Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Varian Terkini Kereta Kebal Merkava IV “Barak” Digelar “Super Tank” Musnah di Gaza

Kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza telah berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal utama (MBT) Merkava IV Barak, yang merupakan varian terkini kereta kebal Israel digelar "Super Tank."

0 15,036
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza telah berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal utama (MBT) Merkava IV Barak, yang merupakan varian terkini kereta kebal Israel digelar “Super Tank.”
Rakaman ganbar-gambar dan video yang dimuat naik ke media sosial baru-baru ini menunjukkan kemusnahan varian kereta kebal terkini milik Israel itu, yang mengakibatkan kematian tiga daripada empat anggota krew kereta kebal itu.
Varian baharu kereta kebal Merkava IV ini dilengkapi dengan sistem pertahanan canggih, termasuk versi terkini sistem perlindungan aktif Trophy yang direka untuk menangkis serangan peluru berpandu anti-kereta kebal.
Ia turut dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) yang lebih meluas, peningkatan ketahanan serta paparan helmet seperti yang digunakan oleh juruterbang peswat pejuang untuk membantu komander memanfaatkan sensor baharu dengan lebih berkesan.
Varian terkini kereta kebal Merkava IV ini mula beroperasi pada tahun 2023 dan menampilkan suite peperangan elektronik terkini, sistem pemprosesan lebih canggih manakala bahagian atas kereta kebal itu diperkukuhkan untuk melawan serangan dron berani mati.
Kereta kebal Merkava IV ini digembar-gemburkan dalam media Israel dan Barat sebagai “super tank” futuristik dengan tahap ketahanan tinggi dan hampir mustahil dimusnahkan (invincible) walaupun bilangannya yang dihasilkan sangat terhad.

Merkava

Ringkasan Berita

Kumpulan pejuang Palestin di Gaza berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal utama Merkava IV Barak milik Israel, mengorbankan tiga daripada empat krew. Varian terkini yang digelar “Super Tank” ini dilengkapi sistem perlindungan canggih Trophy, teknologi kecerdasan buatan (AI), dan perisai dipertingkatkan untuk melawan ancaman peluru berpandu dan serangan dron.

Namun, kereta kebal ini terbukti terdedah kepada serangan. Sejak Oktober 2023, beberapa puluh kereta kebal Merkava dan ratusan kenderaan perisai Israel telah dimusnahkan oleh pejuang Palestin menggunakan bahan letupan seperti periuk api magnetik dan serangan RPG.

Selain Gaza, kereta kebal Merkava turut mengalami kerugian besar di Lebanon Selatan dalam pertempuran dengan Hezbollah, di mana anggaran 60 kereta kebal dimusnahkan dalam sebulan, mencetuskan persoalan terhadap keupayaan survival kereta kebal ini.

Israel berada jauh di hadapan sekutunya dalam NATO dalam mengintegrasikan ciri-ciri canggih ini pada perisai hadapan mereka.
Negara itu juga telah menerima kontrak besar untuk memasang sistem Trophy pada kereta kebal Leopard 2A8 Jerman dan M1A2 SEPv2 Abrams milik Amerika Syarikat.
Prestasi subsistem kereta kebal ini membawa implikasi yang luas terhadap keupayaan pasukan darat Blok Barat.
Walaupun kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza dilengkapi dengan senjata ringan, mereka telah menyebabkan kemusnahan besar besar terhadap armor tentera Israel.
Beberapa puluh kereta kebal Merkava dan ratusan kenderaan perisai lain telah dimusnahkan.
Rakaman serangan terhadap armor Israel sering kali dimuat naik sejak Israel melancarkan serangan ke Gaza pada Oktober 2023.

merkava

merkava
Serangan pejuang Palestin terhadap kereta-kereta kebal dan kereta perisai Israel sering melibatkan bahan letupan seperti periuk api magnetic yang dipasang pada kenderaan armor serta digabungkan dengan serangan Rocket Propelled Grenade (RPG).
Sebagai contoh, pada awal Julai, dua anggota Palestin dilihat menghampiri kereta kebal dari sisi kiri, memasang bahan letupan di bawah turet, dan berundur sebelum letupan yang mematikan kenderaan itu berlaku.
Satu peristiwa penting ialah pembunuhan komander Briged Berperisai ke-401 Tentera Israel, Kolonel Ehsan Daqsa, yang terbunuh di Gaza Utara pada pertengahan Oktober.
Serentak dengan operasi di Gaza, kereta-kereta kebal Merkava Israel juga mengalami kemusnahan besar ketika beroperasi di Lebanon Selatan menentang pejuang Hezbollah, yang jauh lebih lengkap bersenjata berbanding pejuang di Gaza.
Dianggarkan dalam tempoh sebulan bertempur dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, sejumlah 60 buah kereta kebal Merkava daripada pelbagai varian berjaya dimusnahkan. — DSA

Comments
Loading...