Amerika Kembalikan Peruntukan Kewangan Untuk Awasi Penggunaan F-16 Milik Tentera Udara Pakistan

Bantuan kewangan ini bertujuan membantu pasukan kontraktor dikenali Technical Security Team (TST) yang ditempatkan di Pakistan untuk mengawasi pesawat-pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Pakistan (PAF) bagi memastikan aset buatan Amerika Syarikat digunakan sebagaimana “peraturan penggunaan” yang dipersetujui.
Amerika Kembalikan Peruntukan Kewangan Untuk Awasi Penggunaan F-16 Milik Tentera Udara Pakistan
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini Jabatan Negara Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Presiden Donald Trump telah memperuntukkan semula bantuan kewangan berjumlah US$400 juta (RM1.7 billion) kepada Pakistan, membabitkan usaha pengawasan terhadap penggunaan pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Pakistan.
Bantuan kewangan ini bertujuan membantu pasukan kontraktor dikenali Technical Security Team (TST) yang ditempatkan di Pakistan untuk mengawasi pesawat-pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Pakistan (PAF) bagi memastikan aset buatan Amerika Syarikat digunakan sebagaimana “peraturan penggunaan” yang dipersetujui.
“Peraturan Penggunaan” itu memastikan pesawat pejuang F-16 milik Pakistan terutamanya daripada varian terkini F-16C/D Block 52 digunakan untuk misi-misi Counterinsurgency (COIN) dan Counter-Terrorism(CT) sahaja.
Ini bermakna bahawa dibawah Peraturan Penggunaan itu memastikan pesawat-pesawat F-16 buatan Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Pakistan tidak boleh digunakan dalam sebarang misi atau operasi terhadap India.
Bagaimanapun, Pakistan kini mula “menjauhkan” diri daripada Amerika Syarikat dan mula memperolehi keperluan ketenteraannya daripada China yang tidak mengenakan sebarang “Peraturan Penggunaan” dalam menggunaan sistem persenjataan keluaraannya.
Tentera Udara Pakistan bersetuju dengan Peraturan Penggunaan pesawat F-16 itu ketika ia memesan pesawat F-16 baru pada tahun 2000-an, terutamanya apabila usaha Pakistan dalam operasi menentang pemberontakan (COIN) dan keganasan (CT) mula berkembang pada tempoh tersebut.

F-16

Dengan kata lain, kepimpinan tentera Pakistan selari dengan dasar Washington dalam memberi keutamaan kepada keselamatan bergolak melibatkan suku-suku etnik menyebabkan sebahagian besar perbelanjaan operasinya tertumpu kepada COIN dan CT sepanjang tahun 2010-an.
Namun pada tahun 2019, keutamaan Pakistan berubah selepas tentera India mula melancarkan serangan rentas sempadan, yang memerlukan tindak balas segera oleh Islamabad.
 Sebagai tindak balas, Pakistan melancarkan serangan berskala besar melibatkan pesawat-pesawat pejuang JF-17, Mirage serta F-16A/B Block-15 Mid-Life Update (MLU) untuk pertempuran udara terhad.
Pesawat-pesawat pejuang JF-17 dan Mirage Tentera Udara Pakistan telah digunakan bagi melaksanakan serangan udara merentasi Garisan Kawalan (LoC), manakala F-16A/B MLU bersama beberapa JF-17 lain dikerahkan untuk memintas pesawat Tentera Udara India (IAF) sekiranya mereka memasuki ruang udara Pakistan.
Dalam insiden ini, sebuah pesawat MiG-21bis milik IAF telah ditembak jatuh.
Seiring dengan usaha pemodenan elemen serangan, Tentera Udara Pakistan (PAF) dijangka beralih daripada pesawat-pesawat pejuang F-16, di mana pesawat F-16A/B miliknya akan mencapai usia 50 tahun menjelang 2030-an.

Pada ketika itu, tidak jelas sama ada Pakistan mampu mengekalkan pesawat ini dalam keadaan operasi kerana struktur udara (airframe) mereka akan mencapai atau melebihi jangka hayat yang ditetapkan.
Minat PAF terhadap pesawat J-35 buatan China mungkin merupakan langkah awal untuk mendapatkan pengganti bagi F-16A/B dan Mirage, khususnya bagi peranan serangan.
Berbanding pesawat tempur PAF sebelum ini, J-35 menawarkan jarak operasi lebih jauh, keupayaan membawa muatan lebih besar, serta beberapa ciri reka bentuk seperti struktur udara berkonsep rendah pengesanan (low-observable, LO) dan sistem penargetan elektro-optik khusus, yang menjadikannya platform serangan yang lebih berkesan.
Selepas beberapa bulan menjadi bahan spekulasi media-media, akhirnya Pakistan dilaporkan bakal memperolehi sebanyak 40 buah pesawat pejuang generasi kelima buatan China, J-35A, dengan kesemua pesawat pejuang itu akan diterima oleh Islamabad di dalam tempoh dua tahun.
Ia adalah eksport pertama China bagi pesawat pejuang generasi kelima buatannya kepada mana-mana negara.
Laporan tentang perolehan 40 buah pesawat pejuang generasi kelima J-35A oleh Pakistan itu muncul selepas panglima tertinggi Angkatan Tentera China (PLA) Jeneral Zhang Youxia, melawat Islamabad bulan lalu dan mengadakan perbincangan secara tertutup dengan Panglima Angkatan Tentera Pakistan Jeneral Asim Munir.
J-35A
J-35A
Perolehan pesawat pejuang generasi kelima J-35A oleh Pakistan itu dijangka akan mengubah imbangan kuasa udara di antara Pakistan dan India dengan Islamabad akan mempunyai kelebihan yang besar dalam kuasa udara berbanding India yang masih bergantung kepada pesawat-pesawat pejuang generasi ke-empat dan 4.5 seperti Su-30MKI dan Rafale.
J-35A merupakan pesawat pejuang generasi kelima kedua buatan China selepas J-20 “Mighty Dragon”, yang tidak dieksport ke luar negara kerana sensitiviti komponen dan teknologinya.
Dengan pesawat pejuang J-35A itu, China juga muncul sebagai negara kedua di dunia selepas Amerika Syarikat yang berjaya membangunkan dua jenis pesawat pejuang generasi kelima iaitu J-35A dan J-20 “Mighty Dragon.”
Amerika Syarikat juga mempunyai dua jenis pesawat pejuang generasi kelima dan halimunan yang berlainan itu F-35 dan F-22 “Raptor.”
— DEFENCE SECURITY ASIA

AmerikaF-16IndiaPakistan
Comments (0)
Add Comment