[VIDEO] Israel Lancar Serangan Udara Di Syria Balas Dendam Serangan Kapal Kargo “Helios Ray”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang tentera udara Israel telah melancarkan serangan udara terhadap beberapa kedudukan militant pro-Iran di Syria, dipercayai sebagai tindak balas serangan terhadap kapal kargo “Helios Ray” milik billionair Israel yang rapat dengan ketua Mossad, Yossi Cohen.

Kapal kargo milik billionair Israel, Rami Ungar itu diserang ketika belayar di Teluk Oman menuju ke Singapura oleh elemen-elemen tentera Iran.

(Rakaman sistem pertahanan udara Syria cuba menangkis serangan udara Israel malam tadi)

Menurut pemerhati, jet-jet pejuang jenis F-16D/I “Barak” tentera udara Israel melancarkan peluru-peluru berpandu terhadap kedudukan-kedudukan militan pro-Iran di sekitar ibu negara Damsyik seperti di bahagian dinamakan Al-Kiswah dan diselatan ibu negara Syria itu.

Tujuan utama serangan adalah untuk membalas terhadap serangan yang Israel percaya dilancarkan oleh tentera Iran terhadap kapal “Helios Ray” di Teluk Oman itu. Serangan udara itu mahu membunuh seberapa banyak militan pro-Iran serta anggota-anggota Quds Force daripada Kor Revolusi Iran yang bersembunyi di kedudukan terbabit.

Kapal kargo milik Israel, “Helios Ray” rosak selepas terkena letupan di Teluk Oman.

Penduduk Damsyik berkata mereka mendengar bunyi-bunyi letupan yang kuat di beberapa bahagian Damysik.

Pemerhati itu berkata, mereka menjangkakan bilangan kematian dikalangan anggota kumpulan militant dan Kor Revolusi Iran adalah tinggi berikutan daripada serangan udara ini.

Sistem pertahanan udara tentera Syria telah diaktifkan bagi menembak jatuh sama ada peluru-peluru berpandu atau pesawat pejuang Israel, tetapi pemerhati mengatakan usaha tentera Syria itu gagal.

Serangan udara tentera Israel itu menyusul selepas Perdana Menteri negara itu Benjamin Netanyahu secara jelas menyatakan bahawa serangan terhadap kapal kargo “Helios Ray” didalangi oleh Teheran.

Sementara itu terdapat laporan mengatakan kerosakan yang dialami oleh kapal “Helios Ray” adalah akibat peluru berpandu “Kowsar-2” yang dilancarkan oleh bot laju Iran.

Peluru berpandu “Kowsar-2” adalah peluru berpandu kecil membawa peledak seberat 30kg, sekaligus menjelaskan mengapa kerosakan yang dialami oleh kapal kargo itu adalah kecil.

Jarak effektifnya pula adalah diantara 15km hingga 20km.

Bot laju Iran yang membawa peluru berpandu Kowsar-2

— DEFENCE SECURITY ASIA

DamsyikHelios RayIranIsraelkapal kargoTeluk Oman