Pesawat F-35 Lightning, “Mod Halimunan” Atau “Mod Haiwan”

“Mod Haiwan” (Beast Mode) adalah apabila pesawat F-35 itu tidak lagi berada dalam keadaan halimunan disebabkan bebanan persenjataan dibawanya manakala Mod Halimunan (Stealth Mode) berlaku ketika pesawat diterbangkan dengan segala persenjataannya disimpan dalam internal weapon bays.

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebenarnya, ada dua cara untuk menerbangkan pesawat pejuang kebanggaan tentera Amerika iaitu F-35 Lightning dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin —  sama ada diterbangkan secara “Mod Halimunan” (Stealth Mode) atau pesawat generasi kelima itu diterbangkan dalam keadaan “Mod Haiwan” (Beast Mode).

Apakah yang dimaksudkan sebagai “Mod Halimunan” dan “Mod Haiwan”? 

“Mod Haiwan” ini merujuk apabila pesawat F-35 terbang dengan membawa bebanan maksimum terdiri daripada pelbagai jenis peluru berpandu dan bom pintar mencecah sehingga 10,000 kilogram berat menggunakan external weapon bays, sekaligus mengkompromi elemen halimunan pesawat itu dan mendedahkan kewujudannya pada skrin radar musuh.

Pesawat F-35 hanya terbang dalam keadaan “Mod Haiwan” apabila telah berjaya menguasai ruang udara (air-dominance) di kawasan sasaran selepas memusnahkan segala bentuk ancaman seperti stesen-stesen radar dan sistem pertahanan udara musuh.

Manakala jika diterbangkan dalam keadaan Mod Halimunan (Stealth Mode) pula,  segala persenjataan yang dibawa oleh pesawat F-35 seperti peluru berpandu dan bom-bom diletakkan di dalam internal weapons bays (kompartmen dalam badan pesawat) bagi mengurangkan radar cross section (RCS) pesawat.

Meletakkan segala senjata dibawanya di internal weapon bays juga bertujuan mengelakkan pesawat dikesan oleh radar musuh dan untuk mengekalkan Low Observability (LO) ketika sistem pertahanan udara beroperasi di dalam keadaan maksimum untuk mengesan kedudukannya.

Oleh kerana semua peluru berpandu dan bom-bom disimpan di dalam internal weapons bays semasa pesawat berada di dalam Mod Halimunan, maka jumlah persenjataan yang boleh dibawa oleh pesawat F-35 semasa di dalam mod berkenaan juga adalah berkurangan iaitu hanya di sekitar 2,500 kilogram sahaja.

Antara persenjataan yang dibawah oleh F-35 ketika berada di dalam Mod Halimunan adalah empat buah peluru berpandu AIM-120 AMRAAM untuk operasi udara-ke-udara atau dua buah AMRAAM dan dua buah GBU-31 JDAM dengan bom Mk-84 untuk operasi udara-ke-udara serta udara-ke-darat.

Semua persenjataan disimpan dalam internal weapon bays untuk memastikan pesawat berada di dalam keadaan halimunan di mata radar-radar musuh dengan RCS yang amat kecil.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

F-35 dalam keadaan Beast Mode.

 

Manakala, jika diterbangkan di dalam keadaan Mod Haiwan (Beast Mode) pula, pesawat F-35 berkemampuan membawa pelbagai jenis sistem persenjataan sehingga mencapai had maksimum tanpa perlu memikirkan soal sama ada ia halimunan atau tidak di mata radar musuh. (tidak perlu bimbang dengan radar musuh kemungkinan besar telah pun dimusnahkan)

Senjata-senjata yang dibawanya oleh pesawat-pesawat F-35 di dalam keadaan Mod Haiwan pula  tidak semestinya diletakkan di internal weapon bays.

Ia boleh diletakkan di bahagian luar pesawat.

Ketika berada di dalam keadaan Mod Haiwan, sebuah pesawat F-35 itu boleh membawa sehingga 10,000 kilogram senjata termasuk 14 buah peluru berpandu AMRAAM dan dua AIM-9X untuk operasi udara-ke-udara.

Manakala bagi operasi udara-ke-udara dan udara-ke-darat pesawat F-35 itu boleh membawa dua buah peluru berpandu AMRAAM Beyong Visual Range,  enam bom GBU-31 JDAM serta dua peluru berpandu AIM-9X.

Dengan muatan 10 tan peluru berpandu dan bom-bom panduan laser, pesawat F-35 dalam keadaan Mod Haiwan (Beast Mode)  itu boleh “meratakan” sebuah bandar kecil. — DSA

 

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

 

 

F-35featuredMod HaiwanMod Halimunan
Comments (0)
Add Comment