Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Selesai Bangunkan Sistem Pertahanan Udara Jarak Jauh “L-SAM”

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata sistem pertahanan udara jarak jauh L-SAM yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD)  itu direkabentuk untuk memusnahkan sasaran udara yang berada pada ketinggian melebihi 40km daripada bumi.

0 1,885
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan dilaporkan telah selesai membangunkan sistem pertahanan udara jarak jauh dinamakan Long-range Surface to-air-Missile (L-SAM), yang akan meningkatkan kemampuan negara itu untuk menangani ancaman peluru berpandu ballistik dan nuklear Korea Utara.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata sistem pertahanan udara jarak jauh L-SAM yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD)  itu direkabentuk untuk memusnahkan sasaran udara yang berada pada ketinggian melebihi 40km daripada bumi.
Walaupun ia tidak mendedahkan altitud sebenar sistem peluru berpandu berupaya untuk menembak sasaran udaranya tetapi ia dipercayai berkemampuan mencecah sehingga di antara 50km hingga 60km daripada aras bumi.
Sistem pertahanan udara jarak jauh L-SAM itu akan beroperasi bersama-sama beberapa sistem pertahanan udara yang lain sistem pertahanan udara berlapis (multi-layered defense system) seperti Patriot Advanced Capability (PAC-3) dan juga M-SAM II yang berupaya untuk memintas sasaran udara pada ketinggian 40km ke bawah.
Untuk sasaran udara pada ketinggian yang lebih tinggi daripada kemampuan L-SAM, Korea Selatan bergantung kepada sistem pertahanan udara Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) yang berkemampuan menembak jatuh sasaran udara yang berada di altitude di antara 40km hingga 150km.
Dalam ucapan tahniah terhadap kejayaan membangunkan sistem pertahanan udara L-SAM, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengalu-alukan kejayaan menyiapkan pembangunan sistem pertahanan udara jarak jauh itu.
L-SAM
L-SAM

RINGKASAN:

Korea Selatan telah berjaya membangunkan sistem pertahanan udara jarak jauh L-SAM, direka untuk memintas ancaman peluru berpandu pada altitud melebihi 40 km. Sistem ini melengkapi rangkaian pertahanan berlapis negara dan akan menjadi tulang belakang Korea Air and Missile Defense (KAMD). Produksi bersiri dijadualkan tahun depan, dengan rancangan eksport ke pasaran Timur Tengah.

L-SAM
L-SAM
Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai detik bersejarah dalam respons terhadap ancaman serangan peluru berpandu dan nuklear daripada Korea Utara.
Menteri Pertahanan Korea Selatan Kim Yong-Hyun memberi amaran kepada Korea Utara daripada melaksanakan provokasi terhadapnya.
Dengan siapnya fasa pembangunan sistem pertahanan udara jarak jauh L-SAM, maka pihak berkuasa Korea Selatan akan mula melancarkan produksi bersiri sistem pertahanan udara itu pada tahun depan dan menjangkakan akan mula mengoperasikan sistem pada pertengahan dekad ini.
Apabila beroperasi kelak, sistem pertahanan udara jarak jauh L-SAM itu akan menjadi tulang belakang kepada Korea Air and Missile Defense (KAMD).
Walaupun Korea Selatan baru sahaja selesai menyiapkan pembangunan sistem pertahanan udara L-SAM itu, namun pakar-pakar persenjataanya dikatakan sedang membangunkan pula varian lebih berkeupayaan L-SAM dipanggil L-SAM Block II.
L-SAM Block II dilaporkan akan mampu menembak sasaran udara seperti peluru berpandu ballistik pada altitud lebih tinggi melebihi 40km yang dimiliki oleh L-SAM.
L-SAM
L-SAM
Pihak Korea Selatan juga bercadang mengeksport sistem pertahanan udara jarak jauh L-SAM itu kepada negara-negara luar, dengan negara-negara Timur Tengah dikatakan adalah pasaran yang menjadi tumpuan kepada Korea Selatan.
Sistem pertahanan udara Korea Selatan, KM-SAM II atau nama jolokannya “Korea Patriot”telah menjadi sistem pertahanan udara pilihan beberapa negara di Timur Tengah selepas dipilih oleh negara-negara seperti Iraq, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan bahawa sistem pertahanan udara L-SAM memberikan peluang kepada negara itu untuk memintas dan menangani peluru berpandu ballistik Korea Utara pada tahap altitude yang lebih tinggi berbanding sistem-sistem pertahanan udara dimilkinya pada ketika ini. — DSA

 

Comments
Loading...