Amerika Serah Tiga Pesawat CN-235-220 Selesai Dinaiktaraf ke Varian MSA Pada TUDM

Majlis penyerahan pesawat CN-235-200M milik TUDM  yang telah diubahsuai kepada varian MSA kepada Panglima TUDM Jen Tan Sri Mohd Asghar Goriman Khan oleh kerajaan Amerika Syarikat diwakili dutanya ke Malaysia, Edgard D.Kagan telah berlangsung hari di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Amerika Syarikat telah menyerahkan secara rasmi pesawat-pesawat CN-235-220M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas ia selesai dinaiktaraf kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA).

Majlis penyerahan pesawat CN-235-200M milik TUDM  yang telah diubahsuai kepada varian MSA kepada Panglima TUDM Jen Tan Sri Mohd Asghar Goriman Khan oleh kerajaan Amerika Syarikat diwakili dutanya ke Malaysia, Edgard D.Kagan telah berlangsung hari di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Menurut kenyataan media sosial oleh TUDM hari ini menyatakan bahawa program naik taraf pesawat-pesawat CN-235-220M TUDM kepada varian ‘Maritime Surveillance Aircraft (MSA)’ dilaksanakan bawah program ‘Maritime Security Initiative (MSI)’.

Program MSI itu telah dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi membantu negara-negara sahabat memperkukuhkan pengawasan mereka di kawasan maritim milik negara itu termasuk di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang kerapkali diceroboh oleh kapal-kapal penguatkuasa negara asing.

Program naiktaraf pesawat-pesawat itu kepada varian MSA  telah bermula pada 2018 hingga 2023.

(kredit TUDM)

 

“Tiga buah pesawat CN235-220M dari No 1 Skn yang dinaik taraf menjadi MSA telah dihantar secara berperingkat ke PT Dirgantara Indonesia (PTDI) yang merupakan Original Equipment Manufacturer (OEM) bagi melaksanakan naik taraf pesawat tersebut.”

“Dengan pelaksanaan program naik taraf ini juga, pesawat CN235-220M yang dulu hanya digunakan sebagai pesawat pengangkut kini telah berupaya untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance & Reconaissance (ISR) yang mampu memberi satu impak yang besar kepada TUDM dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan ruang perairan negara,” menurut kenyataan itu.

Sebagai simbolik majlis penyerahan, duta Amerika Syarikat ke Malaysia itu telah menyerahkan “Universal Hand Control Unit (UHCU) EO/IR MSA” kepada Panglima TUDM.

Program MSI itu bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

Syarikat PTDI dilaporkan telah bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Pesawat pertama CN-235 -220 MSA TUDM yang dinaiktaraf ke platform MSA (kredit US Navy)
(kredit TUDM)

 

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pada April lalu, Komander Washington Air National Guard, Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) Brigadier General Gent Welsh telah melakukan lawatan ke Pangkalan Udara Kuching untuk melihat dengan lebih dekat pesawat CN235-220M milik TUDM yang telah dinaiktaraf ke varian MSA. — DSA

AmerikaCN-235-220featuredTUDM
Comments (0)
Add Comment