FA-50 Block 20 Semakin Dekat Dengan Peluru Berpandu Kruis Taurus KEPD 350K-2

Dengan varian peluru berpandu Taurus KEPD 350K-2 yang lebih kompak, pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 itu bakal memiliki kemampuan kombat yang “menggerunkan”.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya usaha melengkapkan pesawat pejuang FA-50 Block 20 buatan Korea Aerospace Industries (KAI) dilengkapkan dengan varian lebih kompak peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350K-2 semakin menjadi kenyataan.
Menurut seorang penganalisis senjata, Mason di platform X @mason_8718, syarikat Taurus Systems GmbH yang membangunkan peluru berpandu kruis Taurus itu dilaporkan bakal menjalin kerjasama dengan KAI yang membangunkan pesawat pejuang ringan FA-50 dan juga LIG Nex1 yang terkenal dengan pembangunan sistem persenjataan.
“Peluru berpandu kruis (Taurus) KEPD 350K-2 itu adalah lebih kompak berbanding (Taurus) KEPD 350 tetapi memiliki prestasi yang sama,” menurut beliau.
Dengan varian peluru berpandu Taurus KEPD 350K-2 yang lebih kompak, pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 itu bakal memiliki kemampuan kombat yang “menggerunkan”.
Varian peluru berpandu kruis Taurus yang lebih kompak itu KEPD 350K-2 berkemungkinan memiliki jarak bedilan yang hampir sama sebagaimana peluru berpandu kruis KEPD 350 iaitu 500km, bagaimana terdapat juga spekulasi menyatakan jaraknya mungkin ditingkatkan kepada 800km.
Peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350K-2 itu dikategorikan sebagai Medium-Range Air-Launched Cruise Missile (MALCM).
Taurus KEPD 350K-2
Menurut Mason lagi, pelanggan-pelanggan berpotensi bagi varian kompak peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350-K termasuk pengguna pesawat-pesawat pejuang FA-50 ketika ini seperti Korea Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand, Iraq dan Malaysia.
Malaysia menandatangani kontrak pada 2023 untuk memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M (Block 20) bernilai RM4 billion.
Kumpulan pertama pesawat pejuang ringan FA-50M dijangka diterima oleh Malaysia pada akhir 2026.
Pada pameran ADEX 2023 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, syarikat LIG Nex1 daripada Korea Selatan dan Taurus Systems GmbH daripada Jerman dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan peluru berpandu kruis untuk dilengkapkan pada pesawat pejuang ringan FA-50.
Kedua-dua syarikat itu memberikan tempoh tiga tahun untuk membangunkan peluru berpandu kruis itu bagi memenuhi permintaan pelanggan pesawat pejuang FA-50 yang sedia ada di seluruh dunia.
Dengan adanya peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350K-2 itu, ia sekaligus akan menjadikan pesawat pejuang FA-50 menjadi lebih menarik di mata pelanggan-pelanggan berpotensi.
(kredit Mason)
(kredit X Platform)

 

Pada ketika ini Tentera Udara Korea Selatan telah pun menggunakan peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350 yang dibawa oleh pesawat pejuang F-15K miliknya.
Pesawat-pesawat F-15K menggunakan peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350 itu untuk mensasarkan pusat-pusat kawalan dan pemerintahan serta kubu-kubu diperkukuhkan bagi menempatkan peluru-peluru berpandu konvensional dan nuklear milik Korea Utara.
Bagaimanapun peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350 itu tidak sesuai untuk digunakan oleh pesawat pejuang FA-50 berikutan saiznya, membawa kepada kerjasama terkini di antara LIG Nex1 dan Taurus Systems GmbH untuk membangunan varian peluru berpandu kruis yang lebih kompak.
Laporan media menyatakan bahawa peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350K-2 yang bakal dibangunkan untuk kegunaan pesawat pejuang FA-50 hasil kerjasama antara syarikat Korea Selatan dan Jerman itu akan memiliki berat hampir 900kg.
Kedua-dua syarikat dilaporkan akan cuba menggunakan komponen dan peralatan buatan syarikat Korea Selatan seperti sistem navigasi dan guidance, kepala peledak dan enjin di dalam peluru berpandu kruis buatan tempatan itu.
Ia bertujuan untuk mengatasi kawalan eksport yang ketat dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Jerman, sekaligus membolehkan peluru berpandu Taurus KEPD 350K-2 itu dijual kepada banyak pelanggan yang menggunakan pesawat FA-50 itu termasuk Malaysia. — DSA

 

FA-50 Block 20KAIMalaysiaTaurus KEPD 350K-2
Comments (0)
Add Comment