Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Buat Pertama Kali, Houthi Dakwa Lancar Peluru Berpandu Hypersonik “Hatem-2”

(VIDEO) “Buat pertama kali, identiti kapal yang disasarkan oleh peluru berpandu itu adalah MSC Sarah V in Laut Arab. Peluru berpandu hypersonik Hatem-2  itu adalah senjata yang dibangunkan dalam negara dan memiliki teknologi moden, tepat dalam bedilannya dan mengenai sasaran jauh,” menurut jurucakap kumpulan Houthi Brig Jen Yahya Saree.

9,631

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kalinya, kumpulan bersenjata Houthi di Yemen mendakwa ia telah melancarkan peluru berpandu hypersonik dinamakan “Hatem-2”, yang berkeupayaan meluncur lebih daripada Mach 8 terhadap sasarannya iaitu sebuah kapal komersial.

Peluru berpandu hypersonic “Hatem-2” dilapor telah mensasarkan sebuah kapal komersial MSC Sarah V di Laut Arab.

“Buat pertama kali, identiti kapal yang disasarkan oleh peluru berpandu itu adalah MSC Sarah V in Laut Arab. Peluru berpandu hypersonik Hatem-2  itu adalah senjata yang dibangunkan dalam negara dan memiliki teknologi moden, tepat dalam bedilannya dan mengenai sasaran jauh,” menurut jurucakap kumpulan Houthi Brig Jen Yahya Saree.

Kapal dagang MSC Sarah V dilaporkan berada kira-kira 450km di daripada Nishtun, di timur Yemen.

Kumpulan Houthi telah mengeluarkan video menunjukkan pelancaran peluru berpandu hypersonik Hatem-2 itu kearah sasarannya.

Menurut penganalisis, walaupun mendakwa peluru berpandu “Hatem-2” itu adalah dibangunkan dalam negara, namun berdasarkan kepada video yang dikeluarkan oleh kumpulan Houthi, rekabentuknya adalah menyamai peluru berpandu “Kheybar Shekan” keluaran Iran.

Mereka mendakwa Iran kemungkinan besar telah mengirimkan pakar-pakar dan kemudahan pembuataan peluru berpandu “Kheybar Shekan” ke Yaman bagi membolehkan peluru berpandu itu dihasilkan dalam Yaman untuk digunakan oleh kumpulan Houthi.

Penganalisis mendakwa bahawa peluru berpandu hypersonik “Hatem-2” kumpulan Houthi itu sebenarnya adalah varian kepada peluru berpandu “Kheybar Shekan-2”, yang merupakan varian hypersonik dan terkini.

Mereka mendakwa tentera Iran sendiri belum pernah menggunakan lagi varian terkini “Kheybar Shekan-2” yang lebih berbahaya dan sukar ditangani oleh sistem pertahanan udara moden disebabkan kelajuan hypersoniknya yang melebihi Mach 8.

 Peluru berpandu “Kheybar Shekan” merupakan varian peluru berpandu ballistik Fateh-110 yang memiliki jarak bedilan lebih jauh dan menggunakan solid propellant.

Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, peluru berpandu “Kheybar Shekan” itu boleh membedil sasaran sejauh 1,450km berbanding varian sebelumnya, Dezful yang didedahkan kepada awam pada Feb 2019 yang memiliki jarak bedilan sejauh 1,000 km.

Iran
Kheybar Shekan

 

Peluru berpandu ballistik “Kheybar Shekan” merupakan peluru berpandu yang mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran dengan amat tepat dan amat laju, sebagaimana yang ditunjukkan dalam serangan terhadap terhadap utara Iraq dan Syria.

Pada Januari lalu, Iran telah melancarkan bedilan peluru-peluru berpandu “Kheybar Shekan” terhadap apa yang dipanggilnya sebagai “pusat perisikan Israel” dan “lokasi-lokasi kumpulan anti-Iran berkumpul” berhampiran bandar Erbil di utara Iraq dan di Aleppo, Syria.

Erbil adalah antara bandar utama di Wilayah Kurdistan di Iraq.

Menurut media-media Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran dilaporkan telah melancarkan sejumlah 24 peluru berpandu terhadap sasaran-sasaran di utara Iraq itu dan di Syria dalam tindakan “balas dendam” terhadap pembunuhan jeneral tentera Iran dan komander kumpulan bersenjata  pro-Iran.

Beberapa lokasi lain di bandar Erbil itu turut menjadi sasaran serangan peluru berpandu ballistik Iran itu.

Houthi
“Hatem-2”

Pada April, Iran juga dilapor menggunakan peluru berpandu “Kheybar Shekan” untuk membedil  dengan tepat Pangkalan Tentera Nevatim dan Pangkalan Udara Ramon yang menempatkan pesawat-pesawat pejuang F-35I Adir serta F-16I Sufa Tentera Udara Israel (IAF)  yang terletak di padang pasir Negev di selatan Israel. 

Sumber-sumber mendakwa kepada media Iran bahawa sekurang-kurangnya 15 peluru berpandu ballistik Iran membedil Pangkalan Udara Nevatim di padang pasir Negev itu yang menempatkan skuadron pesawat-pesawat pejuang F-35I Adir milik negara itu.

Bedilan peluru-peluru berpandu ballistik Iran itu turut berjaya dirakam oleh penduduk Israel yang tinggal berhampiran dengan pangkalan udara itu.

Rakaman oleh penduduk Israel memperlihatkan sekurang-kurangnya empat bedilan peluru berpandu Iran mengenai pangkalan udara utama Israel itu.  

Houthi
“Hatem-2”

 

Kepala peledak peluru berpandu “Kheybar Shekan” itu dilaporkan bergerak selaju di antara 7 hingga 9 Mach dalam fasa penerbangan terakhir sebelum ia membedil sasarannya.

Selain memiliki kelajuan yang tinggi, peluru berpandu “Kheybar Shekan” itu memiliki tahap kelincahan yang tinggi bagi membolehkan ia mampu mengatasi sistem pertahanan udara pihak musuh, — DSA

 

Comments are closed.