Sistem SPH 155mm 52 Cal “EVA” Antara Calon Utama Saingan?

Pada pertengahan September tahun lepas,  sebuah portal pertahanan antarabangsa mendakwa bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia sedang berunding untuk memperolehi sistem meriam bergerak (self-propelled howitzer) “EVA” yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Slovakia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan telah pun membatakan perolehan secara rundingan terus sistem meriam bergerak (SPH) “Yavuz” 155mm 52 Cal buatan sebuah syarikat Turki dan kini akan melakukan perolehan sistem itu secara rundingan terus, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan baru-baru ini.

Oleh itu, marilah kita melihat kembali di antara calon-calon yang berkemungkinan besar bakal menyertai persaingan untuk membekalkan sistem SPH untuk Tentera Darat.  

Pada pertengahan September tahun lepas,  sebuah portal pertahanan antarabangsa mendakwa bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia sedang berunding untuk memperolehi sistem meriam bergerak (self-propelled howitzer) “EVA” yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Slovakia.

Portal pertahanan memetik artikel bertarikh 1 September yang diterbitkan oleh sebuah badan pemikir Slovakia dipanggil Institute for Central Europe (ICE) sebagai sumbernya.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh badan pemikir Eropah itu, perjanjian bagi perolehan di antara 16 hingga 18 buah unit “EVA” dijangka dimeterai dengan syarikat pertahanan Slovakia, Konstrukta Defence tidak lama lagi.

Di dalam artikel yang diterbitkan oleh ICE itu, portal itu juga berkata bahawa spesifikasi terakhir bagi perolehan sistem itu oleh Malaysia masih belum dimuktamadkan dan maklumat berkenaan kemungkinan pengeluaran berlesen masih belum didedahkan pada ketika itu.

Mengapa Defence Security Asia memberikan perhatian kepada sistem meriam bergerak “EVA” 52 Cal yang dibangunkan oleh syarikat Konstrukta Defence itu.

Ia adalah kerana rakan tempatan kepada Konstrukta Defence, sebagaimana yang diberitahu kepada admin merupakan antara pemain utama dalam industri pertahanan tempatan yang membuatkan tawarannya “carry significant weight.”

Rakan tempatan yang memasarkan sistem meriam bergerak buatan syarikat pertahanan Slovakia merupakan sebuah syarikat yang terkenal dan telah beberapa kali memenangi tender daripada Kementerian Pertahanan bagi perolehan beberapa sistem pertahanan.

Senang cerita, rakan tempatan itu mempunyai “track record” yang mungkin menjadikan ia adalah salah satu frontrunner untuk memenangi tender perolehan sistem SPH (apabila ia dibuka kelak). 

Namun kita selidik jugalah sistem meriam bergerak “Eva” yang dibangunkan oleh Konstrukta Defence itu, dengan separuh daripada kos pembangunan sistem meriam itu dibiayai oleh Kementerian Pertahanan Slovakia.

Sistem “Eva” itu hanya didedahkan pada awam pada tahun 2015.

Ia adalah berdasarkan kepada kenderaan Tatra T810 6×6 dan menggunakan meriam 155mm/L52 dan ia mampu membedil semua peluru mengikut standard NATO.

Sistem meriam bergerak 155mm 52 Cal “EVA” adalah sistem artileri yang otonomi dengan sistem pengisi peluru otomatik bagi memberikan ia kemampuan menembak berkesan dengan penentuan sasaran secara langsung atau tidak langsung.

Rekabentuknya adalah berdasarkan kepada meriam bergerak 155mm 52 Cal yang telah terbukti keberkesanannya. Ia juga telah diuji dengan ekstensif dan secara teliti serta mencabar di Slovakia dan negara-negara luar.

Antara ciri-ciri paling utara sistem meriam bergerak “EVA” adalah kemampuan mobilitinya yang tinggi berikutan berat meriamnya.

Ciri-ciri yang lain adalah perlindungan untuk krewnya daripada senjata infantri, serangan  jarak jauh, penyediaan sistem yang cepat serta penembakan yang tepat dan kemampuan untuk melaksanakan penembakan secara “Multiple Round Simultaneous Impact” (MRSI).

Sistem meriam bergerak “EVA” yang dikatakan dibangunkan di dalam tempoh 9 bulan sahaja itu, boleh melepaskan lima tembakan dalam satu minit, sembilan tembakan dalam dua minit atau 12 tembakan dalam tempoh tiga minit.

Jika menggunakan peluru Rocket-Assisted Projectile (RAP), meriam boleh melepaskan bedilan sejauh 41km.

Menggunakan kenderaan seberat 22 tan, sistem “Eva” itu dikendalikan oleh tiga orang krew iaitu komander, gunner dan pemandu.

Sistem meriam juga dilengkapi dengan Fire Control System (FCS) yang prinsip utamanya adalah mengurus keperluan teknikal dan memantau aktiviti sistem itu, selain memastikan sistem memperolehi data-data lain seperti topografi, balistik untuk tujuan pengiraan element penembakan. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredKonstrukta DefenceMeriam BergerakSistem SPHSlovakia