Filipina Bakal Belanja RM157 Bilion Untuk Modenkan Tenteranya “Hadapi” China

Pelan permodenan Angkatan Tentera Filipina pada 10 tahun mendatang ini amat penting ketika Manila meningkatkan “tentangannya” terhadap cubaan China mendakwa lebih banyak wilayah maritim Filipina di Laut China Selatan atau dipanggil negara Asia Tenggara itu Laut Filipina Barat (West Philippine Sea) sebagai miliknya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Filipina bercadang membelanjakan US$35 bilion (RM157 bilion) sepanjang 10 tahun akan datang ini untuk memodenkan angkatan tenteranya bagi memastikan kepentingannya di Laut China Selatan terjamin, pada ketika negara Asia Tenggara itu sedang ditekan dengan hebat oleh China.

Presiden Filipina Ferdinan “Bong Bong” Marcos telah meluluskan usaha permodenan bertujuan meningkatkan lagi kemampuan tentera laut, tentera udara,  pemantauan dan aset-aset yang lain.

“Peningkatan kemampuan ini akan menyumbang kepada penambahan kekuatan pertahanan negara ketika Angkatan Tentera Filipina beralih daripada operasi keselamatan dalam negeri kepada pertahanan sempadan, “ kata jurucakap Angkatan Tentera Filipina Kolonel Francel Margareth Padilla kepada Bloomberg.

Bulan lepas, Panglima Angkatan Tentera Romeo Brawner Jr dilaporkan berkata angkatan tentera negara itu bercadang memperolehi lebih banyak kapal-kapal perang, pesawat kombat dan radar di bawah pelan permodenan tenteranya.  

Pelan permodenan angkatan tentera bernilai US$35 bilion itu adalah fasa ketiga dalam program yang bermula pada 2013.

Sistem peluru berpandu BrahMos.

 

Pelan permodenan Angkatan Tentera Filipina pada 10 tahun mendatang ini amat penting ketika Manila meningkatkan “tentangannya” terhadap cubaan China mendakwa lebih banyak wilayah maritim Filipina di Laut China Selatan atau dipanggil negara Asia Tenggara itu Laut Filipina Barat (West Philippine Sea) sebagai miliknya.

Selain mengarahkan angkatan tenteranya untuk beralih kepada pertahanan sempadan pada ketika pertikaian maritimnya dengan Beijing di Laut China Selatan semakin memuncak, Manila juga memperkuatkan  hubungan keselamatannya dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Kanada dan United Kingdom.

Selepas berdekad lamanya memfokuskan kepada pertahanan dalam negara, Filipina kini mula meningkatkan usaha kepada pertahanan sempadan bagi menangani pihak luar yang secara konsisten menceroboh wilayahnya.

Menurut Angkatan Tentera Filipina, ia mahu meningkatkan kemampuannya untuk mempertahankan wilayah-wilayahnya di Laut China Selatan seperti Thitu Island (Pag-asa Island) yang merupakan salah satu pulau yang dipertikaikan pemilikannya oleh China.

Termasuk di dalam pelan permodenan tentera Filipina itu termasuklah pembelian pesawat-pesawat pejuang MRCA (Multi Role Combat Aircraft),  radar, tambahan dua buah kapal friget kelas-Jose Rizal, sistem peluru berpandu dan helikopter serta sistem roket berganda HIMARS.

Pesawat-pesawat FA-50 Filipina dan F-22 Amerika.

 

Di bawah program permodenan itu, Tentera Laut Filipina dijangka turut mendapat kapal selamnya yang pertama di mana negara-negara seperti Korea Selatan, Sepanyol dan Perancis telah pun menyatakan minat mereka untuk membekalkan kapal selam buatan mereka.

Selain itu, Filipina juga dijangka menerima bateri pertama sistem peluru berpandu pesisir pantai (Coastal Missile System) “BrahMos” pada bulan ini selepas membelanjakan sejumlah US$375 juta (RM1.5 bilion) untuk memperolehinya.

Filipina menjadi negara pertama di luar India yang menggunakan sistem peluru berpandu terbabit yang bakal ditempatkan di beberapa lokasi strategik negara itu di Laut China Selatan atau dipanggil Laut Filipina Barat (West Philippine Sea) oleh Manila.

Filipina mahu menggunakan sistem peluru berpandu BrahMos itu untuk mencegah China daripada sebarang cubaan merampas, menduduki pulau atau terumbu-terumbu karang yang berada dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) di barat Laut China Selatan atau dipanggil Manila sebagai West Philippine Sea (Laut Filipina Barat).

Dengan peluru berpandu BrahMos, kapal-kapal pengawal pantai China perlu “berfikir dua kali” sebelum menghampiri mana-mana pulau atau terumbu karang Filipina di dalam kawasan perairan ZEE Filipina.

Meriam Soltam ATMOS 155mm/52cal buatan syarikat Israel.

 

Filipina menganugerahkan kontrak pembelian sistem peluru berpandu itu kepada syarikat  Brahmos Aerospace Private Ltd yang membangunkan sistem itu pada 31 Disember 2021.

Sistem peluru berpandu BrahMos merupakan usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.

Filipina dijangka memperolehi varian sistem peluru berpandu anti-kapal “Brahmos” yang mempunyai jarak effektif kira-kira 300km dengan kelajuan supersonik 2.8 Mach.

Peluru berpandu Brahmos itu membawa kira-kira 200kg bahan peledak berkuasa tinggi. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

featuredFilipinaModenTentera
Comments (6)
Add Comment