Pakar Russia Dedahkan “Kelemahan” Kereta Kebal Abrams Amerika Syarikat

“Kereta kebal Abrams memiliki kelemahannya seperti mana kereta-kereta kebal lain, yang membolehkan ia dimusnahkan oleh senjata Russia termasuk oleh kereta kebal berusia, T-55 sebagaimana yang berlaku dalam peperangan di Iraq,” kata pakar peperangan kereta kebal Russia itu, Kolonel (Bersara) Sergey Suvorov kepada agensi berita negara itu, TASS.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan pengumuman oleh Amerika Syarikat bahawa ia akan menghantar varian terdahulu kereta kebal M1A1 Abrams kepada Ukraine, seorang peperangan kereta kebal Russia dengan penuh yakin menyatakan bahawa kereta kebal buatan syarikat Chrysler Defense itu mempunyai kelemahannya tersendiri, yang bakal diekploitasi secukupnya oleh operator kereta kebal Russia.

“Kereta kebal Abrams memiliki kelemahannya seperti mana kereta-kereta kebal lain, yang membolehkan ia dimusnahkan oleh senjata Russia termasuk oleh kereta kebal berusia miliknya T-55 sebagaimana yang berlaku dalam peperangan di Iraq.”

Bercakap kepada agensi berita TASS,  pakar peperangan kereta kebal Russia itu, Kolonel (Bersara) Sergey Suvorov berkata, “kelemahan” kereta kebal Abrams itu banyak didedahkan ketika ia beraksi pada peperangan di Iraq.

Kereta kebal Abrams milik Tentera Arab Saudi yang dimusnahkan oleh kumpulan bersenjata Houthi di Yemen.

 

“Sebagaimana yang disaksikan di Iraq, kereta kebal Abrams boleh terbakar apabila terkena tembakan oleh tentera Iraq. (Di Iraq) Turret kereta kebal Abrams ditembusi oleh peluru 100mm yang ditembak oleh kereta kebal T-55.”

“Terdapat juga contoh dimana kereta kebal Abrams menghadapi masalah walau hanya berdepan dengan infantry fighting vehicle (IFV) BMP-2,” kata pakar Suvorov.

Selain itu, beliau juga berkata terdapat juga contoh dimana kereta kebal Abrams itu lumpuh selepas terkena peluru yang “sudah luput usianya” yang dilepaskan oleh kereta kebal T-72.

Selain itu katanya, terdapat juga insiden dimana kereta kebal canggih Amerika Syarikat dimusnahkan oleh tembakan-tembakan RPG-7.

Pakar kereta kebal Russia itu juga mengatakan enjin tambahan kereta kebal Abrams yang terletak di bahagian belakang turret-nya untuk menjana sistem elektroniknya, juga merupakan “titik kelemahan” kereta kebal Amerika Syarikat itu.

“Enjin tambahan itu hanya dilengkapi oleh armor nipis yang hanya boleh melindunginya daripada tembakan senjata ringan tetapi ia tidak mampu menahan tembakan-tembakan oleh mesingan DShK 12.7mm,”katanya.

“Kompartment enjin itu pernah ditembak oleh DShK dan ia telah merosakkan motornya sehingga menyebabkan minyak mengalir ke enjin utama sehingga mengakibatkan kebakaran kepada keseluruhan kereta kebal Abrams serta memusnahkannya,” menurut Suvorov.

Suvorov juga dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa kereta kebal Abrams yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai kereta kebal tercanggih dunia tidak mempunyai peluang jika ia berdepan dengan kereta kebal Russia seperti T-72 dan T-90 yang dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh.

Selain itu kata beliau, kereta kebal Abrams adalah suatu sistem yang kompleks dan tidak boleh diselenggara dengan sewenang-wenangnya di kawasan konflik.

Kereta kebal Abrams

 

Kereta kebal Abrams itu memerlukan lokasi khas dengan anggota berkepakaran tertentu untuk memperbaiki kereta kebal itu.

“Penyelenggaraan (kereta kebal Abrams) adalah masalah besar. Jika sesuatu di bahagian enjinnya rosak, (enjin itu) perlu dibawa keluar daripada kereta kebal itu dan dibawa ke lokasi khas dengan kelengkapan khas dan anggota khas berkemahiran tinggi.”

“Enjin itu perlu dipisahkan daripada gear box dan hanya selepas itu ia boleh dibaiki,” katanya.

Kereta kebal Abrams kebanggaan Amerika Syarikat dakwa pakar kereta kebal Russia itu juga kurang sesuai beroperasi di kawasan berdebu sebagaimana di Ukraine.

 

Varian terkini kereta kebal Abrams iaitu M1A2 SEPv3 

 

Sistem air-intake yang digunakan oleh kereta kebal Abrams itu merupakan sesuatu yang mudah rosak,kata pakar itu.

“Ia menggunakan air filter yang beroperasi sebagaimana kepada peralatan yang digunakan dalam kenderaan bermotor. Jika ia tersumbat, ia perlu dibawa keluar dan dibersihkan berbanding kereta kebal Russia yang menggunakan “cyclone dust collectors” yang merupakan kelengkapan yang berkeupayaan tinggi,” kata Suvorov.

Ketika peperangan di Iraq, pakar Russia itu mendakwa bahawa air filter kereta kebal Abrams itu hanya mampu beroperasi selama 15 minit ketika beroperasi di kawasan berdebu.

Ini mungkin memberikan masalah yang besar sekiranya kereta kebal Abrams itu digunakan di Ukraine.

“Kereta kebal Abrams masih boleh beroperasi pada musim sejuk, tetapi musim panas di Ukraine agak berdebu,” kata pakar kereta kebal Russia itu.

Pendapat yang dinyatakan oleh pakar Russia itu hanya boleh dinilai apabila kereta-kereta kebal Abrams itu benar-benar beraksi di Ukraine kelak.– DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

AbramsfeaturedKereta KebalPakarRusia
Comments (0)
Add Comment