Gambar Pertama Pesawat Pejuang J-20 “Mighty Dragon” China Lancar PL-10 Didedah
Gambar itu menunjukkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 itu dilihat keluar dari ruang senjata dalaman (internal bays) sebelah kanan pesawat pejuang itu yang turut memaparkan logo PLAAF, dipercayai telah dimuat naik buat pertama kali di akaun rasmi Weibo PLAAF.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar pertama yang jelas menunjukkan pesawat pejuang generasi kelima J-20 milik Tentera Udara China (PLAAF) melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 telah muncul.
Gambar itu menunjukkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 itu dilihat keluar dari ruang senjata dalaman (internal bays) sebelah kanan pesawat pejuang itu yang turut memaparkan logo PLAAF, dipercayai telah dimuat naik buat pertama kali di akaun rasmi Weibo PLAAF.
Ruang senjata dalaman sisi pesawat itu sememangnya direka khas untuk menempatkan peluru berpandu jarak dekat PL-10 yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 20km.
Rekaan mekanikal ruangan senjata dan struktur dalaman J-20 menunjukkan gabungan menarik antara ketepatan kejuruteraan dan fungsi taktikal dalam pertempuran udara, menyerlahkan bagaimana kedua-dua aspek ini saling melengkapi.
Imej terkini pelancaran peluru berpandu PL-10 daripada pesawat pejuang J-20 “Mighty Dragon” itu dikongsi oleh pakar Tentera Udara China, Andreas Rupprecht menerusi platform media sosial.
Walaupun jenis peluru berpandu udara-ke-udara buatan China itu mudah dikenali dalam gambar itu, namun klip video dari November 2023 yang turut menunjukkan pelancaran peluru berpandu itu imejnya adalah agak kabur.
RINGKASAN:
Gambar pertama menunjukkan pesawat pejuang generasi kelima J-20 “Mighty Dragon” milik Tentera Udara China (PLAAF) melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 telah didedahkan. Peluru berpandu PL-10, dilengkapi sensor inframerah canggih dan keupayaan lock-on after launch (LOAL), direka untuk menyerang sasaran sehingga 20 km. Dibangunkan sejak 2005, ia kini menggantikan PL-8B sebagai standard PLA, dengan prestasi setanding peluru berpandu ASRAAM dan IRIS-T. Terdapat laporan bahawa China sedang membangunkan pengganti PL-10, dikenali sebagai PL-16.
Namun, dapat disahkan bahawa peluru berpandu tersebut adalah PL-10 berdasarkan fakta bahawa ruang senjata dalaman sisi pesawat pejuang itu memang direka untuk memuatkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak pendek dan sederhana seperti PL-10.
Pembangunan peluru berpandu PL-10 dilaporkan bermula sekitar tahun 2005 dengan ujian pelancaran pertama dilaporkan dilakukan pada penghujung 2008.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 itu dilengkapi dengan advanced multi-element imaging infrared (IIR) sensor yang mengenalpasti sasarannya berdasarkan rekabentuknya.
Ia juga boleh membedil sasaran lebih jauh, lebih sukar untuk ditewaskan oleh chaff dan suar selain dikatakan sukar untuk “diganggu” oleh jamming dan electronic countermeasures.
Peluru berpandu PL-10 juga berkemampuan untuk lock-on after launch (LOAL), memberikan ia kemampuan untuk mengemaskini data mengenai sasarannya menggunakan datalink semasa ia sedang berada di udara.
Peluru berpandu ini direka oleh Dr. Liang Xiaogeng di Luoyang Electro Optical Center, yang juga dikenali sebagai Institut 612 dan dinamakan semula pada tahun 2002 sebagai China Air-to-Air Guided Missile Research Institute.
Pembangunan peluru berpandu ini bermula pada tahun 2004 untuk digunakan pada pesawat pejuang halimunan seperti J-20 dan J-35.
Contoh pengeluaran awalnya mula muncul pada pesawat pejuang J-11 Flanker milik PLAAF pada tahun 2011, walaupun kebanyakan laporan mencadangkan ia mula beroperasi selepas itu, mungkin sebelum kemunculan awam pertamanya di Zhuhai Airshow 2016.
Sejak itu, peluru berpandu udara-ke-udara PL-10 secara beransur-ansur menggantikan peluru berpandu udara-ke-udara PL-8B sebagai peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat standard PLAAF.
Sebuah badan pemikir di United Kingdom, Royal United Services Institute (RUSI) menyatakan bahawa peluru berpandu udara-ke-udara PL-10 adalah setanding dengan peluru berpandu udara-ke-udara ASRAAM dan IRIS-T, dengan prestasinya adalah lebih baik berbanding peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X Sidewinder buatan Amerika Syarikat.
Terdapat laporan tidak rasmi yang mengatakan bahawa China kini sedang membangunkan pengganti kepada peluru berpandu udara-ke-udara PL-10, yang kadangkala dirujuk sebagai PL-16, tetapi tiada butiran lanjut buat masa ini. — DSA