Iran Dedah Varian Terbaru Dron “Gaza”, Copy Ori Dron “MQ-9 Reaper” Amerika?

Iran berkemungkinan membangunkan dron “Shahid 149-Gaza” hasil usaha reverse engineering pakar-pakar senjatanya selepas memperolehi bangkai dron buatan Amerika Syarikat yang berjaya ditembak jatuh oleh pihak-pihak yang bersekutu dengannya di medan peperangan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Barisan Pengawal Revolusi Iran telah mendedahkan varian dron “Shahid-149 Gaza” yang telah dipertingkatkan kemampuannya kepada umum di negara Parsi buat pertama kalinya.

Apa yang pasti rekabentuk dron “Shahid 149-Gaza” buatan industri pertahanan tempatan Iran itu hampir menyerupai keseluruhannya kepada dron terkenal “MQ-9 Reaper” buatan syarikat General Atomics, Amerika Syarikat.

Iran berkemungkinan membangunkan dron “Shahid 149-Gaza” hasil usaha reverse engineering pakar-pakar senjatanya selepas memperolehi bangkai dron buatan Amerika Syarikat yang berjaya ditembak jatuh oleh pihak-pihak yang bersekutu dengannya di medan peperangan.

Pihak Pengawal Revolusi Iran mendedahkan varian dron yang dipertingkatkan kemampuannya itu di Pangkalan Udara Martyr Karimi di bandar Kashan.

Menurut laporan media-media tempatan, varian terbaru dron terbabit telah dinaiktaraf dengan sistem pendaratan yang baru serta turut dilengkapi dengan hardpoints untuk membawa sama ada bom-bom atau peluru berpandu.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan jenis-jenis bom dan peluru berpandu yang mampu dibawanya tetapi laporan sebelum ini menyatakan dron “Gaza” boleh membawa sehingga 13 buah butir bom dan peluru berpandu.

Dron “Shahid-149 Gaza” telah direkabentuk oleh Shahed Aviation Industries dan dibina oleh Iran Aircraft Manufacturing Industries Corporation (HESA) dan telah didedahkan kepada umum buat pertama kali pada 2021.

Selain sistem persenjataa, dron itu juga boleh membawa pelbagai sistem lain seperti peralatan elektro-optik, kamera resolusi tinggi, sistem infra-red,laser designation dan laser illumination bagi menjadikannya ia salah satu dron paling canggih Iran.

“Shahid-149 Gaza”

 

Menurut media tempatan Iran, dron terbabit berkemampuan berada di udara selama 35 jam, meliputi 7,000km dalam satu-satu misi.

Ia boleh terbang selaju 350km sejam menggunakan enjin 750 kuasa kuda.

Pihak tentera Iran menggunakn dron itu untuk tugas Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR), tetapi dengan hardpoints menunjukkan ia juga boleh dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan untuk tugasan kombat.  

Dron “Shahid-149 Gaza” dibangun untuk menggantikan dron terdahulu “Shahed 129” yang digunakan oleh Pengawal Revolusi Iran sejak 2012.

Dron MQ-9 Reaper oleh General Atomics.

 

Menurut Komander Barisan Pengawal Revolusi Iran Mejar Jeneral Hossein Salami dilapor berkata dron itu dinamakan “Gaza” bagi mengingati mereka yang berjuang menentang pendudukan haram Zionis.

Dron itu mula digunakan oleh Barisan Pengawal Revolusi Iran pada tahun lepas dan dikatakan adalah di antara sistem pesawat tanpa pemandu yang paling berkemampuan dan canggih dimiliki oleh unit tentera Iran itu. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

  

 

DronfeaturedIranMQ-9 ReaperShahid-Gaza 149
Comments (0)
Add Comment