[VIDEO] Pesawat Pengangkut A400M Kini Boleh Padam Kebakaran Hutan

Penerbangan ujian memadam kebakaran hutan oleh pesawat Airbus A400M itu dilaksanakan pada waktu siang dengan ketinggian minimum operasi 150 kaki, kelajuan penerbangan serendah 125 knot dan penguguran sebanyak 20 tan air di dalam tempoh kurang daripada 10 saat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Airbus telah berjaya menguji kit memadam kebakaran mudah alih (removable firefighting demonstrator kit) pada pesawat pengangkut A400M dalam penerbangan ujian di Sepanyol.

Sebagaimana yang kita tahu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memiliki empat buah pesawat A400M.

Penerbangan ujian itu dilaksanakan pada waktu siang dengan ketinggian minimum operasi 150 kaki, kelajuan penerbangan serendah 125 knot dan penguguran sebanyak 20 tan air di dalam tempoh kurang daripada 10 saat.

(Airbus)

 

Objektif utama penerbangan ujian itu adalah untuk menentukan kuantiti air yang digugurkan serta tempoh masa serta kemampuan pesawat pengangkut itu melaksanakan tugasan barunya itu dengan peralatan memadam kebakaran baru itu.

Pembangunan prototaip dan ujian-ujian telah dilakukan dengan kerjasama erat bersama Kumpulan ke-43 Tentera Udara Sepanyol dan pihak berkuasa kebakaran hutan Eropah serta Kementerian Peralihan Ekologi dan Cabaran Demografi (MITECO).

“Pembangunan kit memadam kebakaran ini adalah usaha murni kami ke arah membantu dunia yang lebih lestari dan selamat, bukan sahaja menerusi tindakan tetapi juga produk-produk kami.”

(Airbus)

 

“Kami percaya bahawa pesawat pengangkut A400M boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani peningkatan ancaman insiden kebakaran hutan dan membaikpulih sistem sosial serta alam sekitar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Defence and Space Mike Schoelhorn dalam satu kenyataan.

Penyelesaian alatan memadam kebakaran yang dicipta untuk pesawat A400M adalah alatan roll-on/roll-off (RORO) yang tidak memerlukan sebarang modifikasi terhadap pesawat dan membolehkan ia digunakan pada mana-mana pesawat pengangkut itu.

Pengenalan langkah penyelesaian RORO itu membolehkan langkah menangani kebakaran hutan yang berlaku secara tiba-tiba dilaksanakan dengan pantas

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Berikutan kemampuan pesawat pengangkut A400M untuk terbang pada ketinggian dan kelajuan yang rendah, ia boleh menggugurkan muatan air pada ketinggian yang amat rendah setinggi 150 kaki.

Pada masa depan, disamping pembangunan kit memadam kebakaran, Airbus juga akan menganalisis operasi pada waktu malam, sekaligus mengukuhkan lagi keberkesanannya di dalam melaksanakan misi itu.   — DSA

 

A400MAirbusfeaturedKebakaran Hutan
Comments (0)
Add Comment