Vietnam Bakal Beli F-16 “Viper” Block 70/72? Amerika Sedang Atur Penjualan

Sumber itu juga berkata bahawa Washington sedang mempertimbangkan pakej kewangan mudah dan "murah" bagi membantu Vietnam membeli senjata-senjata buatan syarikatnya, sekaligus “meninggalkan” senjata-senjata murah Russia yang digunakan oleh angkatan tenteranya selama ini. Moscow membekalkan hampir 80 peratus daripada bekalan senjata Vietnam.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dilaporkan sedang berbincang dengan kerajaan Vietnam untuk memeterai pakej penjualan senjata terbesar antara kedua-dua negara yang pernah berperang antara satu sama lain kira-kira 50 tahun yang lalu.

Baru-baru Presiden Jo Biden melawat Vietnam baru-baru ini, di mana kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan awal tentang pakej penjualan senjata itu yang berkemungkinan akan dimeterai paling awal pada tahun depan.

Adalah sesuatu yang amat menarik apabila Vietnam yang pernah berperang dengan Amerika Syarikat mengakibatkan ratusan ribu rakyatnya terkorban, akan menggunakan sistem persenjataan buatan syarikat Amerika untuk “mempertahankan dirinya” kini.

Washington hanya membatalkan sekatan penjualan senjata terhadap Vietnam pada 2016.

Hubungan di antara Washington dan Hanoi selepas berakhirnya Perang Vietnam hampir lima dekad yang lalu semakin rapat dan ia menjadi semakin erat beberapa tahun kebelakangan ini akibat“diikat”  oleh isu Laut China Selatan.

Penjualan senjata oleh Amerika kepada Vietnam yang berkongsi dengan China dan di mana kedua-dua negara “bertelingkah” di dalam isu Laut China Selatan, sudah pasti akan membuatkan hubungan di antara Hanoi dan Beijing semakin tegang.

Ia juga akan mengenepikan Russia yang selama ini menjadi pembekal utama senjata kepada Vietnam.

Sumber-sumber yang rapat dengan rundingan antara Washington dan Hanoi memberitahu agensi berita Reuters bahawa pakej penjualan senjata itu berkemungkinan melibatkan perolehan pesawat pejuang F-16 kepada Vietnam.

Sumber itu juga berkata bahawa Washington sedang mempertimbangkan pakej kewangan mudah dan “murah” bagi membantu Vietnam membeli senjata-senjata buatan syarikatnya, sekaligus “meninggalkan” senjata-senjata murah Russia yang digunakan oleh angkatan tenteranya selama ini.

Moscow membekalkan hampir 80 peratus daripada bekalan senjata Vietnam.

Pesawat F-16 Singapura di salah sebuah pangkalan udara negara itu.

 

Perolehan F-16 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu oleh Vietnam itu sudah pasti adalah suatu detik bersejarah kerana Tentera Udara Vietnam selama ini adalah pengguna tegar pesawat-pesawat pejuang buatan Russia seperti Su-30, Su-27 dan Su-22.  

Washington dijangka akan menawarkan varian F-16 Block 70 “Viper” yang merupakan varian paling terkini pesawat itu, dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan dan juga radar AESA (Active Electronically Scanned Array), mission computer yang baru dan pelbagai peningkatan lain.

Walaupun masih dikategorikan sebagai pesawat pejuang generasi ke-4, namun varian terkini F-16 Block 70 “Viper” itu dilengkapi dengan beberapa teknologi generasi kelima.

Adalah sesuatu yang agak menarik untuk melihat Vietnam mengikut jejak Malaysia dan Indonesia yang menggabungkan pesawat-pesawat pejuang utama Russia dan Barat dalam armada pesawat pejuang milik tentera udaranya.

Daripada segi lojistik, ia juga akan “memeningkan” pemimpin-pemimpin tentera Vietnam tetapi boleh mendapatkan “nasihat” daripada Malaysia dan Indonesia telah terlebih berhadapan dengan “masalah” hasil penggabungan dua jenis pesawat pejuang daripada sumber yang amat berlainan.

Pesawat Su-30Mk2 milik Vietnam

 

Hanoi sememangnya dilaporkan amat berminat dengan beberapa sistem persenjataan buatan Amerika Syarikat, terutamanya pesawat peronda maritim dan pesawat pengangkut serta pesawat-pesawat pejuang.

Keputusan Washington berkemungkinan untuk menjualkan senjata-senjata kepada Vietnam boleh dilihat daripada beberapa faktor.

Ia berkemungkinan didorong daripada strategi keseluruhan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan ketenteraannya dengan Vietnam dan kehadirannya di rantau Indo-Pasifik.

Hanoi dilihat sebagai antara kuasa utama di rantau Asia Tenggara untuk mengekalkan kestabilan serantau bagi menangani pengaruh China. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AmerikaF-16featuredVietnamViper
Comments (0)
Add Comment