengan kereta kebal ringan Perancis AMX-30.

Kelajuan maksimum bagi kereta kebal Type 74 di jalan raya adalah 53 km/j; namun, kelajuan sekurang-kurangnya 60 km/j telah dicapai.

Kereta kebal Type 10

 

Berbanding armor komposit (seperti yang digunakan kereta kebal Type 90), kereta kebal Type 74 menggunakan armor welded steel untuk menahan serangan peluru-peluru kinetik dan kepala peledak armour piercing.

Kereta kebal Type 74 dianggap sudah lapuk sebelum ia mula berkhidmat.

Kereta kebal Type 90 sepatutnya menggantikannya kereta kebal Type 74 sepenuhnya, tetapi dengan berakhirnya Perang Dingin, rancangan itu tidak diteruskan.

Pada tahun 1993, empat buah kereta kebal Type 74 telah dinaik taraf ke varian baru Type 74 Kai (改) [Type 74 mod G (G型)], dengan penambahan kamera inframerah pasif dan pelbagai naiktaraf yang lain.

Naik taraf ini terbukti sangat mahal, dan program tersebut telah dihentikan. — DSA


 

featuredJepunKereta KebalType 74
Comments (0)
Add Comment