Armenia Sisih Senjata Buatan Russia, Gantikannya Dengan Senjata Buatan India dan Perancis

Sebagai bekas negara Kesatuan Soviet,  Armenia sememangnya pengguna tegar sistem persenjataan buatan Kesatuan Soviet/Russia di semua peringkat cabang angkatan tenteranya. Bagaimanpun keadaan mula berubah apabila Armenia mula menyisihkan sistem persenjataan buatan Russia dan mula membawa masuk senjata-senjata daripada luar terutamanya Perancis dan India.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Armenia yang kalah dengan Azerbaijan dalam peperangan merebut wilayah Nagorno-Karabakh, mula menghentikan penggunaan senjata-senjata buatan Russia dan mula beralih kepada senjata buatan India serta Perancis.

Armenia merupakan negara bekas Kesatuan Soviet dan bersama-sama Russia menganggotai pakatan ketenteraan di namakan Collective Security Treaty Organisation (CSTO).

Selain Russia dan Armenia, CSTO ini turut dianggotai oleh Belarus, Kazakhstan, Kyrgyztan dan Tajikistan.

Armenia bagaimanapun telah menggantung keanggotaanya dalam CSTO.

Sebagai bekas negara Kesatuan Soviet,  Angkatan Tentera Armenia sememangnya merupakan pengguna tegar sistem persenjataan buatan Kesatuan Soviet/Russia di semua peringkat cabang angkatan tenteranya.

Bagaimanpun sedikit demi sedikit, keadaan mula berubah apabila Armenia mula menyisihkan sistem persenjataan buatan Russia dan mula membawa masuk serta menggunakan senjata-senjata daripada luar terutamanya Perancis dan India.

“Pinaka MLRS”

 

Apa yang terjadi pada ketika ini adalah Armenia dibanjiri oleh senjata-senjata buatan India dan Perancis manakala Azerbaijan pula dibantu oleh senjata-senjata buatan Turkiye, Pakistan dan Israel.

Pada 2023, Armenia dilaporkan membeli sistem roket lancaran berganda (Multi Launch Rocket System – MLRS) Pinaka Mk1 dan juga Pinaka Mk2 yang berkemampuan membedil sasaran sejauh di antara 40km hingga 75km.

Sistem roket Pinaka yang dikatakan setanding dengan roket HIMARS buatan Amerika Syarikat itu dihantar ke Armenia menggunakan Iran.

Sistem roket berganda Pinaka Mk1 dan Pinaka Mk2 itu dibangunkan oleh Tata Electric, Larsen & Toubro dan Ordnance Factory Board (OFB).

Tindakan Armenia membeli sistem roket MLRS Pinaka Mk1 dan Pinaka Mk2 daripada India itu adalah untuk menggantkan sistem roket MLRS, Grad BM-21 buatan Russia yang kini digunakan oleh tentera darat negara itu.

Sudah semestinya, sistem roket buatan India itu yang lebih baru itu adalah lebih moden dan berkemampuan berbanding sistem roket buatan Russia yang sudah berusia.

“Sistem pertahanan udara Akash”

 

Tindakan membeli sistem roket berganda daripada India itu adalah selari dengan kedudukan strategik Armenia dan usaha pemodenan angkatan tenteranya pada ketika hubungannya dengan negara jirannya, Azerbaijan terus-menerus tegang.

Pada ketika ini, bukan sahaja hubungan Armenia dengan Azerbaijan tegang tetapi hubungan Yerevan dengan Moscow juga turut dingin.

Selain sistem roket Pinaka, Armenia juga dikatakan memperolehi sistem anti-dron buatan India dan juga sebagaimana dilaporkan, ia juga telah mendapatkan sistem pertahanan udara jarak dekat  “Akash” yang dibangunkan oleh syarikat Bharat Dynamics Ltd.

Sistem pertahanan udara Akash boleh menangani sasaran udara sama ada dron atau pesawat-pesawat pada jarak 4km hingga 25km.

Armenia telah meningkatkan peruntukan pertahanannya daripada kira-kira US$800 juta (RM3.6 bilion) kepada US$1.5 billion (RM6.75 billion), dengan mensasarkan pembelian senjatanya daripada negara-negara selain daripada Russia.

Sistem radar Ground Master 200

 

Bagi Perancis pula, ia pada tahun lepas ia telah bersetuju untuk membekalkan radar-radar Ground Master 200 (GM200) selain senjata ringan seperti senjata api, alat pandang malam, peluru berpandu Mistral dan pelbagai lagi.

Pada Februari lepas, Menteri Pertahanan Perancis Sebastien Lecornu ditemani pegawai-pegawai tinggi syarikat pembuat senjata negara itu telah melawat Armenia dimana mereka telah menawarkan pelbagai jenis persenjataan buatan negara Eropah itu untuk kegunaan tentera negara Asia Tengah itu. — DSA

ArmeniafeaturedIndiaSenjata
Comments (0)
Add Comment