(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat mengerah empat buah pesawat pengebom B-52 “Stratofortress” ke Pangkalan Udara Andersen di Guam untuk menjalankan operasi dan misi di Indo-Pasifik termasuk di Laut China Selatan.
Keempat-empat pesawat pengebom itu berpangkalan di Pangkalan Barksdale, Louisiana diterbangkan ke Guam untuk membantu tentera Amerika Syarikat di rantau Pasifik selain menjalankan latihan bersama dengan tentera sahabat.
Misi dipanggil “Bomber Task Force” menonjolkan komitment Amerika Syarikat terhadap keamanan dan kestabilan di rantau terbabit, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web www.pacaf.af.mil hari ini.
Sebelum ini misi-misi BTF di rantau Indo-Pasifik kerapkali dilakukan oleh pesawat-pesawat pengebom strategik B-1 “Lancer”.
Sebelum ini misi-misi BTF di rantau Indo-Pasifik kerapkali dilakukan oleh pesawat-pesawat pengebom strategik B-1 “Lancer”.
Menurut Kolonel Mark Dmytryszyn, misi-misi BTF ini menunjukkan kemampuan strategic dan flexibility taktikal kekuatan kami dalam menangani isu pada masa ini.
“Pesawat-pesawat B-52 ini mampu membawa pelbagai persenjataan konvensional dan nuklear melintasi beberapa benua,” katanya.
Sila join group/channel Telegram Defence Security Asia di https://t.me/DefSecAsia atau channel di https://t.me/DefSecAsia1