Helikopter Pengangkut CH-53 “Yasur” Israel Musnah Dibedil Pejuang Palestin

Laporan media tempatan Israel menyatakan bahawa helikopter pengangkut berat CH-53 “Yasur” tentera Israel itu  terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah lokasi di Kibbutz Beeri, iaitu kawasan penduduk haram Yahudi yang dirampas daripada penduduk Palestin di selatan Israel, selepas ia terkena tembakan senjata ringan pejuang Hamas.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar yang tersebar di platform media sosial X (dahulu dkenali sebagai Twitter) dan Telegram telah memaparkan keadaan sebuah helikopter pengangkut Sikorsky CH-53 “Yasur” (varian kepada helikopter CH-53 Stallion) milik tentera Israel yang hangus terbakar di selatan negara itu.

Ia adalah helikopter pertama milik tentera Israel yang disahkan musnah dalam siri konflik Hamas-Israel pada kali ini.

Menurut laporan media tempatan di Israel, helikopter pengangkut berat itu dilaporkan musnah pada 7 Okt iaitu hari pertama serangan oleh pejuang Hamas dan Palestin lain terhadap wilayah-wilayah diduduki secara haram oleh Israel di selatan negara itu.

Tentera Israel ada mengeluarkan kenyataan pada 7 Okt lalu mengesahkan bahawa tiga buah helikopter miliknya telah mengalami kerosakan akibat terkena tembakan senjata ringan pejuang Palestin dan terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Ia bagaimana tidak memberikan maklumat lanjut tentang jenis helikopter miliknya yang terkena tembakan senjata ringan pejuang Palestin itu serta lokasi pendaratan cemas mereka.

Keadaan helikopter CH-53 “Yasur” milik tentera Israel.

Laporan media tempatan Israel menyatakan bahawa helikopter pengangkut berat CH-53 “Yasur” tentera Israel itu  terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah lokasi di Kibbutz Beeri, iaitu kawasan penduduk haram Yahudi yang dirampas daripada penduduk Palestin di selatan Israel.

Helikopter pengangkut itu dipercayai membawa sehingga 50 orang anggota pasukan khas Israel daripada pangkalannya ke selatan negara itu untuk menangani serangan ratusan pejuang Hamas dan Palestin terhadap selatan negara itu.

Menurut laporan media tempatan,helikopter pengangkut itu terpaksa melakukan pendarataan cemas di Kibbutz Beeri selepas ia mengalami kerosakan setelah terkena tembakan senjata ringan pejuang-pejuang Palestin.

Israel memiliki dua buah skuadron helikopter CH-53 yang mula dioperasikannya pada tahun 1968.  

Laporan media tempatan seterusnya menyatakan bahawa tidak lama selepas helikopter pengangkut itu melakukan pendaratan cemas di Kibbutz Beeri itu, ia telah dibedil pula oleh peluru berpandu anti-kereta kebal “Kornet” milik pejuang Palestin.

Helikopter pengangkut CH-53 “Yasur” Israel

Bedilan peluru berpandu “Kornet” oleh pejuang Palestin itu telah menyebabkan kemusnahan total terhadap helikopter pengangkut itu.

Mengenai nasib krew helikopter CH-53 “Yasur” dan anggota tentera Israel dibawanya, terdapat laporan media tempatan menyatakan bahawa kesemua 50 orang anggota tentera Israel itu  terkorban dalam insiden di Kibbutz Beeri itu, selepas helikopter pengangkut membawanya telah “ditembak jatuh” oleh pejuang Palestin.

Bagaimanapun, terdapat laporan media tempatan pula menyatakan bahawa kesemua anggota tentera Israel dan krew helikopter itu telah terselamat dalam insiden “pendaratan cemas” itu.

Sehingga kini,laporan-laporan media tempatan Israel menyatakan bahawa sejumlah 300 orang anggota tentera Israel berjaya dibunuh oleh pejuang-pejuang Hamas dan Palestin yang lain. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

CH-53featuredHelikopterIsraelPalestin
Comments (0)
Add Comment