Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kerja Peningkatan Kemampuan A400M TUDM Dijangka Selesai Tahun 2027

Pada Mac lepas, syarikat Airbus dalam satu kenyataan berkata satu daripada empat buah pesawat pengangkut A400M TUDM telah pun selesai menjalani kerja-kerja peningkatan kemampuan dan pesawat itu telah pun “dipulangkan” semula kepada TUDM.

0 2,686

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerja-kerja peningkatan kemampuan tiga buah pesawat pengangkut strategik Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.

Perkara itu telah disahkan oleh Panglima TUDM Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dalam satu temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan bagi keluaran Mei-Jun tahun ini.

Pada Mac lepas, syarikat Airbus dalam satu kenyataan berkata satu daripada empat buah pesawat pengangkut A400M TUDM telah pun selesai menjalani kerja-kerja peningkatan kemampuan dan pesawat itu telah pun “dipulangkan” semula kepada TUDM.

A400M
Pesawat pengangkut A400M TUDM

 

Kerja-kerja peningkatan kemampuan pesawat pengangkut A400M TUDM itu telah dilakukan di kemudahan Airbus di Sevilla, Sepanyol.

Berikutan kerja-kerja peningkatan kemampuan itu, pesawat pengangkut A400M TUDM itu kini sudah mampu untuk melaksanakan tugas dan misi-misi baharu yang lebih mencabar seperti mengugurkan anggota payung terjun dan melakukan penerbangan aras rendah serta bekalan udara.

Mula berkhidmat dengan TUDM pada 2015, pesawat A400M telah mengubah operasi pengangkut udara penggunanya dengan memainkan peranan dalam perlaksanaan misi termasuk pengangkutan kargo dan anggota, misi kemanusiaan serta bencana dan pengangkutan peralatan berat,

Pesawat A400M itu juga memainkan peranan dalam strategi menangani pandemic COVID-19, pengangkutan perubatan selain operasi pengisian minyak udara-ke-udara.

TUDM merupakan pelanggan eksport pesawat pengangkut A400M yang pertama serta pelanggan A400M pertama di rantau Asia Pasifik.

Kapal Pengangkut

Menurut laporan media sebelum ini, sebuah pesawat pengangkut A400 mampu mengugurkan kira-kira 116 orang anggota payung terjun menerusi kedua-dua pintunya di kedua-dua belah pesawat itu.

Bagi penerbangan aras rendah pula (Automatic Low Level Flight) pesawat A400 dilaporkan boleh terbang kira-kira 500 kaki daripada aras tanah.

Sebagai Fleet Leader, pesawat-pesawat A400M TUDM sering dirujuk dikalangan pengguna-pengguna pesawat pengangkut A400M. 

TUDM memiliki empat buah pesawat pengangkut A400M.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 Malaysia mula menggunakan empat buah pesawat A400M Atlas yang mula diterimanya pada tahun 2015, dengan No 22 Skuadron mengoperasikannya

Mengenai isu jumlah jam penerbangan pesawat-pesawat A400M milik TUDM yang telah mencecah 10,000 jam, Panglima TUDM berkata, ia menunjukkan kesesuaian pesawat itu yang memenuhi kehendak negara serta merupakan pulang yang baik terhadap pelaburan (return of investment –ROI).

TUDM katanya sentiasa mengamalkan amalan penyelenggaraan yang terbaik untuk TUDM.– DSA

 

 

Comments
Loading...