Singapura Mohon Beli 1,000 Kit JDAM Bernilai RM220 Juta Dari Amerika Syarikat

Defense Security Cooperation Agency (DSCA), sebuah agensi di bawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam kenyataannya berkata, ia telah meluluskan penjualan itu di bawah Foreign Military Sales (FMS) tetapi perlu memaklumkan kepada kongres negara itu tentang cadangan penjualan itu kepada Singapura itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Singapura telah memohon kepada Amerika Syarikat untuk memperolehi kira-kira 1,000 kit  yang akan menukar “bom-bom bodoh” kepada kepada “bom-bom pintar” serta perkhidmatan dan kelengkapan lain bernilai US$55 juta (RM220 juta).

Defense Security Cooperation Agency (DSCA), sebuah agensi di bawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam kenyataannya berkata, ia telah meluluskan penjualan itu di bawah Foreign Military Sales (FMS) tetapi perlu memaklumkan kepada kongres negara itu tentang cadangan penjualan itu kepada Singapura itu.

Kerajaan Singapura menurut kenyataan DSCA itu,telah memohon untuk membeli 100 KMU-556 Tail Kits untuk Joint Direct Attack Munition (JDAM) GBU-21, 900 KMU-572 Tail Kits untuk JDAM GBU-38 dan Laser JDAM GBU-54.

Ia juga memohon untuk membeli 250 MAU-169 Computer Control Group untuk 500 Pound Paveway II GBU-12 dan 250 MXU-650 Air Foil Group untuk 500 Pound Paveway II GBU-12.

Turut termasuk dalam permohonan pembelian oleh republik itu adalah DSU-38 laser-guidance set dan pelbagai peralatan sokongan lain serta latihan lain.

GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)

 

Kontraktor utama bagi pembelian oleh kerajaan Singapura itu adalah syarikat Raytheon Missile & Defense yang berpangkalan di Tuscon, Arizona.

DSCA berkata, cadangan penjualan kepada republik itu akan menyokong dasar luar dan objektif keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat dengan menambahbaik keselamatan rakan strategik Washington, yang merupakan kuasa penting untuk kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Asia.

Menurut DSCA lagi, cadangan penjualan kepada republik itu akan menyokong kemampuan Tentera Udara Singapura dalam menyumbang kepada operasi pihak bersekutu serta menyumbang kepada keperluan pertahanannya.

Cadangan pembelian itu  tidak akan memberikan sebarang kesan buruk kepada tahap kesediaan Amerika Syarikat.

Pesawat F-16 Singapura

 

Agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu menjangkakan Singapura tidak mempunyai masalah untuk menyerap peralatan itu di dalam angkatan tenteranya.

“Cadangan penjualan itu tidak akan mengubah imbangan ketenteraan yang asas di rantau,” kata agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu.

Ia juga berkata sebahagian daripada peralatan yang dicadang dijual kepada Singapura itu akan diperolehi daripada stok-stok kerajaan Amerika Syarikat.

Tiada sebarang perjanjian offset berkaitan dengan cadangan perjualan itu. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AmerikaDSCAfeaturedJDAMKitRaytheonSingapura
Comments (0)
Add Comment