Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Meriam Bergerak T-155 “Firtina, “Ribut” Dari Turki

Program sistem meriam bergerak T-155 “Firtina” itu dilancarkan untuk memenuhi keperluan Angkatan Tentera Turki bagi pemindahan teknologi selepas ia bersetuju untuk membeli sejumlah meriam bergerak K9 Thunder daripada Korea Selatan itu.

0 3,260

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Tentera Darat bakal dilengkapi dengan sistem meriam bergerak (wheeled self propelled howitzer) “Yavuz” 155mm 52 cal daripada Turki, tetapi ada satu lagi sistem meriam bergerak (track self propelled howitzer) daripada negara Mediterranean itu yang dinamakan T-155 “Firtina” 155mm 52 cal.

“Firtina” di dalam Bahasa Inggeris membawa maksud “Storm” (Ribut).

Sistem meriam 155mm 52 cal bagi kedua-dua sistem itu – satu beroda dan satu lagi berantai – telah dihasilkan oleh syarikat gergasi pertahanan Turki iaitu,  Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE).

Firtina

 

MKE ini memang pakar dan berpengalaman luas dalam penghasilan sistem meriam untuk tentera Turki dan tentera negara luar, sebagai contohnya – meriam 120mm yang digunakan untuk kereta kebal utama “Altay”, meriam 105mm towed howitzer “Boran”, meriam 155mm towed howitzer “Panter”, meriam bergerak (berantai) 155mm 52 cal “Firtina” dan meriam bergerak (beroda) Yavuz 155mm 52 cal.

Sistem meriam bergerak T-155 “Firtina” 155mm 52 Cal itu telah dihasilkan oleh MKE hasil daripada rekabentuk meriam bergerak K9 Thunder yang dihasilkan oleh firma Korea Selatan, Samsung Techwin.

Program sistem meriam bergerak T-155 “Firtina” itu dilancarkan untuk memenuhi keperluan Angkatan Tentera Turki bagi pemindahan teknologi selepas ia bersetuju untuk membeli sejumlah meriam bergerak K9 Thunder daripada Korea Selatan itu.

Kira-kira sembilan buah meriam K-9 Thunder itu dibina di Korea Selatan manakala lebih daripada 300 buah meriam bergerak itu dibina dibawah lesen (under licensed) di kemudahan milik syarikat MKE di Turki dan dinamakan T-155 Firtina 155mm 52 cal.

Keseluruhan nilai kontrak pembelian meriam bergerak K9 Thunder/T-155 Firtina di antara Korea Selatan dan Turki itu dianggarkan bernilai US$1 bilion (RM4 bilion).

Firtina
K9 Thunder

 

Walaupun sebahagian daripada sistem di dalam T-155 Firtina dan K9 Thunder itu adalah sama, tetapi turut menggunakan kepakaran daripada industri pertahanan tempatan untuk melengkapkan sistem meriam bergerak itu termasuk sistem navigasi,elektronik, sebahagian daripada chasis serta Fire Control System (FCS) yang dibangunkan oleh syarikat Aselsan.

Turki juga bercadang menggantikan enjin sistem meriam bergerak itu yang menggunakan enjin buatan Jerman dengan kuasa 1000 kuasa kuda kepada enjin yang diusahakannya bersama dengan Ukraine, bagi membolehkan sistem meriam itu dieksport ke negara lain.

Menggunakan enjin buatan Jerman akan mengagalkan usaha Turki mengeksport sistem itu ke negara luar berikutan sekatan senjata Jerman terhadap Ankara.

Firtina

Pada 2014, Azerbaijan telah memesan 36 sistem meriam bergerak T-155 Firtina daripada Turki.

Mengenai prestasi T-155 Firtina pula, meriam bergerak itu berkemampuan menembak sehingga enam hingga lapan butir peluru di dalam tempoh satu minit ke arah sasaran yang terletak sejauh 40km atau lebih bergantung kepada jenis peluru yang digunakannya. (tetapi untuk sustained fire mission ia adalah dua bedilan setiap satu minit)

Menggunakan Rocket Assisted Projectile (RAP) boleh membuatkan sistem meriam bergerak itu membedil ke sasaran sejauh 50km hingga 60km.

Firtina

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Firtina

Setiap sebuah kenderaan meriam bergerak T-155 Firtina itu berkemampuan membawa sehingga 48 butir peluru 155mm di dalam kompartment khasnya di dalma kenderaan itu.

Setiap sebuah kenderaan T-155 Firtina yang memiliki berat 47 tan (hampir sama beratnya dengan kereta kebal “Pendekar”) itu boleh membawa sehingga lima orang krew dan dipandu selaju 67 km sejam.

Radius operasi kenderaan T-155 Firtina itu adalah di antara 350km sehingga 400km. — DSA

 

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

Comments
Loading...