Rumah Putih Secara Tidak Sengaja Dedah Identiti Anggota Pasukan Khas “Delta Force”

Apa yang menjadi masalah kepada gambar yang dikeluarkan oleh Rumah Putih itu adalah ia telah tidak mengkaburkan atau menutup muka anggota-anggota pasukan khas Delta Force, menyebabkan identiti mereka dengan mudah dikenali oleh “kawan dan lawan.” 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Jo Biden dikritik hebat kerana telah mendedahkan identiti anggota pasukan khasnya “Delta Force”, yang dibimbangi bakal mengancam keselamatan anggota-anggota terbabit.

Ketika melakukan lawatan ke Israel beberapa hari lalu, pentadbiran Amerika Syarikat itu telah mengeluarkan sekeping gambar menunjukkan Presiden Jo Biden bersalaman dengan anggota-anggota pasukan khas Tentera Darat negara itu yang amat dirahsiakan.

Gambar kontroversial yang dikeluarkan oleh Rumah Putih sebelum ia dipadamkan itu mendedahkan sekurang-kurangnya tiga muka anggota Delta Force serta tattoo di beberapa bahagian tubuhkan mereka.

Pasukan khas Delta Force itu memiliki unit anti-terrorisme mereka berkepakaran melaksanakan operasi membebaskan tebusan.

Ini menimbulkan spekulasi sama ada Amerika Syarikat telah menghantar anggota Delta Force ke Israel sebagai persediaan untuk melancarkan operasi membebaskan tebusan warga negara itu yang kini dijadikan tebusan oleh Hamas.

Gambar asal dikeluarkan oleh Rumah Putih.

 

Hamas dilapor telah menahan lebih daripada 200 orang tebusan terdiri daripada warga awam dan anggota tentera Israel.

Apa yang menjadi masalah kepada gambar yang dikeluarkan oleh Rumah Putih itu adalah ia telah tidak mengkaburkan atau menutup muka anggota-anggota pasukan khas Delta Force, menyebabkan identiti mereka dengan mudah dikenali oleh “kawan dan lawan.” 

Hanya satu jam selepas bertindak cuai dan menyiarkan gambar tidak “ditapis” yang memaparkan wajah anggota-anggota Delta Force, pihak Rumah Putih telah bertindak memadamkan posting Instagram rasmi mereka yang menyiarkan gambar kontroversial itu.

Itu pun selepas Rumah Putih menerima kecaman yang hebat daripada pelbagai pihak di Amerika Syarikat.

Jurucakap Rumah Putih telah menyatakan kekesalan mereka terhadap penyebaran gambar yang memaparkan muka dan tattoo anggota pasukan elit anti-terrorisme Delta Force.

Bagaimanapun tindakan Rumah Putih itu terlewat kerana gambar yang memaparkan wajah-wajah anggota Delta Force itu telah tersebar meluas di media sosial dan berkemungkinan telah pun berada pada tangan-tangan “musuh” Amerika.

Penganalisis keselamatan serantau menyatakan bahawa memandangkan anggota-anggota Delta Force itu berkemungkinan akan ditugaskan ke beberapa negara Arab termasuk Iran dan Palestin, maka pendedahan muka dan identit mereka sudah pasti akan membahayakan nyawa mereka. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Delta ForcefeaturedGambarRumah Putih
Comments (0)
Add Comment