Penantian 40 Tahun Filipina Untuk Pesawat Pejuang MRCA Berterusan

Antara pesawat pejuang MRCA yang ditawarkan kepada Tentera Udara Filipina termasuklah F-16V Block 70/72 Viper, JAS-39 Gripen, Rafale, F/A-18E/F Super Hornet, MiG-35, Sukhoi Su-30 Flanker, Tejas, JF-17 dan FA-50 Block 20.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya impian selama 40 tahun Tentera Udara Filipina untuk memperolehi pesawat pejuang pelbagai guna (Multi Role Combat Aircraft – MRCA) berkemungkinan besar tidak akan tercapai di dalam jangkamasa terdekat ini.

Walaupun beberapa syarikat pembuat pesawat antarabangsa telah pun mengemukakan tawaran mereka kepada Filipina tetapi program perolehan itu masih gagal untuk direalisasikan, menurut blog pertahanan negara itu, Max Defense.

Antara pesawat-pesawat pejuang MRCA yang ditawarkan kepada Tentera Udara Filipina termasuklah F-16V Block 70/72 Viper yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin dan JAS-39 Gripen yang dibangunkan oleh Saab Group.

Selain itu, Dassault Aviation turut menawarkan pesawat pejuang Rafale manakala Boeing pula menawarkan pesawat pesawat F/A-18E/F Super Hornet.

Russia juga tidak ketinggalan dalam persaingan dengan Rosoboronexport turut menawarkan pesawat pejuang MiG-35 dan Sukhoi Su-30 Flanker.

Varian pesawat Gripen-E pertama yang diterima oleh Tentera Udara Brazil baru-baru ini.

 

Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) turut menawarkan pesawat Tejas, Pakistan dengan JF-17 dan Korea Aerospace Industries (KAI) dengan pesawat FA-50 Block 20.

Bagaimanapun keperluan program MRF (Multi Role Fighter) Filipina menghendaki pesawat yang dipilih oleh negara itu mestilah satu enjin disebabkan faktor-faktor kos operasi dan penyelenggaraan.

Keperluan untuk satu enjin itu telah mengeluarkan pesawat-pesawat MiG-35, Su-30 Flanker, Rafale dan Super Hornet daripada persaingan.

Pesawat F/A-18E/F “Super Hornet”

 

Keperluan kedua yang digariskan oleh program MRF itu sebagaimana dinyatakan oleh Max Defense adalah pesawat yang dipilih itu mestilah peningkatan daripada pesawat FA-50 yang dimiliki oleh Tentera Udara Filipina pada ketika ini.

Syarat ini telah mengeluarkan pesawat-pesawat seperti FA-50 Block 20,Tejas dan JF-17 yang disifatkan sebagai pesawat pejuang ringan daripada saingan.

Kini pesawat-pesawat pejuang yang masih berada di dalam persaingan di dalam program perolehan MRF Filipina adalah F-16V Block 70/72 Viper dan JAS-39 Gripen C.

Walaupun Saab menawarkan varian pesawat Gripen E yang lebih baru, tetapi keputusan untuk mengetengahkan Gripen C yang lebih berusia disebabkan usaha untuk memenuhi peruntukan Tentera Filipina, tempoh penghantaran dan keperluan.

Pesawat MiG-35 “Fulcrum Foxtrot” buatan Russia Aircraft Corporation (RAC)

 

Tidak dapat dinafikan Gripen E adalah lebih canggih dan lebih mahal tetapi disebabkan pesanan daripada Tentera Udara Filipina dan Brazil, Saab berkemungkinan tidak akan dapat memenuhi tempoh penghantaran pesawat sebagaimana diminta oleh Filipina,sekiranya ia memilih pesawat pejuang buatan Sweden itu.

Walaupun pesawat pejuang F-16V Block 70/72 Viper itu adalah lebih mahal tetapi ia adalah disebabkan Lockheed Martin dan Pentagon menawarkan sokongan lojistik yang komprehensif, latihan,alat ganti, sistem persenjataan bersama-sama dengan pesawat itu.

Nilai perolehan pesawat F-16V Block 70/72 Viper yang ditawarkan oleh Lockheed Martin dan Pentagon itu adalah diluar kemampuan Filipina.

Pesawat Rafale Tentera Udara Qatar.

 

Menurut blog pertahanan itu lagi, syarikat Dassault telah mengemukakan tawaran yang lebih menarik dengan menawarkan pinjaman mudah untuk perolehan Rafale, selain kapal selam Scorpene, kapal korvet Gowind,kapal friget FREMM dan sistem persenjataan yang lain.

Pada ketika ini, tiada tanda-tanda lagi bahawa Tentera Filipina akan mengubah spesifikasi program MRF mereka untuk turut menyertakan pesawat pejuang dua enjin seperti Rafale yang akan hanya meningkatkan kos yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan Filipina untuk perolehan pesawat MRCA yang diidam-idamkannya.

Kerajaan Filipina menurut Max Defense, telah gagal menyediakan peruntukan sepatutnya untuk program perolehan pesawat MRCA.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Melewatkan lagi perolehan pesawat MRCA itu katanya, bakal memaksa kerajaan Filipina memberikan perhatian kepada program untuk menambah pesawat FA-50 yang dimilikinya pada ketika ini.

Dengan Poland telah pun memesan 48 buah pesawat FA-50 Block 20 dan Malaysia bakal memesan 18 buah FA-50 Block 20, Filipina berkemungkinan terpaksa menunggu lebih lama sekiranya ia mahu menambah pesawat pegangan pesawat FA-50. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
featuredFilipinaMRCAPenantianPesawat
Comments (0)
Add Comment