ATM Cari Kenderaan RCIED Untuk Tangani Serangan IED Guna Alat Kawalan Jauh

Dipanggil “Vehicle Mounted Remote Controlled Improvised Explosive Device (RCIED) Jammer System”, ATM sedang mendapatkan 10 unit kenderaan khusus itu bertujuan untuk menangani serangan Improvised Explosive Device (IED) menggunakan alat kawalan jauh (remote control).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mencari kenderaan dilengkapi dengan sistem jammer khusus untuk mematikan/memintas signal radio yang digunakan untuk mengaktifkan alat letupan kawalan jauh (remote-controlled ) terbabit.

Dipanggil “Vehicle Mounted Remote Controlled Improvised Explosive Device (RCIED) Jammer System”,  kenderaan yang specialize itu membawa pelbagai peralatan jammer canggih didalamnya untuk menumpaskan Improvised Explosive Device(IED) yang diaktif menggunakan kawalan jauh (remote control).

Kenderaan itu membawa alatan jammer diguna untuk memintas signal radio digunakan oleh pihak tertentu untuk meletupkan bahan letupan itu secara kawalan jauh dan seterusnya menggagalkan serangan.

Serangan-serangan IED menggunakan signal radio secara kawalan jauh itu sering kita lihat berlaku di kawasan-kawasan konflik seperti di Iraq, Syria, Afghanistan, selatan Lubnan, Semenanjung Gaza serta berdekatan sempadan utara negara kita iaitu di selatan Thailand.

Ya, kumpulan-kumpulan bersenjata di selatan Thailand turut mempraktikkan serangan alat letupan  (IED) menggunakan alat kawalan jauh, selalunya telefon bimbit murahan.

Contoh kenderaan Vehicle Mounted Remote-Controlled Improvise Explosive Device (RCIED) dengan pelbagai antenna diatasnya.

 

Serangan menggunakan alat letupan dikawal daripada jauh dikatakan amat berjaya dipraktikkan oleh pihak pengganas dan kumpulan bersenjata terutamanya dalam berhadapan dengan angkatan tentera yang jauh lebih kuat dan lengkap.

Ia juga berjaya memporak-perandakan keselamatan garisan bekalan (supply lines) selain menjatuhkan moral anggota tentera.

Hari ini, Kementerian Pertahanan menerusi laman e-perolehan telah mengiklankan tender terbuka untuk mendapatkan 10 buah kenderaan dipanggil “Vehicle Mounted Remote Controlled Improvised Explosive Device (RCIED) Jammer System” itu.

Peralatan jammer yang dibawa oleh kenderaan RCIED.

 

Kesemua kenderaan untuk tugas-tugas khusus perlu mempunyai warna Olive Green atau Matte Black.

Kenderaan canggih itu adalah untuk kegunaan Markas Angkatan Bersama, yang berkemungkinan menunjukkan bahawa RCIED itu akan digunakan oleh pasukan tentera kita yang bernaung dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan dan kawasan lain.

Pasukan MALBATT kita di Lubnan itu beroperasi di kawasan yang “aktif” dimana kumpulan-kumpulan bersenjata Lubnan termasuk Hezbollah itu beroperasi serta terletak tidak jauh daripada sempadan dengan Israel.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Kumpulan-kumpulan disana memang pakar di dalam IED.

Mungkin kenderaan RCIED itu mempunyai fungsi dan peranan yang perlu dimainkan di kawasan berkonflik itu di selatan Lubnan itu.

Selain itu, kenderaan RCIED juga boleh digunakan untuk mematikan serangan dron yang dilengkapkan dengan bahan letupan dipanggil “Kamikaze Dron.”

Tender  dengan no siri QT220000000000562  yang dibuka hari ini akan ditutup pada 15 Februari depan. — DSA

Contoh kenderaan Vehicle Mounted Remote-Controlled Improvise Explosive Device (RCIED).
ATMfeaturedMABRCIEDTender
Comments (0)
Add Comment